Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label bersama pemimpin. Show all posts
Showing posts with label bersama pemimpin. Show all posts

18 December 2011

MAJLIS TAUTAN KASIH OLEH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tambunan, 16.12.2011 (Sabtu):

Foto: Nurul Izzati J

Lebih dari 100 orang telah menghadiri Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra anjuran Jabatan Pelajaran Sabah yang telah di adakan di Surau Kg Patau Tambunan. Majlis itu disempurnakan oleh Tuan Haji Yusuff HM Haniff, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam majlis itu, seramai 40 orang mualaf dan golongan miskin telah menerima sumbangan berupa bahan keperluan harian. Golongan mualaf dan orang miskin ini didatangkan dari beberapa buah kampung di Daerah Tambunan seperti Kg Patau, Kg Katagaian, Kg Bambangan, Kg Namadan, Kg Mahua, Kg Kipaku dan Kg Babagon.

Turut hadir ialah Encik Salehudin Tahir, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Hj Kaipin Rosmin, Pegawai pelajaran Daerah Tambunan, Haji Saifulzaman Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ustaz Sanusi Satir, Imam Daerah Tambunan, Pegawai Kebajikan Tambunan, Pegawai Pembangunan Daerah, CDO, Ketua-Ketua Kampung Patau, Katagayan dan Babagon, Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin Badan-badan bukan kerajaan serta orang yang tinggal di sekitar Kampung Patau.

Terdahulu dari itu, Haji Yusoff HM Haniff menyeru agar masyarakat terus bersatu dan bersama-sama menikmati segala pembangunan hasil dari keamanan dan kestabilan kerajaan selama ini. Beliau mengingatkan bahawa perpaduan amat penting demi mencapai negara maju menjelang 2020. Katanya, gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Datuk Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak amat tepat bagi negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 1 Malaysia telah bermula di Sabah dan Sarawak telah diperkemaskan oleh YAB Perdana Menteri sekarang, bertujuan untuk memantapkan lagi perpaduan yang sedia terjalin.

Turut memberi ucapan alu-aluan ialah Janis bin Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Kg Patau. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri kerana memilih Surau Patau sebagai tempat mengadakan majlis. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Pegawai Kanan Negeri Dan persekutuan serta ahli jawatan kuasa penganjur diatas keprihatinan mereka kerana turut menjayakan majlis itu.
Atas: Janis Abdullah memberi ucapan alu-aluan

Atas: Haji Yusoff HM Haniff, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyempurnakan Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra.

Atas: AJK pelaksana bergambar beramai-ramai dgn. tetamu

Atas: Haji Yusoff menyampaikan sumbangan kepada wakil dari Kg Bambangan

Atas: Haji Yusoff menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dari Kg Babagon

Atas: Haji Yusoff menyampaikan sumbangan kepada penerima dari Kg Narayat

Atas: Seorang lagi mualaf dari Kg Narayat telah menerima sumbangan.

Atas: Mualaf dari Kg Babagon sedang menerima sumbangan.

Atas: Kakitangan Kerajaan negeri dan persekutuan turut hadir.

Atas: Kakitangan kerajaan Negeri dan Persekutuan turut hadir

Atas: Janis abdullah memberikan cendera kenangan kepada Haji Yusoff, disaksikan oleh ust Mohd Yassin bin Yunus (kanan sekali), Haji Saifulzaman Sangul (Ketua Penolong Pengarah, JPN Kota Kinabalu), Haji Kaipin Rosmin (Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan), Encik Salehudin Tahir (Penolong Pegawai Daerah Tambunan) dan Encik Peter James Atijam (Pengerusi Rukun Tetangga Kg Patau)


Atas: Janis Abdullah, memohon Dewan serbaguna untuk memudahkan penganjuran sebarang acara surau.

Atas: Puan Siti Zubaidah (Ketua Wanita Surau Kg Patau) bersama dengan AJKnya, turut bergerak cergas menyediakan segala jamuan.

Atas: Encik Ahmad Thadzuddin Hj Mohd Ali (Penyelia Pelajaran Tambunan), Imam Sanusi Satir (Imam Daerah) dan Dr Juanis @ Junaidi Yajuni (Pegawai Pembangunan Daerah), antara Pegawai Kerajaan yang turut hadir.

-

25 October 2009

SULTAN MIZAN

- DYMM Sultan Mizan, People at heart



-



Born :



22 January 1962 (1962-01-22) (age 47)



-



Reign:



13 December 2006 – present



-
Spouse :



Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah



-
Father:



Mahmud Al-Muktafi Billah Shah



-
Mother :



Sharifa Nong Fatima binti Sayyid Abdullah, Tengku Besar Terengganu



-

26 August 2009

UCAPAN RAMADHAN YB.DATUK MASIDI MANJUN

SALAM RAMADHAN DARI
YB. DATUK MASIDI MANJUN
(Walau sibuk dengan urusan, YB sempat juga mengucapkan
salam Ramadhan kepada saya melalui SMS. Biasanya
kami bertemu di Istana menjelang Ramadhan pada 22.08.2009 sempena melihat anak bulan,
tetapi beliau tidak sempat datang
ke Istana seperti tahun-tahun lalu, jadi beliau
hanya menghantar SMS sebagai pengganti diri)

Berikut adalah bunyi SMS beliau:

"Salam Ramadhan Al-Mubarak! Selamat menunaikan ibadah puasa
semoga ibadah Ramadhan meSUCIkan diri dan jiwa kita".
Ikhlas dari Masidi Manjun
22 August 2009

P/S. Saya minta maaf pada YB kerana terlupa balas SMS ini.
Namun saya ucapkan terima kasih atas SMS itu. Semoga YB sekeluarga
sihat semasa menjalani ibadat puasa dan ibadat-ibadat yang lain.
Amiin.
.

25 August 2009

MENYAMBUT TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

16.08.2009

Kota Kinabalu, Ahad:-


Kira-kira dua ratus orang telah menyambut kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, bertempat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baru-baru ini.


Mereka ini terdiri dari orang kanan kabinet negeri Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Yahya Hussien, Timbalan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri, para pendidik, persatuan ibubapa guru dari pelbagai sekolah dan rakyat jelata berhampiran.


PIBG SK Tanjung Aru 1 turut hadir untuk menyerahkan memorandum mengenai permohonan sekolah baru yang lebih moden. Bangunan sekolah yang ada dibena pada tahun 1952 dan sememangnya tidak sesuai lagi dalam era mellinium.


Atas: Sepanduk dari Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah


Atas: Pencetus Faktor 'WOW'.




Atas: Sepanduk dari BN dan UMNO tanda sokongan kepada kepimpinan TPM.




Atas: Serpanduk berbunyi "Pencabar Perlembagaan Pengkhianat negara"



Atas: Satu lagi sepanduk mengenai kah perlembagaan.



Atas: Sepanduk mengiringi PIBG SK Tanjung Aru 1 menghantar memorandum kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia memohon supaya pembenaan sekolah baru SK Tanjung Aru 1 dipercepatkan memandangkan bangunan ini adalah bangunan yang dibena pada tahun 1952.



Atas: Sepanduk memohon Tan Sri singgah di SK Tg Aru 1 melihat sendiri keadaan sekolah yang perlukan perhatian dari kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.


Atas: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Atas: Ratusan menanti kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
.

31 October 2008

SEJENAK BERSAMA YB DATUK MASIDI MANJUN


29.10.2008 (Rabu):

Jam 7.30 malam, majlis Hari Raya anjuran Persatuan Alumni UiTM Sabah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Selaku setiausaha agung persatuan alumni UiTM Sabah, saya gembira kerana hampir semua AJK alumni hadir termasuk Yang DiPertua iaitu YB. Datuk Masidi Manjun, yang juga Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah. Majlis ini juga dihadiri oleh tetamu dari UiTM Shah Alam, Johor dan Pahang. Turut hadir ialah wakil dari media.

Pada petang hari itu, saya menerima SMS ungkapan kata dari YB Datuk Masidi yang berbunyi "sikap & amp; pendirian kadangkala dibentuk oleh persepsi & amp; andaian - tak kenal tak cinta". Saya setuju benar dengan ungkapan ini kerana 'persepsi dan andaian' boleh menaikkan seseorang dan boleh menjatuhkan seseorang.

Semasa saya kerja dengan sebuah syarikat multi nasional di Kuala Lumpur, kebanyakan 'boss' saya menilai saya berdasarkan luaran. Bila saya bersikap pendiam, maka bos-bos saya menganggap saya tuyu (bodoh). Belum pun sampai seminggu saya bekerja di Kuala Lumpur, bos saya menguji saya dengan melantik saya menjadi juruacara (MC) dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh 200 orang usahawan. Rakan-rakan saya tersenyum 'sinis' dengan mengatakan "Ala releklah, tak perlu nervous sangat... awak buatlah macam ini....", sambil mengajar saya apa nak buat. Saya diam kerana apa yang diberitahu semuanya saya anggap 'too basic' bagi saya yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam 'public speaking'.

Apabila rakan ini melihat saya banyak berdiam, beliau menganggap saya kurang yakin dengan kemampuan saya lalu mengadu kepada bos kami. Bos kami pun panggil saya nak bagi tahu 'what to do'. "Saya nak train awak supaya awak dapat pengalaman", katanya. Inilah andaian dan persepsi mereka yang salah. Dia tak tahu bahawa 'strength' saya sebenarnya adalah 'public speaking'. Bermula dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima, sekolah menengah di Semananjung, saya sudah mendapat gelaran pembahas terbaik sekolah, 'inter school debate competition'. Malah, pendebat mewakili 'school (Fakulti) of business management and administration' UiTM Shah Alam dalam Bahasa Inggeris.

Kelemahan bos-bos saya ialah mereka gagal bertanyakan pengalaman kerja saya terutamanya 'strength' saya. Yang mereka tahu ialah 'weakness' saya berdasarkan 'perception' luaran dan based on 'hearsay' report. "Judging the book by its cover is dangerous". Yang mereka nampak ialah saya seorang berbadan gempal dan rendah maka mereka menganggap saya bertaraf 'kampungan' serta tidak memiliki kebolehan. Bukan bos-bos saya sahaja yang mempunyai persepsi yang sama malah lecturer saya pun melihat bentuk fizikal yang gempal dan rendah dari segi saiz maka mereka meng'associate' saya dengan 'dusun nun jauh di pendalaman yang serba tuyu dan 'backward' dari segi idealogy. Gurauan mereka yang keterlaluan menggambarkan perception mereka. Saya sudah masak dengan perbezaan gurauan umum dengan gurauan 'underating'. Dari pandangan mata mereka dan senyuman mereka dapat menggambarkan samada gurauan mereka itu berunsur membena atau menghina simply because saya bergaul dengan mereka sejak dari tingkatan satu hingga universiti serta bekerja dengan mereka selama 20 tahun. Perception mereka adakalanya tepat kerana memang sah saya seorang 'anak dusun' dan inilah yang membuatkan mereka berani bergurau melampaui batas ajaran islam. Ada juga soalan bodoh berbunyi "Kenapa badan kamu pendek?". Saya jawab "Tanya Allah kerana Allah yang mencipta saya".
Malam itu, seorang tetamu yang kebetulan duduk bersama dengan YB Datuk Masidi, menyatakan bahawa gambaran orang dusun biasanya badan gempal pendek sedangkan Datuk Masidi berbadan tinggi. Perception mereka ialah 'ketulinan' kedusunan Datuk Masidi Manjun seolah-olah hampir pudar. Bila ada orang dusun berbadan 'tinggi' seperti YB Datuk Masidi, maka perception mereka terhadap 'kedusunan' YB Datuk Masidi Manjun sudah berbeza. Perlu diingat, bahawa nabi Muhammad SAW menyatakan, apabila kambing hitam beranak, anak-anaknya bukan semuanya ikut hitam seperti indungnya (ibunya). Ada yang hitam dan ada yang putih dan ada yang berbelang hitam putih. Malangnya, sesetengah mereka yang bergelar 'learned people' masih berfikiran kurang matang. 'Perception' kebudak-budakan ini tetap ujud dalam sanubari mereka walaupun mereka sudah bergelar 'Profesor' atau Pengurus Besar. Persoalannya... layakkah mereka mendapat gelaran 'profesor' atau 'General Manager' jika perception mereka ditakuk lama?
Perception begini boleh 'membunuh' peluang orang lain untuk menjadi pemimpin dalam satu-satu jabatan. Malah ada yang terkedu dan terkejut beruk bila mereka tahu saya mengajar Muqaddam dan Al-Quran. Mereka tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Ada yang bertanya "bolehkah orang dusun mengajar agama islam, sedangkan mereka ini mualaf?". Ini juga persepsi yang negatif seorang 'profesor madya' dari seberang sana membuat andaian berasaskan rujukan 'buku edisi lama'. Lalu saya menambah "bahkan ramai orang dusun yang bergelar ustaz malah ada ustaz dusun yang sudah bergelar PhD".
Seorang rakan saya bergelar ustaz sedang mengambil PhD kerana tercabar bila mendengar seorang 'high ranking officer' di pejabat kemuftian membuat komen, (ditujukan kepadanya yang juga bekerja di pejabat yang sama), seperti berikut, "mana boleh dia kerja di pejabat kemuftian sedangkan dia mualaf!". Bagi saya komen seperti ini tidak wajar keluar dari mulut pegawai berkenaan. Subjek 'perception' ini juga banyak saya kupas dan bahaskan di sebuah kolej swasta semasa saya menjadi pensyarah dalam dua subjek iaitu 'consumer behaviour' dan 'organisation behaviour', kepada pelajar Diploma in Retailing Management.
 
Pendekkan cerita, waktu saya dilantik menjadi juruacara... pada hari majlis itu bermula, seperti biasa, saya sudah standby di mikrofon lebih awal. Saya memulakan acara dengan mukaddimah secara 'islamic' yang biasa saya buat di Sabah. Mata audien tertumpu kepada saya melihat orang yang belum mereka kenali, berbadan gempal, rendah, berkulit putih macam cina tapi fasih berbahasa melayu... (Ini pun andaian saya sahaja). Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir tanpa sekatan. Selepas majlis itu, ramai usahawan berdiri dan bersalaman dengan saya sambil mengucapkan tahniah dan kata-kata pujian. Mereka sempat berkenalan dengan saya sebelum bersurai. Rakan-rakan saya serta bos saya yang mempunyai 'preconcieve idea' negatif mengenai keupayaan saya, sudah tentu hati mereka bertambah 'bengkak' kerana 'MALU'. Saya diuji dengan pelbagai ujian namun saya terus MARCH ON menempah kejayaan demi kejayaan. Cerita ini panjang... dan insyaa Allah akan saya sambung dalam tajuk 'perjalanan ku' di siri seterusnya.
 
Berbalik kepada hariraya gathering alumni UiTM, walaupun sambutan sederhana tetapi kami dapat berinteraksi sesama ahli dan tetamu yang hadir. Malah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu. Walau pun majlis malam itu simple tetapi meriah. Jam 10.20 malam, kami bersurai.

Saya dan dua rakan AJK sempat singgah minum air kelapa di restoran SB Sembulan untuk mencuci perut selepas memakan makanan yang enak lagi lazat. Sekembalinya saya ke rumah, saya terfikir semula kata-kata seorang 'tetamu professor' majlis raya malam itu mengenai perception beliau terhadap 'kedusunan' YB Datuk Masidi. Secara kebetulan, SMS YB Datuk Masidi petang tadi mengenai perception benar-benar 'jived' atau 'ngam betul' dengan kata-kata (perception) seorang 'profesor' yang juga menjadi tetamu alumni malam itu.


28 October 2008

BERHARI RAYA DI RUMAH YB.DATUK SAIRIN KARNO

26.10.2008 (Ahad):
-
Jam 12.30 berkunjung ke rumah YB Datuk Sairin. Walau pun hujan lebat, saya dan keluarga saya sempat juga datang. Sambil bersalaman di luar rumah, Datuk Sairin sempat meminta nombor telefon saya. Beliau terus mempersilakan saya masuk dan menjamu selera.
-
Majlis itu bermula pada jam 11.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang. Saya lihat ramai pengunjung pelbagai agama yang datang. Sesak kawasan rumah dengan pengunjung yang ramai. Datuk Yong Teck Lee, YB. Mokhtar Radin antara kenamaan yang hadir. Dari Keningau pun ramai yang turun. Saya sempat berbual mesra dengan kawan-kawan lama dari Tambunan dan Keningau sambil menjamu selera. Saya tidak sempat duduk kerana terlalu ramai pengunjung. Lagi pun kawan-kawan lain lebih suka berdiri dari duduk.
Jam 1.30 petang kami pulang kerana ada jemputan lain menunggu. Kami datang masa hujan, balik pun masih hujan.
-