Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label Qurban. Show all posts
Showing posts with label Qurban. Show all posts

13 December 2008

KORBAN DI KAMPUNG PATAU

9.12.2008 (Selasa), Kg Patau Tambunan:

Korban hari kedua saya ke Tambunan menyaksikan majlis korban di surau Kg Patau. Umat islam di Kg Patau begitu bersemangat menyambut raya korban walaupun hanya seekor yang dikorbankan. Bagi penduduk Islam Kg Patau, korban ini satu-satunya cara menghimpunkan mereka. Walau pun bilangan penduduk islamnya amat sedikit, namun semangat berkorban tetap tinggi.


Sebanyak empat buah kampung terlibat dalam korban tersebut iaitu Kg Patau, Kg Narayat, Kg Bambangan, Kg Babagon. Sementara daging korbannya di agih-agihkan kepada penduduk islam di luar kampung ini.









Pemberian kepada mualaf dari Kg Katagayan











Seorang lagi mualaf dari Kg Bambangan Tambunan menerima daging korban.














Korban ini juga turut disaksikan oleh kanak-kanak walaupun mereka tak tahu pengertian korban.












Memang susah menumbangkan lembu besar yang liar lagi agresif tapi semangat berkorban dapat mengatasi segala-galanya.






Semoga rezki bertambah untuk membolehkan korban di masa akan datang.

KORBAN DI SANA-SINI

8.12.2008 (Isnin), Kota Kinabalu:-

Dikala orang lain bercuti, saya dan rakan saya di Masjid Negeri Sabah sebok menyediakan tempat yang selesa di Masjid Negeri Sabah bagi menyambut kehadiran kira-kira 10,000 orang jemaah Masjid Negeri yang bakal bersolat di Masjid. Memang tidak mudah menyediakan tempat untuk 10,000 jemaah yang terdiri dari pelbagai kaum dari dekat dan jauh dari masjid negeri. Tandas perlu dibersihkan, tikar tambahan dibentangkan di seluruh jawasan masjid, pemasangan kain sempadan lelaki dan perempuan, menyediakan petugas yang cekap menjaga keselamatan masjid negeri, kenderaan jemaah dan pelbagai lagi.





Jemaah lelaki di Masjid Negeri Sabah

















Jemaah wanita di Masjid Negeri Sabah















Selepas solat, saya menyaksikan 6 ekor yang di korbankan di perkarangan Masjid Negeri.