WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

29 August 2011

MAJLIS TADARUS EXPRESS & KHATAM QURAN KE 7

-
Kota Kinabalu, 18.08.2011 (Ahad):

Lebih dari 100 orang telah menyertai majlis tadarus dan khatam Al-Quran express bertempat di Masjid Negeri Sabah pada 18.08.2011. Majlis tadarus dan khatam express ini dianjurkan oleh Masjid Negeri Sabah yang dipimpin oleh Janis bin Abdullah, Bendahari Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah. Majlis khatam ini dibahagi-bahagi kepada 30 buah kumpulan. Sebuah kumpulan dikehendaki membaca satu juzu. Setiap juzu dibaca samada bergilir-gilir atau pun serentak, mengikut keselesaan kumpulan masing-masing.
-
Turut menjayakan majlis tersebut ialah pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah, Pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan Likas dan keluarga masing-masing, orang awam dan perseorangan dari dalam dan luar Kota Kinabalu. Turut hadir sebagai pemerhati memeriahkan majlis ini ialah pelajar mukaddam (Sabtu dan Ahad) yang juga sedang mengikuti kelas di Masjid Negeri Sabah.
-
Majlis itu bertujuan untuk mengimarah Masjid Negeri Sabah terutamanya di bulan Ramadhan pada tahun ini.
Atas: Para peserta majlis tadarus dan khatam express yg dipimpin oleh Janis bin Abdullah, Bendahari Masjid Negeri Sabah.
Atas: Janis Abdullah sedang menyemak bacaan semasa majlis khatam berlangsung.

Atas: Pemerhati yang turut memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka. Mereka ini terdiri dari pelajar kelas muqaddam dan Al-Quran setiap Sabtu dan Ahad.


Atas: Suasana khatam beramai-ramai di Masjid Negeri Sabah


Atas: Peserta khatam khusyuk membaca semasa khatam.


Atas: Memang seronok menyertai khatam jika sudah boleh membaca. Apa lagi kalau sudah berkali-kali menyertai majlis khatam, pastinya akan yakin bila berhadapan dengan rakan-rakan yang lain.



Atas: Peserta tadarus terdiri dari pelajar Surau Taman Kemajuan Likas diketuai oleh Hajjah Kasmah Hasbollah.

Atas: Anak-anak peserta yang turut mengambil bahagian.


Atas: Penyertaan dari pelbagai tempat kelas pengajian, menambahkan lagi kemeriahan suasana majlis tadarus.

Atas: Antara pelajar lama yang turut menjayakan majlis ini. Mereka tidak jemu-jemu mengaji berterusan walaupun ada yang sudah khatam. Pelajar ini dari Masjid Negeri Sabah.


Atas: Masing-masing membaca bertadarus untuk menambahkan pahala dibulan Ramadhan.
Kelihatan pelajar dari Masjid Negeri Sabah.

Atas: Memang benar pandangan sesetengah pihak bahawa bertadarus secara beramai-ramai begini menambahkan lagi semangat membaca. Moga-moga mendapat ganjaran pahala dimusim Ramadhan al-mubarak ini. Pelajar di atas adalah Masjid Negeri Sabah.

Atas: Peserta dari Masjid Negeri Sabah.

Atas: Pelajar dari Surau Taman Kemajuan Likas.

Atas: Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Masjid Negeri Sabah

Atas: Pelajar Kelas siang (Sabtu dan Ahad) Masjid Negeri Sabah turut hadir sebagai pemerhati suasana majlis tersebut. Mereka juga turut menjadi jurufoto secara bidan terjun. Terima kasih atas sumbangan kedua beradik ini.

Atas: Kumpulan pelajar dari Surau Taman Kemajuan Likas.

Atas: Beginilah meriahnya suasana majlis tadarus dan khatam express yang diadakan di Masjid Negeri Sabah. Meriahnya mereka mengimarahkan Masjid Negeri Sabah dibulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Atas (dari kanan): Sdr Mansur Asun, Timbalan Pengarah Jabatan Arkib Sabah, Prof. Madya Hj Abdul Rahman Hj Kimsin, UiTM, turut memeriahkan majlis ini.

Atas: Sebahagian dari peserta tadarus bergambar sebagai kenang-kenangan selepas majlis tadarus selesai.

Atas: Bergambar di dalam ruang solat utama Masjid Negeri Sabah sebagai kenang-kenangan.

BBC MENGHINA ISLAM

-

Satu lagi percubaan menghina Islam di United Kingdom. Kali ini, British Broadcasting Corporation (BBC) memasukkan resipi masakan daging babi (pork vindaloo) bersama-sama dalam resipi aidil fitri yang disiarkan dalam laman webnya.
-
Hakan Camuz, Pengerusi The Independent Industrialists’ & Businessmens’ Association (MUSAID) United Kingdom, mengingatkan agar BBC sentiasa peka dengan sensitiviti dan kepentingan Aidil Fitri dalam kalangan umat Islam. “Adalah tidak menasabah BBC tidak mengendahkan fakta bahawa umat Islam tidak memakan daging babi. Ini tidak menghormati”, katanya dan memohon agar BBC memohon maaf kepada orang-orang Islam.


-


Sumber: Laman web BBC bertarikh 25.08.2011


-

28 August 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE 6 MASJID NEGERI SABAH

-
Kota Kinabalu, 23.07.2011:
-
Alhamdulillah, pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah dibawah bimbingan Janis Abdullah telah selesai mengadakan majlis khatam di Masjid Negeri Sabah baru-baru ini. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai. Majlis ini adalah yang ke 6. Turut hadir ialah keluarga pelajar.

Terdahulu dari ini ketua kelas, Hj Johari Dun Banir, dalam ucapan alu-aluannya, menyeru kepada rakan-rakannya agar terus membudayakan membaca Al-Quran serta belajar membaca secara berterusan sambil mengetahui ertinya. Dan yang paling utama ialah mengamalkan ajarannya disamping berusaha mengajarkan kepada orang lain.

Atas: Pelajar Al-Quran bergambar beramai-ramai setelah selesai majlis khatam ke 6 di Masjid Negeri Sabah. Hj Johari (ketua kelas) duduk no.5 dari kanan.

Atas: Pelajar Al-Quran bergambar berlatar-belakangkan masjid negeri selepas majlis khatam.

Atas: Majlis khatam sedang berlangsung

Atas: Backdrop majlis khatam Al-Quran ke 6


Atas: Peserta pelajar wanita sedang berkhatam


Atas: Antara yang menyertai majlis khatam


Atas: Beginilah suasana majlis khatam ke 6. Persediaannya dan perlaksanaannya pun ringkas tetapi sangat bermakna bagi peserta.


Sementara itu, pelajar ini bercadang mengadakan majlis tadarus secara express beramai-ramai bergabung dengan pelajar Al-Quran dari Surau Taman Kemajuan Likas di bulan ramadan dan khatam pada hari yang sama.
-

16 August 2011

SYAFAAT AL-QURAN

-
Sabda Rasulullah S.A.W:

'Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selesai dikebumikan, semasa semua orang kembali ke rumah, Mungkar dan Nangkir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga.'
-
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
-
'Aku adalah Al-Quran, yang kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih.'
-
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur, untuknya malaikat dalam Syurga, tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
-
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
-
'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

-

08 August 2011

MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN DI MNS SIRI KE 7

-
14.08.2011 (8.00 AM), Ahad:

Bersempena dengan bulan Ramadan (Puasa) tahun ini, Masjid Negeri Sabah akan menganjur satu majlis tadarus dan khatam Al-Quran siri ke 7 pada 14.08.2011 bertempat di Masjid Negeri Sabah. Dijangka lebih 100 peserta akan mengambil bahagian yang terdiri dari pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah, pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan serta beberapa kumpulan NGO dan individu.

Jika sekiranya majlis ini berjaya, pihak penganjur bercadang akan mengadakan majlis tadarus dan khatam kali kedua iaitu siri ke 8 di bulan Ramadan. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis ini, sila berhubung terus kepada urus setia melalui telefon bimbit 013-8693148.
-