Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

29 January 2012

MAT JALI (PADUKA MAT SALLEH) MATI DI PATAU PROPER? - SIRI 1

Atas: Paduka Mat salleh

Atas: Kota Mat salleh di Tambunan

Pada tahun 1964, umur saya baru 7 tahun dan berada di darjah satu. Saya mulai masuk sekolah semasa berusia 5 tahun tanpa berdaftar. Zaman dulu, guru kelas tidak kesah sangat budak dibawah umur masuk sekolah. Sekarang budak berumur 5 dan 6 tahun sudah masuk tadika. Dalam umur yang masih muda, saya diajar oleh ibu saya cara berdikari seperti masak nasi dan goreng telur dan sayur untuk dimakan ketika tiada seorang pun berada di rumah. Sebenarnya, ibu saya tidak mengajar pun cara-cara masak tetapi saya sendiri melihat cara ibu saya memasak. Saya juga belajar bagaimana menjahit (bahasa dusun 'ampung') seluar saya yang koyak dengan menggunakan jarum tangan. Inilah 'survival' saya diperingkat kanak-kanak. Malah banyak cerita dongeng dan cerita rakyat yang saya pernah dengar semasa kanak-kanak dulu masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang.
 
Di zaman kanak-kanak ini saya suka meneroka di seluruh pelusuk kampung. Bahasa dusun bilang 'minsandayang'. Salah satu kegemaran zaman kanak-kanak dulu ialah belajar silat dan belajar ilmu batin. Ayah saya tidak bersekolah secara formal tetapi boleh membaca dan menulis. Banyak sekali catatannya yang saya baca. Antaranya ialah catatan pelbagai mentera ilmu batin. Salah satu catatan ilmu batin ada menyebut 'Mas Sali (Mat Jali)'. Ketika itu saya tidak tahu siapa itu Mat Jali. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Mat Jali. Saya mulai membuka soalan kepada orang-orang tua yang sudah lanjut usia.

Saya bertanya kepada aman (pak cik) Uliti (Ketua Kampung Patau), aman Yajuni (org veteren Kampung Patau), aman Amuru (penduduk Kg Patau yang hidup sezaman Mat Salleh) dan mereka tidak sempat menceritakan mengenai riwayat Mat Jali secara terperinci. Akhirnya, saya berjumpa dengan aki Sebintal di Patau Proper (di bawah kampung Narayat). Dalam usia muda, saya mulai meminati cerita 'doung-gulu' (cerita lama). Ketika saya berusia 7 tahun, aki (datuk) Sebintal berumur 76 tahun. Ini bermakna semasa Mat Jali meninggal dunia pada 1900, Aki Sebintal sudah berumur kira-kira 12 tahun. Pada masa umur 12 tahun, banyak perkara dan peristiwa yang dia masih ingat. Aki Sebintal menceritakan kepada saya bahawa Mat Jali mati di Patau Proper. Sambil menuding jarinya ke arah rumpunan bambu di lereng bukit, Aki Sobintal memberitahu saya bahawa Mat Jali mati di bawah rimbunan bambu atau 'koporingan'. Untuk kepastian, saya bertanya kepada Aki Sebintal.

"Macam mana Aki tahu mayat itu Mat Jali?".

Aki Sebintal jawab, "Mayat itu saya kenal kerana ada kubunya di sini (di Kampung Narayat). Dia selalu datang ke sini", katanya. Memang benar, di Kampung Narayat Patau ada kubunya tetapi saya masih tidak puas hati dengan jawapan itu lalu bertanya lagi.

"Ada apa-apa lagi bukti lain yang menyokong bahawa mayat itu Mat Jali punya?", tanya saya.
Aki Sebintal menjawab,

"Dari pakaiannya pun saya kenal. Mat Jali selalu pakai baju warna kehitam-hitaman dan kepalanya sentiasa berikat (serban) dan memakai topi hitam. Dulu, di kampung ini, hanya Mat Jali sahaja yg berpakaian baju begitu. Kami semua masih pakai baju 'sinonson' ", katanya aki Sabintal.

Aki Sabintal menuding jarinya ke arah pakaian sinonson yang masih tersangkut di tiang kayu rumahnya. Sinonson ialah baju tiada lengan yang diperbuat daripada kulit kayu.

Inilah mungkin bukti awal bahawa Mat Jali atau 'Paduka Mat Salleh' Pahlawan Sabah mati di Patau Proper. Zaman remaja saya pula, saya pernah mendengar cerita bahawa Mat Salleh tidak mati. Walaupun saya tidak bersetuju namun saya mendiamkan diri untuk mengelakkan pertelingkahan sesama kawan. Hari ini saya berani menjawab bahawa Mat Salleh telah mati bukan atas sebab penemuan cerita ini tetapi atas dasar beriman kepada Al-Quran yang berbunyi:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali Imran: 185)

 
Cuma tiada siapa pun yang menemui kuburnya. Dan mungkin cerita ini boleh menyelesaikan misteri mengenai kematian Paduka Mat Salleh.
 
(Nak tahu cerita lanjut.... tunggu sambungan siri ke 2).

7 comments:

  1. Bila lagi mau sambung cerita ini dgn siri ke 2?

    ReplyDelete
  2. Insyaa Allah siri ke 2 akan dipublish.

    ReplyDelete
  3. Ada juga pembaca yg memberikan komen yg kurang sopan mengenai artikel ini dan menuduh saya bohong. Cerita dari aki itu benar2 keluar dari mulutnya. Saya cuma menceritakan apa yang saya dengar. Soal samada cerita ini bohong atau tidak, bukan perkara penting bagi saya kerana cerita ini belum tamat. Insyaa Allah, siri ke 2 akan menyusul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya baca balik komen org itu, ternyata dia bukan ahli fikir yg semporna kerana tergamak mengeluarkan komennya serta kesimpulan berdasarkan cerita siri 1. Terang-terang dihujung artikel ini tertulis bahawa ada cerita sambungan tapi mungkin org ini tidak membaca sampai ke hujung maka beliau membuat kesimpulan bahawa saya kononnya berbohong. Dengan bahasanya yg kesat bercampur bahasa 'bajau' dan 'arab' yg dirumikan, maka kita dapat membuat andaian awal perangai manusia ini. Dia kata lagi bahawa dia keturunan Mat Salleh..!. Dia tidak tahu bahawa ramai di luar sana mengatakan bahawa Mat Salleh 'PENGGANAS' maka artikel ini cuba menafikan serta cuba membetulkan persepsi negatif ini tapi.pembaca 'tidak bernama' itu tidak dapat mengawal perasaannya lalu melemparkan tuduhan bahawa saya kononnya 'bohong'. Tak mengapa...hasrat saya untuk menulis artikel siri 2 sedikit sebanyak terhenti kerana tuduhan itu...semacam tidak lagi berminat utk meneruskan cerita lanjut.. tambahan pula minat saya bertambah pudar bila orang2 sulu menyerang Lahad Datu pada tahun ini menambah lagi keyakinan lebih ramai lagi rakyat Malaysia menganggap bahawa keturunan Mat Salleh terbukti 'pengganas'. Maka saya tangguhkan sambungan cerita siri 2 atau mungkin juga akan batalkan terus cerita ini walau pun datuk saya adalah 'pengikut setia Mat Salleh' yg berjuang suatu ketika dulu. Jadi pesanan saya kepada penulis komen negatif itu adalah seperti berikut:

      "Wahai penulis tak bernama, kamu cuma keturunan Mat Salleh (entah betul entah tidak) tetapi datuk aku pejuang bersama Paduka Mat Salleh"...

      nah..! amik kau...

      Delete
    2. Dikala Mat Salleh dibantai habis-habisan oleh penjajah, dimana org kamu wahai penulis tidak bernama. Org kami yg tiada kena mengena dgn Mat Salleh yg menjaga dan mempertahankan Mat Salleh semasa dihumban ke Tambunan oleh penjajah Belanda sebelum tahun 1900.Sekarang kamu mengatakan kamu keluarga Mat Salleh. Masa Mat Salleh diserang dgn teruk di Lohan Ranau kerabat kamu di mana? Siapa yg berjuang mempertahankan Mat Salleh ketika itu kalau bukan saudara saya!. Ramai nenek moyang kami mati berjuang serta membawa balik Mat Salleh kembali berundur ke Tambunan.

      Delete
    3. Org kamu ketika itu dicari dan di 'ipa' oleh penjajah dan tali barutnya yg berkeliaran di Pendalaman utk membunuh Mat Salleh. Mana2 yg berkulit hitam macam Mat Salleh akan dibunuh sehinggakan ramai yg terbunuh. Jadi jangan mengaku cucu Mat Salleh kalau kamu atau kerabat kamu dulu 'posongilut'. Kamu tidak tahu itu hutan Tambunan dan Ranau ketika penjajah aktif mencari Mat Salleh dan saki baki penyokongnya. Datuk aku dan kerabat kamilah yg ke hulu ke hilir membawa makanan utk sustainance perjuangan Mat Salleh. Tiba2 kamu kata penulis artikel ini pembohong.

      Delete
  4. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

    ReplyDelete