Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

02 September 2009

KEPUTUSAN UNDIAN MENGENAI UMAT ISLAM MENGUMPAT

.
Soalan: Benarkah ramai umat Islam yang mengumpat?

Jawapan:

@ Ya - 26 (76%) undi

@ Tidak - 4 (11%) undi

@ Tidak pasti - 4 (11%) undi

Analisa:


Walaupun jumlah pengundi tidak ramai, dapatlah disimpulkan bahawa memang ramai yang setuju bahawa umat Islam suka mengumpat/memfitnah walau pun perbuatan itu dilarang agama Islam. Manakala yang tidak setuju dan tidak pasti masing-masing 11%.


Limitation: Keputusan ini tidak semestinya tepat kerana jumlah pengundi yang mengambil bahagian tidak ramai kerana blog ini tidak popular. Kemungkinan juga ada undian yang berulang.

ULASAN:

Ramai umat Islam tahu bahawa mengumpat dan memfitnah itu berdosa tetapi ramai yang tidak mengikuti ajaran Islam. Malah umat Islam bila berkomunikasi dengan sahabat handai dan orang awam, mereka bercakap kasar. Setiap kali dia bercakap, tak sah kalau tidak menyakiti orang lain. Ramai juga yang mengumpat dibelakang menjadikan mereka ini 'calon' yang bakal memakan 'daging manusia' di akhirat kelak. Al-Quran banyak menegaskan supaya mengawal lidah bila berkata-kata tetapi makin rancak mereka mengumpat.
.
Tahun lalu SPRM menamakan Jabatan Agama yang paling banyak laporan mengenai rasuah. Ini menggambarkan bahawa orang yang membuat laporan itu terdiri dari orang Islam sendiri. Mereka sengaja membuat laporan menjatuhkan orang lain dengan cara menabur fitnah. Peribahasa yang tepat ialah "lempar batu sembunyi tangan".
.

No comments:

Post a Comment