PATAU, TAMBUNAN (22.09.2009):-
.
Umat Islam dari gabungan Kg Patau, Kg Katagayan, Kg Mahua dan Kg Narayat berjaya mengadakan majlis raya perdana bertempat di perkarangan rumah Dr Juanis Yajuni baru-baru ini. Majlis ini adalah anjuran gabungan umat Islam dari empat buah kampung dengan kerjasama USIA cawangan Kg Patau serta Jawatan Kuasa surau Kg Patau.
.
Rumah terbuka perdana itu menarik lebih dari 500 orang pengunjung samada tempatan mahu pun dari luar Tambunan. Majlis ini juga diadakan bertujuan mengeratkan silratul rahim serta mempertemukan semua umat Islam di empat buah kampung disamping mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari luar kampung dan luar daerah Tambunan.
.
Setiap tahun umat Islam dari kampung ini masing-masing sibuk mengadakan rumah terbuka sehinggakan sukar bertemu antara satu sama yang lain. Dengan adanya majlis ini, semua umat Islam di kampung-kampung berkenaan dapat berjumpa dan beramah mesra sesama sendiri. Disamping itu, sambutan Raya perdana ini dapat menyatukan umat Islam supaya sentiasa bersatu padu.
.
Terdahulu dari ini, pada hari raya pertama, umat Islam menziarahi kesemua rumah-rumah umat Islam secara berkumpulan sambil bertakbir, tahlil dan solat berjemaah di setiap rumah umat Islam. Rasa terharu dan sebak didada menyelubungi setiap umat Islam yang diziarahi. Ada yang mengeluarkan airmata kerana walaupun tiada juadah dihidang semasa hari raya kerana desakan kemiskinan, namun umat Islam terus menziarai mereka. Malah yang menziarahi pun turut menitiskan air mata kerana mengenangkan serta melihat sendiri kedaifan saudaranya di hadapan mata. Kedaifan ini menimpa hampir kesemua umat Islam di kampung-kampung yang bergabung terutamanya yang baru memeluk agama Islam.
Atas: Kain rentang tercatit gabungan empat buah kampung.
Atas: Rombongan dari Kg Karanaan yang tiba kira-kira jam 3.30 petang.
Atas: Yang berbaju kuning adalah non-muslim, penduduk kampung Patau yang turut hadir merayakan raya perdana.
Atas: Pengunjung yang duduk ditengah-tengah juga, walaupun bukan Islam, namun datang juga untuk meraikan majlis raya perdana.
No comments:
Post a Comment