Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label Ceramah. Show all posts
Showing posts with label Ceramah. Show all posts

21 November 2008

'My Journey'' - By Yusuf Estes (DI PETRONAS)

Kota Kinabalu, 20.11.2008, Khamis:-



Syeikh Yusuf Estes dari Texas USA sempat memberi ceramah di Pejabat Petronas Kota Kinabalu bagi memberi suntikan semangat kepada kakitangan PETRONAS. Ceramah bercampur gurauan Syeikh Yusuf mengenai kemasukannya kapada islam, banyak memberi semangat kepada penonton.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Hj Abdullah Hussin dan Ustz Abu Hurairah, Pegawai Dakwah USIA dan Hj Burhan Rasit, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah & Labuan, serta kakitangannya.








Yusuf Estes bersama dengan Pengurus Besar Petronas Hj Burhan Rasit, dalam bertukar-tukar cendera kenangan.













Syeikh Yusuf menghadiahkan topi koboi Texas kepada Hj Burhan Rasit selepas selesai ceramah.












Syeikh Yusuf Estes sedang memberi ceramah mengenai 'perjalanannya' menuju jalan keimanan iaitu agama islam.




Full video available. Contact: janis.abdullah@gmail.com

20 November 2008

CERAMAH YUSUF ESTES BEKAS PADRI DARI TEXAS USA (DI YAYASAN SABAH LIKAS)

KOTA KINABALU, 19.11.2008:-

Kira-kira 800 orang menghadiri ceramah Yusuf Estes, bekas padri dari Texas USA, yang diadakan di Auditorium Yayasan Sabah. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Masidi Manjun dan Datuk Jahid Jahim. Majlis itu anjuran JAKIM, USIA, JHEAINS dan CONCERN.
Ceramahnya yang memakan masa kira-kira sejam itu menyentuh mengenai pengertian islam sebenar, sains dan keimanan.







Yusuf juga membenarkan penonton bertanya secara bertulis yang adakalanya lucu dan menghiburkan.






Antara pertanyaan lucu yang menggamatkan penonton ialah : Kenapa kamu kelihatan 'comel' di TV? Yusuf tidak menjawab kerana menganggap soalan ini soalan mengusik.


Ada juga pertanyaan samada benar atau tidak angkasawan Amerika benar-benar mendarat di bulan atau disebaliknya. Yusuf menjawab secara bersahaja. Beliau minta penonton menjawab sendiri. Penonton bertambah gamat.

Yusuf mengakhiri ceramahnya dengan mengajak penonton melihat sendiri laman-laman webnya untuk lebih lanjut. Antaranya: yusuf estes.com

Saya sempat mengambil video walaupun videonya kurang mantap tetapi cukup baik untuk saya membuat kajian dan kalau boleh dijadikan video untuk edaran kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir.

19 November 2008

CERAMAH MR. YUSUF ESTES - BEKAS PADRI, TEXAS USA



Bekas Padri bernama Yusuf Estes dari Texas USA akan berceramah di Likas pada ketetapan berikut:


Tajuk : Faith, Science &Common sense
Tarikh : 19.11.2008 (Rabu)
Tempat : Auditorium Yayasan Sabah Likas, K.K
Masa : 7.30 Malam



Semua dijemput hadir.




18 November 2008

DISCOURSE ON THE TRUTH (DOTT)

DISCOURSE ON THE TRUTH (DOTT KE 2):

Kota Kinabalu, Dewan Tun Ahmad Rafee, Yayasan Sabah Likas:



Forum bertajuk "Answering misunderstandings about Islam" dalam bahasa Inggeris itu dipengerusikan oleh Janis Abdullah. Sementara panel ialah Sdr Lim Jooi Soon (Malaysian Chinese Muslim Association - MACMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Ustaz Abu Hurairah Abd Rahman - USIA). Forum, itu dihadiri oleh oleh kira-kira 200 orang islam dan bukan islam. Forum ini dianjurkan oleh JAKIM, JHEAINS, Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Bandaraya Likas.









Janis Abdullah mempengerusikan forum dalam bahasa Inggeris












Dari Kiri: Sdr Lim Jooi Soon (MACMA), Janis Abdullah (Pengerusi), Ust Abu Hurairah bin Abd Rahman (USIA)






Video keseluruhan Forum : Sila hubungi Pengerusi Forum, Janis Abdullah.
Email: janis.abdullah@gmail.com