Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

21 September 2009

SOLAT A'FITRI 2009 DI MASJID NEGERI SABAH - PART 1

Kota Kinabalu, Ahad:-

Ramai orang tidak tahu suasana solat hari raya aidil fitri di Masjid Negeri Sabah, Sembulan. Saya solat raya di Masjid Negeri pada setiap tahun. Sudah lebih 10 tahun saya bersolat raya di Masjid Negeri. Seawal 6.00 pagi para jemaah Masjid Negeri sudah mula berpusu-pusu berada di Masjd Negeri. Mereka terdiri dari penduduk tempatan, pekerja pejabat negeri dan persekutuan. Tidak kurang juga pekerja di sektor swasta samada dari jauh dan dekat. Ada pekerja kontrak bangunan, ada juga bekerja dikilang dan pelbagai lagi golongan yang hadir. Jemaah lelaki dan wanita tua dan muda sama-sama bersolat aidil fitri. Yang solat dan tak solat pun turut memeriahkan suasana pagi raya. Ribuan yang hadir. Dalam masjid sahaja melebihi 6,000 jemaah. Jika ditinjau-tinjau kesemua jemaah yang hadir melebihi 10,000 orang. Untuk gambaran seterusnya, bolehlah lihat gambar di bawah ini.
Atas: Jemaah diluar masjid bersebelahan dengan bangunan MUIS.
Atas: Dicelah-celah lanscaping pun ada jemaah. Jemaah ini membentangkan tikar sembahyang di bukit kecil bersebelahan dengan bangunan USIA.

Atas: Jemaah dijalanraya bersebelahan dengan Sekateriat (Wisma Kewangan)

Atas: Suasana di luar masjid dibelakang bangunan.
Atas: Jemaah lebih selesa membentang tikar dibukit-bukit.
Atas: TYT bersalaman dengan Datuk Ismail Awang Besar (Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah)
Atas: TYT bersalaman dengan para jemaah.
Atas: TYT bersalaman dengan orang awam
Atas: TYT bersalaman dengan jemaah masjid negeri.
Atas: TYT bersalaman dengan jemaah.
.

No comments:

Post a Comment