WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 November 2009

LAMBAI LIMBAI SECARA LANGSUNG DI TV.1

-

Siaran langsung satu jam di TV1 pada 24.11.2009 (Selasa) di Studio C, RTM Sabah dalam rancangan 'Lambai Limbai', sempena perayaan hari korban pada 2009.
-
Atas (dari kiri): Janis Abdullah (Masjid Negeri Sabah), Ust Sarip Adul (Pensyarah Universiti Malaysia Sabah), Sdr Suaran Shah (juruacara RTM).
-
Berikut adalah coretan peristiwa yang sempat dicatit.
-
1.30 PM
-
- Saya diperingatkan sekali lagi mengenai program Lambai Limbai di TV 1 samada dapat datang ke tidak. Saya jawab "saya on the way". Ditanya lagi "dekat Karamunsing ka?". Saya jawab ringkas "Ya" kerana sambil driving. RTM agak risau takut saya tidak datang atau ada hal dalam perjalanan. Begitu 'concern'nya penerbit program Lambai Limbai. Maklumlah siaran tersebut dibuat secara langsung. Kalau rakaman boleh tahan sikit tapi ini siaran secara langsung.
-
2.02 PM
-
- Saya tiba di perkarangan RTM Jalan Tuaran dan saya lihat penerbit, Sdr Ruskap Hj. Muaram, sudah bersedia menunggu di tempat parking kereta. Beliau menunjukkan saya tempat parking kereta. Lalu terus naik ke Tingkat 2, di studio C RTM. Saya terlupa catitan saya mengenai jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya oleh Sdr Suaran Shah. Kalau ada catitan, sekurang-kurangnya saya boleh baca sebelum sesi bermula. Saya lihat panel sahabat saya Ust Sarip Adul sudah siap di 'touch-up' malah siap dengan buku catatannya mengenai soalan yang bakal diutarakan. Kini tiba giliran saya untuk di 'Touch-up' pula. Touch-up tak lama iaitu kira-kira 5 minit sahaja. Sekadar menyapu muka daripada peluh dan sedikit warna muka supaya tidak kelihatan berminyak atau terlalu pucat disuluh oleh spotlight.
-
2.20 PM
-
- Duduk di kerusi depan 6 buah video kamera. Kira-kira lima orang krew (petugas) berada di studio C tidak termasuk krew-krew penerbit dan pembantu. Perbincangan dimulakan oleh Sdr Suaran dengan memberitahu panel (tetamu) mengenai overall set-up. Latihan simulasi bermula sebagai persediaan dan berakhir kira-kira 10 minit. Kerisauan yang amat sangat pada diri saya ialah 'batuk' saya belum pulih. Walaupun saya berkumur-kumur dengan ubat sebelum datang ke studio C tapi masih belum baik. Sesekali saya terbatuk kerana kerongkong gatal-gatal. Sebelum bertandang ke Studio C, saya sempat minum air dan masuk ke bilik air sebagai persediaan awal. Namun bibir dan tekak saya agak kering sehinggakan sukar mengeluarkan suara halus (tidak garau). Lampu spotlight yang sangat terang dan panas mempercepatkan lagi kekeringan tekak.
-
3.00 PM
-
- Program dimulakan. Soalan pertama diajukan kepada saya dijawab dengan nada tersekat kerana kerongkong masih gatal-gatal. Alhamdulillah, kerongkong yang gatal tidak terlalu teruk mengganggu suara saya. Dalam masa sejam program itu berjalan, tidak terlalu tension kerana lebih banyak berehat dari bercakap jadi banyak ruang masa untuk berbincang 'what to do next'. Masa rehat diselitkan dengan iklan dan lintas langsung dengan Wan Kamaruddin, Timbalan ketua rombongan haji yang sedang berada di Mekah. Saya patuh kepada arahan Saudara Suaran terutamanya masa yang diperuntukkan untuk menjawab mestilah tidak terlalu lama iaitu satu hingga 2 minit sahaja dan tidak boleh lebih. Kalau tidak maka masa siaran langsung akan terganggu dari segi timing. So saya akur dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Sepatutnya ada enam soalan yang perlu dijawab tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan maka hanya empat soalan sahaja ditanya kepada setiap tetamu. Sebagai tetamu... saya merasa lega kerana jumlah soalan dikurangkan. Jadi...taklah tension sangat.
-
3.55 PM
-
Selesai program diikuti dengan lagu 'jannah'. Kami pun dibawa ketingkat 3 bangunan RTM untuk minum petang sambil bersembang dengan krew-krew yang terlibat. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah RTM Kota Kinabalu. Sebelum balik... kami sempat solat asar berjemaah di surau RTM.
-
Demikianlah sedikit coretan pengalaman menjadi tetamu secara live (siaran langsung) di TV.
-

23 November 2009

SIARAN LANGSUNG RANCANGAN LAMBAI LIMBAI DI TV 1

-
Hari ini, 23 November 2009, ada undangan dari Pengawal TV.1 sebagai tetamu siaran langsung rancangan Lambai Limbai di TV 1.
Berikut adalah detail mengenai rancangan ini:
-
Tajuk:
-
Semarak Ibadah Korban
(Sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H/2009M)
-
Tarikh:
24 November 2009
-
Masa :
3.00 Petang - 4.00 petang
-
Tempat:
Studio C RTM
Kota Kinabalu
-
Pengacara:
Suaran Shah
-

22 November 2009

SEORANG LAGI HAMBA ALLAH MEMELUK ISLAM

-
Kota Kinabalu:-
-
Seorang lagi anak dusun memeluk agama Islam. Beliau bernama Ignattius John dari Kg Patau Tambunan. Beliau memilih nama Islamnya Yusrizal. Nama ini sinonim dengan nama timangannya di kampung iaitu 'Yiyus'. Beliau telah memeluk Islam di Masjid Negeri Sabah dibawah bimbingan Janis Abdullah pada 01.11.2009.
-
Seperti juga saudara baru yang lain, sebelum memeluk Islam, beliau ditanya dengan soalan sebagai pengakuan ikhlas beliau iaitu samada terdapat unsur-unsur paksaan maka beliau memeluk Islam dan beliau menjawab dengan yakin bahawa tiada sesiapa yang memaksa beliau masuk Islam.
-
Seterusnya tazkirah 20 minit diberikan sebagai peringatan beliau sebelum memeluk Islam. Beliau diperkenalkan dengan 'basic' Islam seperti Fardu Ain dan Fardu Kifayah serta keindahan Islam. Beliau juga diperkenalkan dengan sedikit perbandingan agama agar beliau tidak keliru dengan pegangan agama Islam.
-

-
Atas: Saudara Ignattius John (berbaju hitam) mendengar sedikit tazkirah mengenai keindahan Islam sebelum mengucap dua kalimah syahadat sebagai ikatan beliau kepada Islam.

Atas: Kelihatan Janis Abdullah memberi tazkirah kepada saudara baru bernama Ignattius John disaksikan oleh beberapa pelajar Muqaddam dan Al-Quran di Masjid Negeri Sabah
-
Atas: Para hadirin yang turut menghadiri majlis pengislaman itu sedang mendengar tazkirah sebelum pengislaman dibuat.
-
Atas: "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah". Saudara baru, Ignattius John @ Yusrizal sedang mengucap kalimah syahadat di hadapan puluhan saksi.
-
Atas: Masuk Islam sebenarnya bukan mudah kerana sebelum memeluk Islam, perlu ditanya samada seseorang yang memeluk Islam itu dipaksa atau pun tidak. Dalam Islam...tiada paksaan memeluk Islam. Tetapi apabila seseorang masuk Islam, beliau terikat dengan Islam dan pegangan Islam sehingga akhir hayat.
-
Atas: Kenapa perlu saya masuk Islam? Jawapan: Islam mengajar umatnya mengesakan Allah, mengajar umat supaya menjadi manusia yang baik samada di dunia dan di akhirat.
-
Atas: Ignattius asyik mendengar mengenai Islam sebelum memeluk agama Islam.
-
Allah SWT telah memilih Ignattius @Yusrizal untuk memeluk agama Islam. Ramai lagi yang berada di luar sana yang belum dipilih oleh Allah untuk memeluk Islam walaupun penerangan demi penerangan mengenai keindahan Islam bertubi-tubi disampaikan kepada mereka. Sebab utama mereka belum terbuka hati memeluk Islam kerana Allah belum izinkan mereka masuk Islam.
-

19 November 2009

RAMAI UMAT ISLAM TIDAK PANDAI MENGGUNAKAN TANDAS MASJID

-
Di mana-mana masjid saya berkunjung, saya mengambil kesempatan melawat tandas atau bilik air. Sangat menyedihkan sekali, masih ramai umat Islam yang tidak tahu menggunakan tandas dan bilik air masjid-masjid dan surau. Sering diperingatkan bahawa surau atau masjid adalah milik bersama dan semestinyalah bersama-sama menjaga kebersihan tandas dan bilik air.

-

Tazkirah demi tazkirah di sampaikankan tapi masih ramai yang menutup mata, menutup telinga tidak mendengar seruan para ustaz, para penceramah dan para akademik. Peringatan demi peringatan diberikan mengenai kebersihan tandas dan bilik air tapi masih juga tidak berkesan. "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Kata-kata ini hanya tinggal ungkapan tetapi tidak dipraktikkan oleh kebanyakan umat Islam. Mengikut kajian rambang saya pelbagai pihak perlu terlibat sama menangani masalah ini seperti berikut:

-

Institusi Agama:

-

Bermula daripada pembenaan masjid, pemilihan jenis 'tiles' kebanyakkannya tidak sesuai. Ada tiles yang licin dan sangat bahaya kepada pengunjung terutamanya bila basah. Ini sering berlaku di masjid-masjid besar yang menyaksikan ramai pengunjung tergelincir di bilik wudu dan tandas. Suatu ketika di salah sebuah masjid di Kota Kinabalu, ada seorang jemaah (pesakit) yang baru keluar dari hospital, ingin solat tetapi terjatuh tergelincir di masjid yang lantainya licin. Akibatnya, beliau tidak dapat mengerjakan solat kerana kakinya terseliuh. Ada tiles yang kasar tetapi sukar dibersihkan. Terpaksa menggunakan 'pressure pump' untuk mencuci dan menyembur. Kalau mesin penyembur itu rosak maka lantai akan terus kotor.

-

Pemasangan alat-alat yang tidak berkualiti juga menjadi faktor kerosakan alat-alat tandas. Ada kepala paip yang cepat rosak, tercabut dan pecah. Kontraktor yang memasang peralatan tandas itu tidak dipantau dengan rapi. Mereka memantau kerja-kerja kontraktor pembenaan secara 'remote control' dari jauh. Akibatnya peralatan yang berkualiti 'inferior' akan berlaku. Lantai juga tidak rata menyebabkan air dan kekotoran bertakung. Apabila kurang pemantauan, maka kontraktor menyiapkan kerja-kerja mereka sekadar melepaskan batuk di tangga.

-

Pihak Pentadbir masjid/Surau:

-

Pentadbir masjid/surau juga tidak serius menjaga pekerja yang membersih tandas dan bilik air atau tempat berwudhu. Masalah ini wujud kerana pemantau tandas tidak selalu melawat dan menilai tandas. Sistem pemantauan sangat lemah menyebabkan pembersih tidak kerap membuat pembersihan. Petugas yang ditugaskan tidak membersih secara berterusan. Kadang-kadang dicuci hanya sekali setiap hari. Cara mencuci juga tidak bersistem. Kemungkinan alat pencuci bukan sahaja tidak cukup tetapi juga tidak sesuai.

-

Pihak Pengguna tandas:

-

Bagaimana canggih sekali peralatan tandas, jika pengguna tidak tahu mengguna dengan bijak maka peralatan tersebut akan rosak. Pengguna juga masuk tandas tanpa membuka kasut atau selipar. Selipar yang disediakan untuk tandas pun boleh hilang dalam masa sehari. Yang menyakitkan mata memandang, orang dewasa yang berjemaah di masjid pun curi-curi pakai kasut masuk tandas. Biasanya ini berlaku jika tandas itu tiada pengguna lain atau tiada penjaga. Bila ditegur, pengguna itu akan marah-marah dan kadang-kadang berakhir dengan pertangkaran. Pembersih tandas merasa berang kerana mereka bertungkus-lumus membersih tandas tetapi pengguna mengotorkannya dengan sewenang-wenangnya.

-

Lebih teruk dari itu, ada pengguna tandas yang mandi di bilik air serta menaburkan tisu atau kertas pembalut sabun di dalam mangkuk tandas. Ada juga yang merokok di dalam dan membuang abu rokok bertaburan mengotorkan tandas. Malah ada yang membuang pontong rokok dan kotak rokok dalam tandas. Akibatnya tandas akan tersumbat. Bila tandas dibaiki, terdapat banyak pontong rokok, kotak rokok serta plastik dan kertas yang menyebabkan saluran tandas tandas tersumbat.

-

Ada juga pengguna yang membuang najis tanpa mencuci mangkuk tandas tersebut. Kalau pun 'flush' digunakan, mereka menarik tali 'flush' dengan kuat sehinggakan tali putus serta alat patah dan tidak lagi berfungsi. Alat-alat yang dipasang dalam tandas juga kerap hilang malah hos plastik pun lesap oleh tangan-tangan pengguna yang tidak berhati-perut.

-

Terdapat juga pengguna tandas masjid yang mencuci najis anak-anak mereka di tandas dan 'pampers' yang berisi najis busuk dibuang dalam tong sampah masjid. Bila malam, anjing masuk tandas dan membongkar pampers itu dan sekali lagi najis kanak-kanak tadi akan bertaburan di lantai. Bila pelawat atau jemaah berkunjung ke tandas, mereka melihat sampah bertaburan dengan najis lalu melemparkan kutukan kepada pengurusan masjid. Ibubapa singgah di masjid semata-mata 'menyimpan' najis anak mereka di tandas masjid!.

-

Kesimpulannya:

-

Masih ramai umat Islam yang tidak pandai menjaga kebersihan tandas awam dan tandas masjid-masjid serta surau-surau. Mereka ini tidak dididik dari rumah menyebabkan perangai buruk mereka terbawa-bawa hingga ke masjid. Pekerja pula, bukanlah terlatih dalam penjagaan kebersihan tandas.

-

Pihak Institusi Agama pula perlu memantau kerja-kerja kontraktor dengan ketatnya kerana kita tidak ingin melihat pengguna menggunakan saluran undang-undang menyaman Institusi berkenan kerana 'negligence' dalam pembenaan masjid yang tidak mengikut piawaian serta tidak memenuhi 'Health, Safety and Envirnoment' (HSE).

-

Saya masih ingat sewaktu saya melangkah sekolah 'mission' dalam 'bridge class', seorang guru ditugaskan mengajar kami (pelajar baru) bagaimana menggunakan tandas dengan sebaik-baiknya. Mungkin ada komen mengatakan "Oh itu dulu" atau "Itu untuk orang kampung", dan sebagainya tetapi percayalah, sehingga sekarang peristiwa tahun 1970 itu saya ingat sebagai pendidikan awal mengenai kebersihan tandas. Memori negatif saya merakamkan peristiwa pada Disember 1971 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, rombongan seramai 17 orang telah singgah di Tapah Perak untuk membuang air kecil di tandas awam. Saya terkejut melihat najis bergelimpangan di sekeliling tandas awam tersebut sehinggakan saya tidak jadi membuang air kecil kerana setiap kawasan yang saya pijak terdapat najis sana-sini. Peristiwa ini telah berlalu lebih 40 tahun yang lalu tetapi susah dipadam dalam memori.

-

Kita lupakan kisah di Tapah dan kembali ke sekolah awal saya iaitu sekolah 'mission'. Pendidikan awal itu masih saya amalkan sehingga sekarang dan telah pun menjadi 'rutin' kerja saya semasa saya berkhidmat di syarikat korporat selama 20 tahun. Setiap kali saya membuat lawatan-kerja, maka tempat yang saya mula-mula lawati ialah tandas sehinggakan saya digelar 'Eksekutif Tandas'. Hari ini, pendidikan awal di sekolah tidak lagi dibuat di sekolah-sekolah menengah kerana sikap 'taking for granted' sehinggakan pelajar tidak prihatin dengan penggunaan tandas dengan baik. Bila anak-anak ini meningkat dewasa dan menjadi ibubapa, mereka juga tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.

-

Penceramah agama, ketua pentadbir, pengurus, ibubapa dan orang awam jangan hanya pandai mengatakan "kebersihan itu sebahagian daripada iman" jika tidak disusuli dengan amalan.

-

13 November 2009

TIPS RINGKAS KEYAKINAN DIRI

-
Sekadar ingatan bagi yang sudah mulai hilang motivasi. Tips ringkas ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang kerana lain orang lain cara motivasinya. Dan bukan semua fakta ini boleh dijadikan sebagai tips yang berkesan. Bagi saya tip yang ke empat masih releven sehingga bila-bila masa.
-
1. Sentiasa bergaul dengan orang-orang matang.
-
2. Catit atau rekod kejayaan lampau untuk dilihat semula. Kalau boleh ulangi semula kejayaan itu dengan mempertingkatkan kualiti pencapaian.
-
3. Lekaran skrip lama dalam minda yang negatif perlu dibuang seperti kata-kata 'saya tak boleh buat', 'saya malas', 'saya tak tahu' dan sebagainya. Skrip negatif ini perlu dibuang dan diganti dengan skrip positif.
-
4. Cari ilmu sebanyak mungkin. Tanya kawan, tanya cikgu, tanya pakar, tanya orang yang berpengalaman, ikuti kursus dan belajar semula.
-

07 November 2009

CONDOLENCE TO THE FAMILY OF THE DEAD

-
-
This is a sad news as acknowledged by the The US President. One important lesson that Barack Obama must remember is he won the election because the people of US want the entire US army to be pulled out from Afganistan and Iraq. Barack did not honour his pleadge as promised. Can you imagine a President with his broken promise!. It is pity for the family of the dead victims. Condolence to all victim family especilly to the family of the deceased.
-

06 November 2009

US - BREAKING NEWS

-

-
Sekurang-kurangnya tujuh orang mati dan 20 orang cedera apabila berlaku tembak-menembak di pangkalan tentera US di Texas, demikian menurut pegawai tentera. Seorang jurucakap tentera di Washington, Lieutenant Colonel Nathan Banks, menyatakan dua insiden tembakan berlaku di pangkalan. Pertama, berlaku di pejabat memproses ubatan dan kedua di 'theatre'.
-
Komen: Al-Jazeera tidak pula menyatakan punca insiden itu berlaku. Apakah kerana terlalu tertekan dengan suasana kerja ataub balas dendam... masih tidak diketahui. Yang pastinya...inilah salah satu balasan Allah kepada manusia yang menyerang negara lain tanpa perikemanusiaan. Rakyat sendiri berbunuhan sesama sendiri!.
-
"Oh ye who believe!, remain steadfast for Allah, bearing witness to justice. Donot allow your hatred for others make you swerve to wrongdoing and turn you away from justice. Be just..that is closer to true piety. (Quran Al-Maidah 5:8)
-