01.09 2009
Jam 11.10 Pagi :
Saya menerima panggilan telefon dari Puan Norliza (Masjid Negeri Sabah). Beliau memberitahu saya bahawa penceramah Tazkirah Ramadhan selepas Zohor dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak dapat dihubungi. Ustaz Muchlish meminta saya 'standby' sebagai pengganti.
Jam 11.15 Pagi:
Saya bergegas mengambil anak dari Madrasah Islamiah (sekolah agama) untuk dihantar ke SK. Tg Aru.
Jam 12.05 T'hari:
Saya sampai ke Masjid Negeri Sabah untuk memasang LCD untuk persediaan ceramah, incase penceramah benar-benar tidak datang.
Jam 12.20 T'hari:
Saya sempat memasang LCD. Semasa setting imej untuk dipancarkan ke screen, tiba-tiba 'azan' zohor berkumandang. Saya terus berhenti kerana jemaah zohor semakin ramai yang datang.
Jam 12.30 T'hari:
Solat Zohor dimulakan.
.
Jam 12.45 T'hari:
.
Pengacara majlis memberitahu bahawa penceramah dari UMS tidak datang. Saya pun dijemput memberi ceramah secara 'ad hoc' (bidan terjun). Saya menyampaikan ceramah bertajuk 'Timeline of known books" (sejarah penurunan kitab-kitab). Ceramah saya berakhir dalam masa 30 hingga 40 minit (tak pasti bila tamat kerana tak sempat tengok jam).
.
Kandungan ceramah:
.
1. Penurunan suhuf Ibrahim - bila diturukan, apa bahasa & dimana diturunkan.
.
2. Penurunan kitab Taurat-bila diturunkan, bahasa apa & di mana diturunkan.
.
3. Penurunan Zabur- bila diturunkan, bahasa apa & dimana diturunkan.
.
4. Penurunan Injil -bila diturunkan, bahasa apa & dimana diturunkan.
.
5. Kelahiran Nabi Isa-bila dilahirkan dan suasana apa.
.
6. Bila Nabi Isa di Tangkap? (atau diangkat ke langit menurut Al-Quran)
.
7. Bila Penulisan semula Injil oleh Sahul atau St Paul - Bila ditulis?
.
8. Penurunan Al-Quran-bila diturunkan, dimana diturunkan.
.
Demikianlah kandungan ceramah saya secara 'bidan terjun' sebagai pengganti penceramah dari UMS yang tidak datang. Alhamdulillah, dapat juga mengisi ruang yang kosong walaupun masa untuk bersedia amat suntuk. Moga-moga memberi menafaat.
.
No comments:
Post a Comment