Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label kejam tentera salib. Show all posts
Showing posts with label kejam tentera salib. Show all posts

16 October 2010

MASJID CORDOBA DIGANTI DGN NAMA GEREJA?

-


-



Atas: Inilah masjid yang melambangkan kegemilangan Islam di Spanyol berusia 1,200 tahun dibena pada tahun 8 Hijrah. Masjid ini kini menjadi larangan untuk orang Islam bersolat. Lihat pengawal berpakaian jubah serba hitam.


-


Bangunan masjid Cordoba, masjid yang dibena Islam pada tahun 8 hijrah semasa islam memerintah di Spanyol, menghadapi satu lagi ancaman kerana nama masjid mungkin akan ditukar kepada gereja. Pelancung Islam dari Austria (seramai 120 orang) tidak dibenarkan bersolat di masjid tersebut. Malah dua orang pelancung Islam dari Austria ditangkap kerana cuba bersolat di masjid itu.


-


Pada tahun 2006, Islamic Council yang mewakili 300,000 rakyat Islam di Spanyol, telah membuat 'petition' kepada Vitakan agar umat Islam dibenarkan bersolat semula di masjid itu. Vitakan membenarkannya tetapi pengawal keselamatan di masjid itu tidak membenarkan solat didirikan di masjid tersebut.
-




-

29 September 2010

KEJAMNYA TENTERA SALIB - APRIL POOL

-

Walau pun April Fool telah berlalu namun saya tidak senang mengenangkan peristiwa itu berlaku. Bagi mereka yang belum baca, sila layari di bawah ini. Moga-moga para pembaca dapat gambaran sedikit dari peristiwa kekejaman tentera salib di Spanyol dalam peristiwa 'april fool' yang menyaksikan pembohongan tentera salib yang mengganyang ribuan wanita dan kanak-kanak umat islam secara penipuan.

http://jjamarchon.blogspot.com/2010/07/april-fool-lambang-kekejaman-tentera.html

Moga-moga menjadi iktibar.
-

07 July 2010

APRIL FOOL-LAMBANG KEKEJAMAN TENTERA SALIB

-
Sejarah April Fool
-
April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib yang dilakukan dengan cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan berselindung disebalik hiburan.

Biasanya orang akan menjawab bahwa April Fool yang hanya berlaku pada 1 April, adalah hari dimana kita boleh menipu teman, orang tua, saudara, sesiapa saja dengan syarat tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahwa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya setelah sedar kena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau tidak marah.

April Fool bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan umat Islam Spanyol pada tahun 1487 M (892 H).

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol beransur-ansur menjadi satu negara yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar selatan Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah pergunungan barat. Islam telah menerangi Spanyol.

Dengan sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan saja beragama Islam, malah bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.

Mereka membaca Al-Qur'an dan mengamalkan ajarannya. Mereka menolak muzik yang melalaikan, arak, pergaulan bebas dan segala yang dilarang Islam. Mereka mempraktikkan ajaran islam selama hampir enam abad.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol terus berusaha membersihkan Islam dari Spanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah pengintip untuk mempelajari kelemahan umat Islam Spanyol.

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Secara senyap-senyap mereka menghantar alkohol dan rokok ke dalam wilayah Spanyol.

Muzik diperdengarkan mempengaruhi kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al-Qur'an. Mereka juga menghantar ulama palsu untuk memecahkan umat Islam Spanyol. Usaha mereka berhasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Pasukan salib melakukan kekejaman tanpa peri kemanusiaan. Tidak hanya Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Spanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk Islam di Spanyol (yang disebut sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera salib terus mengejar mereka. Jalanraya sepi dengan ribuan mayat bergelimpangan bermandikan darah. Tentara salib mengetahui bahwa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera salib itu membuat pengumuman, bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman untuk berlayar keluar Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang disediakan di pelabuhan. Setelah melihat ada kapal yang disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan Spanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, tentera salib menggeledah dan membakar rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Orang Islam yang masih bertahan di dalamnya turut terbakar.

Ribuan umat Islam yang tersadai di pelabuhan terkejut kerana tentera salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam.

Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak bersenjata. Kebanyakan mereka terdiri dari wanita dan anak-anaknya yang masih kecil. Sedang para tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera salib membunuh umat Islam Spanyol tanpa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir bergema kuat tapi apakan daya mereka tak bersenjata. Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di sana-sini. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini berlaku pada 1 April. Peristiwa ini kemudiannya diperingati oleh dunia kristen setiap 1 April sebagai April Fool. Pada 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan membunuh ribuan umat Islam Spanyol oleh tentera salib dengan cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara membenarkan penipuan dan pembohongan bertopengkan hiburan.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan bagi memperingati ribuan saudara kita disembelih oleh tentera salib di Granada, Spanyol.

Jadi, kalau ada umat Islam yang merayakan April Fool, maka mereka turut merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya sendiri di Granada, Spanyol, 5 abad yang lalu. Oleh yang demikian, awasi anak-anak kita supaya tidak terjebak.
-