WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

21 December 2011

IRAN BERSEDIA DENGAN KEKUATAN TENTERANYA

Atas: Foto drone RQ-170 pesawat tanpa pemandu Amerika yang berjaya dipintas oleh Iran secara kawalan elektronik dan membawanya mendarat di Iran. Kini drone di atas sedang dipamerkan di Iran sebagai satu simbol kejayaan saintis Iran. Obama meminta dikembalikan semula drone itu tetapi Iran enggan kerana sudah menjadi milik Iran. Drone ini berharga 6 juta dan digunakan oleh CIA mencari dan membunuh Osama bin Laden.

Dunia mengkagumi kehebatan Iran memperkuatkan tenteranya. Terkini, Iran menggariskan 20 perkara penting memperkasakan tenteranya secara saintifik. Antara bidang yang diambil kira ialah memperkuatkan sumber tenaga, teknologi nano, elektronik macro, optik, laser, peluru berpandu dan kelengkapan tentera lautnya.

Awal bulan Disember 2011, Iran mencatat kejayaan dengan memintas kapal terbang tanpa pemandu milik Amerika yang cuba membuat pengintipan di Iran. Walau bagaimanapun, kawalan eloktronik tentera Iran berjaya memintas 'drone' tersebut untuk pendaratan di Iran tanpa merosakkan drone tersebut. Dengan kejayaan itu maka Iran berjaya memiliki teknologi canggih milik Amerika dan inilah peluang bagi Iran untuk memperhebatkan teknologinya mencipta drone yg lebih canggih untuk pelbagai kegunaan terutamanya untuk kegunaan ketenteraan. Pada tahun 2009, Iran melancarkan pesawat tanpa pemandu buatannya sendiri.

Iran memberi amaran keras kepada Washington bahawa jika Iran di serang maka Iran akan menghancurkan Isreal serta merta dan melenyapkan Isreal dari peta dunia. Sila baca artikel berikut:

----------------------------------------------------------------------------

TEHRAN (FNA)- Iranian Defense Minister Brigadier General Ahmad Vahidi on Tuesday unveiled 20 important projects in energy, nanotechnology, microelectronic, optic, laser, missile and naval fields.

"One of the projects is the designing and building of a high-frequency electronic part named David Salitani which will provide the ground for the production of Salitani transistors in Iran," Vahidi told reporters in Tehran, explaining that the transistor would provide the country with the possibility to produce highly fast electronic circuits for large capacity telecommunication which cannot be tapped by anyone.

"Another system which was inaugurated today is a machine which generates electricity and heat concurrently while using only one energy source like natural gas or oil," he added.

Vahidi pointed out that the system has a very high and unrivalled efficiency rate of 80% of energy production, while the figure stands at around 30% to 35% in power plants.

Iran has made huge achievements in various fields of science and technology, from nuclear knowledge to stem cell and Nano technology.

In a most recent case, Iranian Health Minister Marziyeh Vahid Dastjerdi announced in September that the country would soon start production of 15 types of anti-cancer drugs.

"15 types of monoclonal anti-body drugs are being synthesized with the help of the Scientific Department of the Presidential Office, using hi-tech technology," Vahid Dastjerdi said.
Also earlier this year, Iranian scientists succeeded in producing new types of medication for treating different kinds of cancer, viral diseases and arthritis with 100% positive results.

Iran has also taken wide strides in designing and manufacturing different types of light, semi-heavy and heavy weapons, military tools and equipment. Tehran launched an arms development program during the 1980-88 Iraqi imposed war on Iran to compensate for a US weapons embargo. Since 1992, Iran has produced its own tanks, armored personnel carriers, missiles and fighter planes.

Yet, Iranian officials have always stressed that the country's military and arms programs serve defensive purposes and should not be perceived as a threat to any other country.

--------------------------------------------------------------------------------

Food for thought:
Iran dan rakyatnya bersatu mempersiapkan negaranya menjadi kuasa nuklear dunia supaya negara barat terutamanya Amerika dan Isreal berfikir berpuluh kali samada mau menyerang Iran atau tidak. Di Malaysia, kita sibuk berpecah dan bergaduh sesama sendiri.-

20 December 2011

KISAH KELAS MUQADDAM - LUCU TAPI MENGINSAFKAN

Kisah Kelas Muqaddam:

Suatu tengahari, seperti biasa, saya ke tempat mengajar mengaji untuk meneruskan pengajaran muqaddam. Saya buka bilik kelas mengaji (bilik mesyuarat) tetapi keluar semula kerana bilik itu gelap saja. Saya duduk di luar kelas menunggu pelajar datang. Kelas sepatutnya bermula jam 1.00 petang dan berakhir jam 2.00 petang. Saya menunggu hingga jam 1.45 petang tapi seorang pelajar pun belum datang. Saya mengambil keputusan untuk balik pejabat.

Esok hari, ketua kelas tanya kenapa tidak datang mengajar. Saya jawab saya datang tapi tiada orang. Dia kata ada orang dalam bilik mesyuarat menunggu. Saya kata tiada sebab gelap bilik mesyuarat. Diorang kata ada. Saya tanya siapa? Dia sebut nama orang itu. Saya terkejut, baru saya teringat, rupanya pelajar saya itu buta dan bagi dia bilik gelap atau terang sama saja. Saya terus minta maaf.

Pengajaran dari peristiwa ini ialah sedangkan orang buta belajar Al-Quran, kenapa yang tak buta berkira-kira untuk belajar tapi kakinya belum melangkah ke kelas mengaji. Apa lagi alasan untuk tidak belajar?. Kisah benar ini berlaku dengan saya kira-kira 15 tahun yang lalu tapi masih segar dalam ingatan. Moga-moga pelajar saya ini terus belajar Al-Quran walaupun buta. Matanya buta tapi hatinya celik.

Oleh : Janis Abdullah
-

18 December 2011

MAJLIS TAUTAN KASIH OLEH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tambunan, 16.12.2011 (Sabtu):

Foto: Nurul Izzati J

Lebih dari 100 orang telah menghadiri Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra anjuran Jabatan Pelajaran Sabah yang telah di adakan di Surau Kg Patau Tambunan. Majlis itu disempurnakan oleh Tuan Haji Yusuff HM Haniff, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam majlis itu, seramai 40 orang mualaf dan golongan miskin telah menerima sumbangan berupa bahan keperluan harian. Golongan mualaf dan orang miskin ini didatangkan dari beberapa buah kampung di Daerah Tambunan seperti Kg Patau, Kg Katagaian, Kg Bambangan, Kg Namadan, Kg Mahua, Kg Kipaku dan Kg Babagon.

Turut hadir ialah Encik Salehudin Tahir, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Hj Kaipin Rosmin, Pegawai pelajaran Daerah Tambunan, Haji Saifulzaman Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ustaz Sanusi Satir, Imam Daerah Tambunan, Pegawai Kebajikan Tambunan, Pegawai Pembangunan Daerah, CDO, Ketua-Ketua Kampung Patau, Katagayan dan Babagon, Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin Badan-badan bukan kerajaan serta orang yang tinggal di sekitar Kampung Patau.

Terdahulu dari itu, Haji Yusoff HM Haniff menyeru agar masyarakat terus bersatu dan bersama-sama menikmati segala pembangunan hasil dari keamanan dan kestabilan kerajaan selama ini. Beliau mengingatkan bahawa perpaduan amat penting demi mencapai negara maju menjelang 2020. Katanya, gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Datuk Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak amat tepat bagi negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 1 Malaysia telah bermula di Sabah dan Sarawak telah diperkemaskan oleh YAB Perdana Menteri sekarang, bertujuan untuk memantapkan lagi perpaduan yang sedia terjalin.

Turut memberi ucapan alu-aluan ialah Janis bin Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Kg Patau. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri kerana memilih Surau Patau sebagai tempat mengadakan majlis. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Pegawai Kanan Negeri Dan persekutuan serta ahli jawatan kuasa penganjur diatas keprihatinan mereka kerana turut menjayakan majlis itu.
Atas: Janis Abdullah memberi ucapan alu-aluan

Atas: Haji Yusoff HM Haniff, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyempurnakan Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra.

Atas: AJK pelaksana bergambar beramai-ramai dgn. tetamu

Atas: Haji Yusoff menyampaikan sumbangan kepada wakil dari Kg Bambangan

Atas: Haji Yusoff menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dari Kg Babagon

Atas: Haji Yusoff menyampaikan sumbangan kepada penerima dari Kg Narayat

Atas: Seorang lagi mualaf dari Kg Narayat telah menerima sumbangan.

Atas: Mualaf dari Kg Babagon sedang menerima sumbangan.

Atas: Kakitangan Kerajaan negeri dan persekutuan turut hadir.

Atas: Kakitangan kerajaan Negeri dan Persekutuan turut hadir

Atas: Janis abdullah memberikan cendera kenangan kepada Haji Yusoff, disaksikan oleh ust Mohd Yassin bin Yunus (kanan sekali), Haji Saifulzaman Sangul (Ketua Penolong Pengarah, JPN Kota Kinabalu), Haji Kaipin Rosmin (Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan), Encik Salehudin Tahir (Penolong Pegawai Daerah Tambunan) dan Encik Peter James Atijam (Pengerusi Rukun Tetangga Kg Patau)


Atas: Janis Abdullah, memohon Dewan serbaguna untuk memudahkan penganjuran sebarang acara surau.

Atas: Puan Siti Zubaidah (Ketua Wanita Surau Kg Patau) bersama dengan AJKnya, turut bergerak cergas menyediakan segala jamuan.

Atas: Encik Ahmad Thadzuddin Hj Mohd Ali (Penyelia Pelajaran Tambunan), Imam Sanusi Satir (Imam Daerah) dan Dr Juanis @ Junaidi Yajuni (Pegawai Pembangunan Daerah), antara Pegawai Kerajaan yang turut hadir.

-

JESUS DALAM AL-QURAN

SOALAN: Apa Al-Quran kata mengenai Jesus?


JAWAPAN:

Al-Quran banyak memperkatakan mengenai Jesus (bahasa arab Isa). Al-Quran menyatakan tentang keajaiban kelahirannya, ajarannya, kenabiannya, kemukjizatannya dengan izin Allah. Dalam Al-Quran ada peringatan bahawa Jesus adalah manusia dan bukan tuhan atau anak tuhan. Berikut adalah sebahagian daripada petikan mengenai Jesus di dalam Al-Quran.


MULIA - ALI IMRAN 45-48


45. (ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang Yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

46. "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil Dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang Yang soleh.

47. Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa Yang dikehendakiNya; apabila ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah Engkau ', lalu menjadilah ia."

48. dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

SEORANG NABI - MARYAM 30-35

30. ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

31. dan ia menjadikan daku seorang Yang berkat di mana sahaja Aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi Aku hidup.

32. " serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang Yang sombong takbur atau derhaka.

33. dan Segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaKu pada hari Aku diperanakkan dan pada hari Aku mati, serta pada hari Aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

34. Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. keterangan Yang tersebut ialah keterangan Yang sebenar-benarnya, Yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

35. tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah ia. apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.

PESURUH ALLAH - AL-MAAIDAH 116-117

116. dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah Yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu Yang Aku tidak berhak (mengatakannya). jika Aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa Yang ada pada diriku, sedang Aku tidak mengetahui apa Yang ada pada diriMu; kerana Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara Yang ghaib.


117. Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa Yang Engkau perintahkan kepadaKu mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah Aku menjadi Pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan Yang benar dan menyalahkan Yang salah) selama Aku berada Dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri Yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah Yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.


AJARANNYA - AZ-ZUKHRUF 63-65


63. dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) Dengan membawa keterangan-keterangan Yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya Aku datang kepada kamu Dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) Yang kamu berselisihan padanya. oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan Taatlah kepadaKu.


64. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka Sembahlah kamu akan dia; Inilah jalan Yang lurus".


65. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. maka Kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang Yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.


-

15 December 2011

GALERI FOTO KELAS MUQADDAM DI IBU PEJABAT USIA

Foto Atas: Kelihatan pelajar Al-Quran di bangunan Ibu Pejabat USIA Kota Kinabalu yang mengikuti Kelas bimbingan Al-Quran pada hari pertama iaitu 14.12.2011.


KOTA KINABALU, 14.12.2011 (RABU):

Setelah dua minggu tergendala akhirnya kelas muqaddam dan Al-Quran dapat disambung semula, bukan lagi di Masjid Negeri Sabah tetapi berpindah di Bangunan Ibu Pejabat USIA Kota Kinabalu. Perpindahan ini adalah dibuat kerana bilik kuliah di Masjid telah dikunci secara tiba-tiba (tanpa notis). Akibat daripada ketiadaan notis maka seramai 35 orang pelajar terlanjur datang ke masjid negeri pada 30.11.2011. Pelajar ini terdiri dari Timbalan Pengarah, Profesor, Pegawai Kanan kerajaan, Pengetua. Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pesara Kerajaan dan Ahli korporat. Turut menyertai kelas ini ialah kakitangan USIA sendiri.

Yang Berbahagia Datuk Latif Kandok, Setiausaha Agung USIA dan pegawai USIA yang lain begitu prihatin, mengalu-alukan dan menerima kumpulan pelajar ini meneruskan pembelajaran mereka di aras bawah Bangunan USIA. Setelah tempat itu dibersihkan dan dibekalkan dengan meja dan kerusi, maka akhirnya kelas dapat dimulakan pada 14.12.2011 (Rabu).

Sementara itu, USIA juga membenarkan kumpulan ini mengadakan rawatan perubatan islam di premis ini dan dengan kebenaran ini maka perubatan islam telah dimulakan pada 07.12.2011.

Foto 1
Foto 2
Foto 3
Foto 4
Foto 5
Foto 6
Foto 7
Foto 8
Foto 9
Foto 10
Foto 11
Foto 12
 

09 December 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM DI KENINGAU -SIRI 1

Keningau, 02-03.12.2011:-


Seramai 18 orang peserta telah mengambil mengikuti kursus perubatan Islam (siri 1) di Kg Baginda Keningau baru-baru ini. Mereka di dedahkan dengan pengetahuan mengenai makhluk halus mengikut Al-Quran. Kursus selama dua hari itu disampaikan oleh Ust Mohd Trimizi, pengamal perubatan Islam antarabangsa.

Turut memberi ceramah ialah Profesor Madya Matyasin dan Janis Abdullah dari Sabah Islamic Healings and Therapy.
Atas: Peserta kursus perubatan Islam di Kg Baginda Keningau

Atas: Ustaz Mohd Trimizi sedang menyemak bacaan ruqyah peserta kursus perubatan Islam

Atas: Profesor Madya Matyasin turut memberi ceramah mengenai asal-usul jin.

Atas: Peserta kursus juga turut diperiksa atau di'scan' selepas menjalani kursus.

Atas: Ust Mohd Trimizi sedang memerhati reaksi peserta semasa ruqyah sedang dibacakan.

Atas: Mana-mana yang disyaki diganggu oleh jin akan menggelatar lalu keletihan dan rawatan seterusnya akan dibuat dengan membaca ayat-ayat azab.

-

29 November 2011

CERAMAH MENGENAI MAKHLUK HALUS DAN JIN

Keningau (26.11.2011 Sabtu):-

Seramai 50 orang peserta telah menghadiri ceramah mengenai makhluk halus dan jin yang disampaikan oleh Ust. Mohd Trimizi Zainal baru-baru ini. Ustaz Mohd Trimizi adalah pengamal perubatan Islam antarabangsa, telah banyak memenuhi jemputan di luar negara seperti di UK, Timur Tengah, Korea, China, HongKong, Australia, Singapura, Thailand dan Brunei. Kini, ustaz Mohd Trimizi bergerak aktif di Sabah terutamanya kawasan pendalaman menyampaikan risalah memperkasakan aqidah serta memberi penerangan kepada umat islam agar tidak terpesong dari ajaran islam.

Ustaz Trimizi juga menyeru umat islam agar berhenti dari amalan yang bercanggah dengan Al-Quran. Salah satu amalan yang bercanggah dengan islam ialah mempercayai bahawa ada kuasa lain selain Allah seperti memuja dan meminta bantuan makhluk jin. Amalan ini tergolong dalam amalan syirik.
Atas: Peserta di 'scan' dengan ayat-ayat rukyah (ayat Al-Quran) untuk mengetahuai samada terdapat gangguan makhluk halus dalam badan masing-masing.


Atas: Kaki peserta diluruskan ke hadapan sambil menutup mata bertujuan untuk mereka khsyuk mendengar Al-Quran dibacakan.

Atas: Pesakit dibaringkan di atas daun pisang bersih. Badan pesakit di tepuk-tepuk secara perlahan sambil dibacakan ayat-ayat rukyah.

Atas: Air dibacakan rukyah untuk diminum dan digunakan untuk mandi. Dengan izin Allah, mana-mana badan yang mempunyai makhluk halus, akan keluar dari badan apabila meminum air yang dibacakan dengan Al-Quran, ayat yang diturunkan Allah kepada manusia.
Atas: Ustaz Mohd Trimizi sedang memberi ceramah mengenai makhluk halus.
Atas: Antara peserta ceramah di Kg Baginda Keningau.

Atas (dari kanan): Janis abdullah, Prof. Madya Matyasin Jamil dan Prof. Madya Hj Abdul Rahman Hj Kimsin.

24 November 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SURAU TMN KEMAJUAN LIKAS KE 2

KOTA KINABALU, 24.11.11 (Khamis):-Seramai 30 orang pelajar Al-Quran surau Taman Kemajuan Likas selesai mengadakan majlis khatam yang ke 2, di sini hari ini. Pelajar ini dari pelbagai lokasi dan kebanyakkannya adalah pesara yang bekerja dengan jabatan kerajaan dan korporat. Pelajar ini memulakan kelas mengaji kira-kira setahun yang lalu dengan kekerapan kelas sekali seminggu iaitu setiap hari khamis.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Tmn Kemajuan iaitu ustaz Ambok, Datin Hajjah Zainab (Naib ketua Pertiwisa), beberapa AJK surau Taman Kemajuan Likas, Hajjah Saunah, wakil pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah dan keluarga para pelajar.

Dalam ucapan wakil Pengerusi Jawatan Kuasa surau Tmn Kemajuan Likas, Ustaz Ambok, beliau menyeru pelajar supaya terus istiqomah mengaji sehingga benar-benar mahir membaca quran. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana terus mengimarahkan surau ini terutamanya bila surau baru, yang sedang dalam pembenaan, siap tidak lama lagi.

Terdahulu dari itu, ketua kelas, Hajjah Kasmah Hj Hasbullah, menyarankan agar kelas ini diteruskan dengan tenaga pengajar yang sama kerana mereka sudah serasih dengan guru yang sama. Katanya, tenaga pengajar yang ada sekarang mempunyai kaedah mengajar yang tersendiri yang menyebabkaan pelajar merasa tidak tertekan.
Atas: Pelajar Al-Quran surau Taman Kemajuan Likas bergambar kenang-kenangan setelah selesai majlis khatam. Atas: Foto pelajar Quran Surau Taman Kemajuan Likas diabadikan sebagai kenangan.
Atas (dari kiri): Ustaz Ambok, Janis Abdullah dan Hajjah Kasmah Hj Hasbullah (ketua Kelas) dalam majlis khatam.
Atas: Pelajar yang mengambil bahagian dalam majlis khatam.
Atas: Pelajar Quran dalam majlis khatam
Atas (Dari kiri): Ustaz Ambok, Janis Abdullah dan Datin Hajjah Zainab, Naib Ketua Pertiwisa
Atas: Majlis khatam dipimpin oleh Ustaz Ambok serta dibantu oleh Janis Abdullah
-

13 November 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM DI WP LABUAN

Sabah Islamic Healings and Teraphy (SIHAT) dengan kerjasama beberapa Jabatan Kerajaan di WP Labuan bercadang mengadakan kursus perubatan islam (modul 1 dan 2) bertempat di WP Labuan seperti berikut:
-
Tarikh:

26 November 2011 - Kg Baginda Keningau
03 & 04 Disember 2011 - WP Labuan
17 & 18 Disember 2011 - WP Labuan
24 & 25 Disember 2011
- WP Labuan
-
Peserta yang ingin menyertai perlulah mengikuti kesemua kursus seperti yang dinyatakan di atas selama 32 jam. Antara penceramah yang akan memberi ceramah ialah Ust Mohd Trimizi Zainal (Ketua dan pengamal perubatan islam antarabangsa), Prof. Madya Rahman, Prof. Madya Matyasin dan Janis Abdullah.
-
Dalam kursus ini, peserta berpeluang mengetahui jenis jin, gangguan jin, sihir, santau dan cara pengubatannya. Sebagai tambahan, peserta juga berpeluang mengetahui jenis gangguan jin di negara Eropah, Australia, China, Mesir dan lain-lain negara sebagai 'kes study'.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi:

HP: 013-8693148
email: jjabcgroup@gmail.com

MACAM CERITA 'ANJAKAN PARADIGMA'

Ada kawan hantar ini kepada saya. Sila baca sambil santai-santai.
--------------------------------------------------------------------------------------------
One old man was sitting with his 25 years old son in the train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with alot of joy and curiosity. He was sitting on the window side. He went out one hand and feeling the passing air. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". Old man smile and admired his son's feelings. Beside the young man one couple was sitting and listing all the conversation between father and son. They were little awkward with the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". Couple was watching the young man in embarrassingly. Now its start raining and some of water drops touches the young man's hand. He is filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa". Couple couldn't help themselves and ask the old man. Why don't you visit the Doctor and get your son treated. Old man said," Yes, We were from the hospital. Today my son got his eyes for the first time in his life".
************************************************
Apa pandangan anda?
-

03 November 2011

UCAPAN TERAKHIR GADDAFFI

Sebelum Gaddaffi dibunuh, berikut adalah ucapan terakhirnya. Insyaa Allah, akan diterjemahkan dalam bahasa melayu.

GADDAFFI'S LAST FORMAL SPEECH: THIS IS VERY MOVING:

In the name of Allah, the ...beneficent, the merciful...For 40 years, or was it longer, I can't remember, I did all I could to give people houses, hospitals, schools, and when they were hungry, I gave them food. I even made Benghazi into farmland from the desert, I stood up to attacks from that cowboy Ronald Reagan, when he killed my adopted orphaned daughter, he was trying to kill me, instead he killed that poor innocent child. Then I helped my brothers and sisters from Africa with money for the African Union.

I did all I could to help people Understand the concept of real democracy, where people's committees ran our country. But that was never enough, as some told me, even people who had 10 room homes, new suits and furniture, were never satisfied, as selfish as they were they wanted more. They told Americans and other visitors, that they needed "democracy" and "freedom" never realizing it was a cut throat system, where the biggest dog eats the rest, but they were enchanted with those words, never realizing that in America, there was no free medicine, no free hospitals, no free housing, no free education and no free food, except when people had to beg or go to long lines to get soup.

No, no matter what I did, it was never enough for some, but for others, they knew I was the son of Gamal Abdel Nasser, the only true Arab and Muslim leader we've had since Salah-al-Deen, when he claimed the Suez Canal for his people, as I claimed Libya, for my people, it was his footsteps I tried to follow, to keep my people free from colonial domination - from thieves who would steal from us.

Now, I am under attack by the biggest force in military history, my little African son, Obama wants to kill me, to take away the freedom of our country, to take away our free housing, our free medicine, our free education, our free food, and replace it with American style thievery, called "capitalism" ,but all of us in the Third World know what that means, it means corporations run the countries, run the world, and the people suffer.

So, there is no alternative for me, I must make my stand, and if Allah wishes, I shall die by following His path, the path that has made our country rich with farmland, with food and health, and even allowed us to help our African and Arab brothers and sisters.

I do not wish to die, but if it comes to that, to save this land, my people, all the thousands who are all my children, then so be it.Let this testament be my voice to the world, that I stood up to crusader attacks of NATO, stood up to cruelty, stoop up to betrayal, stood up to the West and its colonialist ambitions, and that I stood with my African brothers, my true Arab and Muslim brothers, as a beacon of light.

When others were building castles, I lived in a modest house, and in a tent. I never forgot my youth in Sirte, I did not spend our national treasury foolishly, and like Salah-al-Deen, our great Muslim leader, who rescued Jerusalem for Islam, I took little for myself...

In the West, some have called me "mad", "crazy", but they know the truth yet continue to lie, they know that our land is independent and free, not in the colonial grip, that my vision, my path, is, and has been clear and for my people and that I will fight to my last breath to keep us free, may Allah almighty help us to remain faithful and free.


-- Mu'ummar Qaddafi.

Source:http://www.english.pravda.ru/opinion/columnists/13-04-2011/117563-message_from_qaddafi-0/

Nota: Gaddaffi mati dibunuh oleh tentera NATO yang diketuai oleh Amerika pada November 2011.
-

02 November 2011

TENTERA AMERIKA DI PENJARA 10 TAHUN KERANA MEROGOL

Tentera Amerika dipenjara 10 tahun kerana merogol. Demikian laporan dari Reuters yang disiarkan di Yahoo hari ini, 02.11.2011. Tentera ini dipenjara setelah merogol remaja Korea Selatan. Berikut laporan ringkas yg disiarkan di laman web Yahoo.

"Tajuk: 10 years for US soldier in rape case
A U.S. soldier is sentenced to 10 years in prison for raping a South Korean teenager".


---------------------------------------
Kalau di Korea Selatan boleh berlaku jenayah ini, bayangkan apa tentera amerika akan buat di Iraq dan Afganistan yang masih kucar-kacir dengan peperangan tanpa pemerintah yang kukuh? Bahkan, amerika menggeledah rumah-rumah sewenang-wenangnya diwaktu malam atau subuh tanpa sekatan.

31 October 2011

WESTERN COUNTRIES 'FAILURES' (KEGAGALAN NEGARA BARAT)

Negara-negara barat 'gagal' kata Dr Mahathir Mohamad. Betulkah negara barat gagal? Mahathir membuat komen ini dalam satu ceramah di Utara Malaysia baru-baru ini. Soalnya, apakah andaian ini betul? Sila baca tulisan ini yang saya petik dari MSN pada 31 Oktober 2011.


Dr Mahathir Mohamad


The outspoken former long-time leader, who is known as a fierce critic of the West, said countries like South Korea, Japan and China were "swimming in money", while Europe and the United States are mired in debt.

"Right now, there are so many problems with Western countries. The problem in the West is that they have borrowed too much and cannot repay. You cannot have that kind of a country as a model," Mahathir, 86, was quoted by the national news agency Bernama as saying.

"If you want to copy or learn something, learn from the successful people, not from the failures," he told an international conference on Islamic finance in northern Malaysia.

"So, we should continue to look to the East and not to the West. The West is going bankrupt," he said.

He attributed the debt crisis to greed.

"Greed will cause this. Today, we are seeing failed countries in the developed world," he added.

Mahathir ruled Malaysia for 22 years until 2003. During his tenure he introduced the "look east" policy to emulate work ethics and business techniques from Japan and South Korea.



Source: MSN, 31 Oct 2011

-----------------------------------------------------------------


What's your comment? (Apa komen anda)
-