WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

21 September 2009

GAGAH DI BULAN RAMADAN, TEWAS DI PAGI RAYA

.
TEWAS DI PAGI RAYA
.
Ramadhan yang diharungi
Bagai mutiara dicari-cari
Semangat gagah bagai pahlawan
Bertempur di medan jihad
Nafsu menyerang dapat ditepis
.
Bersedia seawal pagi
Zikir dan doa menjadi perisai
Benteng melawan nafsu
Cis! nafsu mengumpat
Durjana nafsu memfitnah
Semuanya 'nyah' dari pinggiran
Bertaburan hancur para peng'umfit'
Ditepis...diterjang...
... dengan kalimah 'aku berpuasa'
.
Rasuah ditolak...
Umpatan dimusnah...
Sumpah serakah dihumban jauh..
Fitnah melanda disapu bersih...
Rayuan sidara ditepis...
.
Cis...! NAFSU
Pergi jahanam kamu semua...
Pinggir kamu semua...
Tak akan mudah menyerah pujuk rayu mu
Istihar perang di medan juang
.
Begitu sekali langkah tersusun
Menghadapi musuh melanda dari pelbagai penjuru
Walau bagai tsunami menghakis pantai
Namun tekad berhadapan musuh terus membara
.
Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar
Takbir Raya menyinsing fajar
Syawal 1 muncul di depan mata
Seruan raya menjelang tiba...
Solat Subuh, sunat Aidil Fitri
Semuanya beres
.
Tiba masanya ziarah rumah rakan
Sana-sini membaham segala yang ada
Menggendutkan perut
Nafas semput...
Syaitan bebas berkeliaran...
Membara bagai menuntut bela
Bermaharajalela di sana-sini....
Menggoda bebuyutan anak Adam
agar tak kenal waktu...
Rakus berhari raya...
Langkah Longlai...
Lalai...
.
Bolos solat zohor
Hangus solat Asar
Magrib entah ke mana
Masjid dan surau sepi...
Tiada azan...
Tak berpengunjung...
.
Menang... di medan Ramadhan
Melawan lapar
Tewas...di pagi raya
Ditawan nafsu.
.
Nukilan: janis abdullah
.
Nota: 'umfit' adalah singkatan 'umpat & fitnah'.
.

No comments:

Post a Comment