Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

19 September 2009

FAKTA MENGENAI IMAM AS-SYAFIE

.
1.0 Riwayat Hidup:
.
1.1 Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
.
1.2 Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
.
1.3 Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
.
1.4 Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan).
.
1.5 Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
.
1.6 Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
.
2.0 Peribadi:

2.1 Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
.
2.2 Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
.
2.3 Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
.
2.4 Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
.
2.5 Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
.
2.6 Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.
.
2.7 Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
.
2.8 Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
.
3.0 Pendidikan:
.
3.1 Imam as-Syafie mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun beliau hafaz Al-Quran.
.
3.2 Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.
.
3.3 Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
.
3.4 Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
.
3.5 Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
.
3.6 Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
.
3.6.1. 1/3 malam untuk berehat.
3.6.2. 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
3.6.3. 1/3 malam untuk beribadat.
.
3.7 Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

4.0 Sumbangan

4.1 Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran,hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
.
4.2 Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
.
4.3 Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
.
4.3.1 Abtal Al-Istihsan.
4.3.2 Ahkam Al-Quran.

4.3.3 Ar-Risalah.
.
4.4 Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah;
.
4.4.1 Al-Mukhtasar Al-Kabir.
4.4.2 Al-Mukhtasar as-Saghir.
4.4.3 Al-Farid.
4.4.4 Al-Umm.
.
4.5 Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
.
4.5.1 Al-Masnad.
4.5.2 Al-Amali.
4.5.3 Ikhtilaf Al-Hadis.
.
4.6 Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
.
4.7 Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.
.

No comments:

Post a Comment