WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 May 2009

TAKZIAH SDR JASRIN SIPAI (KETUA CAWANGAN USIA TAMPASAK)

TAKZIAH
..
Saya turut bersedih bila menerima berita dari Sdr Jumain Abd Ghani (Ketua USIA Bahagian Tambunan) yang mengatakan ayahanda sdr Jasrin Sipai (Ketua Cawangan USIA Tampasak Tambunan) telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini.
..
Dengan ini, saya dan keluarga saya serta bagi pihak warga, pentadbir, penulis dan pembaca blog 'jjamarchon' mengucapkan takziah kepada sdr Jasrin serta seluruh keluarganya. Kami berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta mendapat keampunan Allah.
..

30 May 2009

PERIBADI MUHAMMAD AL FATIH

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Apakah kaedah untuk melahirkan seorang pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian?.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut:-

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

BALASAN KEPADA YANG MEMPERLEKEHKAN SOLAT

SAYINGS (HADITH) OF PROPHET MUHAMMAD (saw)

The one! who disdains prayers (Salat) will receive Fifteen punishments from Allah..

Six punishments in this lifetime
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.

THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE :

1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2. Allah does not accept his plea (Dua's)
3. Allah erases the features of good people from his face.
4. He will be detested by all creatures on earth.
5. Allah does not reward him for his good deeds. (No thawab)
6. He will not be included in the Dua's of good people.

THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING :

1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.

THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE :

1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.

THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT :

1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.

27 May 2009

WHY ARE WE ON EARTH?


What is the true purpose of life? Why are we here on earth?

Answer:

Allah said: (Quran 51:56) I have not created jinn nor men except to worship Me.

We are here to worship Allah, that's why He created us, He does not need us to worship Him (He is free from all needs), but He wants us to and that satisfies Him. The angels worship Allah days and nights, but they don't have any choice like us, they don't eat, drink or have any other enjoyment as we have. The only thing that they enjoy is worshipping Allah. Their worship to Allah is an act similar to our breath. It comes naturally without any effort but our worship to Allah is by choice. We choose to worship Him and we make efforts for that and that's what satisfies Allah more than the angels or any other creatures worship.

We worship Allah for couple of reasons:

Firstly, because we love Him. He gave us all the bounties that we have our sight, hearing, feeling, thinking, provisions, etc. So the least we could do to thank Him is to worship Him. As Allah said: (Quran 3:31) Say (O Muhammad): "If you love Allah, follow me: Allah will love you and forgive your sins, for Allah is Oft-forgiving, Most Merciful"

Secondly, we hope to gain Allah's Mercy and enter Paradise by our worship we seek His Mercy.

Thirdly, we fear His severe punishment (Hell). As Allah said: (Quran 17:57) " ... they hope for His Mercy and fear His Torment. Verily, the Torment of your Lord is something to be afraid of."

Fourthly, we obey His order to worship Him alone. As Allah said: (Quran 2:21) "O mankind! Worship your Lord (Allah), Who created you and those who were before you so that you may become pious. Who has made the earth resting place for you, and the sky as a canopy and sent down rain from the sky and brought forth therewith fruits as a provision for you. Then do not set up rivals unto Allah (in worship) while you know (that He Alone has the right to be worshiped)

OUR DUTY IS TO CONVEY THE MESSAGE OF ISLAM

Allah the Merciful guides to His Light whom He Wills..and when the Divine Light touches the heart of His servant, this God-given gift is cherished and treasured above all else. It is inspiring then to see, how those who enter the fold of Islam, willingly make numerous sacrifices, often times leaving behind what they love, their families and friends, solely for the love of Allah Subhanahu wata'ala. Such is their devotion and sincerity towards the One. While the path to Allah takes many forms, so do their stories and the challenges that they face as new Muslims in Malaysia.
Insyaa Allah, some interesting stories from our reverts will be published in the future.

26 May 2009

LAGI LAGI HINDRAF

Saya baru kembali dari Kuala Lumpur menghantar anak ke salah sebuah universiti di Semananjung. Dari lapangan terbang LCCT, kami menaiki teksi dengan tambangnya RM60. Kebetulan pemandunya seperti hindraf. Saya membuka bicara bertanyakan soalan pertama.

"Dah berapa lama jadi pemandu teksi"? tanya saya.

"Lama", jawabnya ringkas

"Teksi ini awak punya ke atau company punya?", tanya saya.

"Teksi ini sewa", jawabnya.

"Berapa sehari atau sebulan?", tanya saya.

"$50.00 sehari?", jawabnya.

"Sepanjang jadi teksi driver, apa cabaran yang dialami?", tanya saya.

"Tak da?", jawabnya pantas dan ringkas. "Mana ada masalah", tambahnya lagi.

Saya terus bertanya soalan yang sensasi nak probe lebih dalam lagi.

"Awak tak dak masalah dengan passengger atau masalah persaingan dalam business teksi?", tanya saya.

"Masalah ulat biasalah... Inilah Malaysia. Malaysia boleh!", katanya.

"Passenger tak ada yang cerewet ke gaduh-gaduh ke?, tanya saya.

"Buat apa gaduh-gaduh...kalau tak mahu saya buang dia la dan saya pusing balik. Buat apa gaduh-gaduh?", katanya. Dalam hati saya, "penyabar juga pemandu ni", fikir saya.

"Kalau passenger itu buat hal?", tanya saya.

"Kita senang saja... kita bawa dia pi balai Polis", katanya. Hati saya berkata "Pro juga pemandu teksi ni", bisik hati saya.

Banyak soalan diajukan kepada pemandu hindraf itu. Saya sempat juga bertanya tentang keluarga terutama persekolahan anak-anak. Sesekali... uji prestasinya sebagai ayah mendidik anak-anaknya. Tanya agama disamping pandangannya terhadap Islam.

"Awak tak minat masuk Islam ke?", tanya saya dengan berani. Hindraf itu berfikir sebentar bila tercabar mindanya dengan soalan yang mungkin tak terfikir olehnya selama ini.

"Itu sami Islam dan sami India sama saja", katanya.

"Sami dan Imam mana sama", bentak saya. Dia berkeras dengan berkata "sama saja". Saya sempat memberitahunya mengenai 'the beauty of Islam' secara ringkas.

Probe punya probe... akhirnya terkeluar warnanya yang sebenar sebagai 'anti kerajaan', kondem kerajaan sana kondem sini.

"Kalau kerajaan tahu awak kondem diorang... permit teksi macam mana?", tanya saya. Pemandu teksi itu terdiam seketika. Mungkin buntu seketika.
"Haa..dah sampai hotel pun", saya memecah kebuntuan. Sesampai di hotel, saya terfikir kesan akibat daripada perbualan saya dengan hindraf semasa menaiki teksinya. Dalam hati, tugas saya hanya menyampaikan, Allah yang menentukan serta membolak-balikkan hati seseorang samada menganuti agama Islam atau tidak.
.

21 May 2009

BENARKAH ORGANISASI YANG RAMAI PEKERJA ISLAM LEBIH KUAT MENGUMPAT DAN MENABUR FITNAH?

Saya terserampak dengan kawan lama yang telah meletakkan jawatannya daripada salah sebuah organisasi. Bila saya tanya kenapa beliau meletakkan jawatannya, beliau menjawab bahawa beliau tidak tahan dengan karenah sebahagian pekerja yang juga rakan sejawatnya di tempatnya bekerja. Beliau menyifatkan keputusannya keluar dari Jabatan itu memang kena pada tempatnya kerana bosan dengan sikap pekerja muslimnya yang celupar, suka mengumpat dan lebih teruk lagi suka menabur fitnah dengan mengada-adakan cerita.

"Wah.. kalau begitu jabatan yang mempunyai 100% muslim itu jabatan apa?", tanya saya.

"Jabatan tempat saya bekerja dahululah", kata kawan saya.

"Jabatankah atau sekolah?", tanya saya.

"Kedua-duanya kerana saya pernah bekerja di kedua-dua Jabatan berkenaan", katanya.

Semacam saya dapat meneka maksudnya tapi saya segera mengalihkan pertanyaan.

"Apa yang diorang buat kepada kamu?", tanya saya.

"Suka memperlekehkan kewibaan saya, suka 'highlight' kelemahan saya.., suka mencari salah saya walhal mereka jauh lebih teruk", katanya.

"Lagi apa yang diorang buat?", tanyaku.

"Diorang fitnahkan kononnya saya tak pandai kerja dan sering menyalah-gunakan kemudahan Jabatan", katanya.

"Adakah kamu buat semua itu?", tanya saya.

"Tidak... cuma saya tidak nafikan pernah membuat kesilapan seperti juga orang lain", katanya.

"Apa bangsa pekerja disitu?", tanya saya dengan meniru cara polis merekod laporan. Saya cuba mencari jawapan samada bangsa boleh mempengaruhi sikap memfitnah dan samada 'gender' juga mempengaruhi sikap ini.

"Semua ada", katanya.

Saya cuba mendapatkan statistik bangsa pekerja tapi tak berjaya jadi kesimpulan awal ialah umat islam (bukan semua) suka mengumpat, memfitnah, hasad dengki dan celupar.

"Apa yang kamu takut dengan fitnah?", saya bertanya.

"Memang saya takut sebab ada orang lapor terus ke BPR supaya diambil tindakan", katanya.

"Ada BPR siasat kamu?", tanyaku.

"BPR balik-balik panggil saya untuk meminta keterangan", katanya.

"Jadi apa hasil siasatan BPR?", tanyaku.

"Belum ada keputusan", katanya.

"Jadi yang kamu meletak jawatan itu kenapa?", tanyaku.

"Apa tidaknya... belum pun ada keputusan siasatan... angin fitnah sudah tersebar luas di seluruh telinga 'umat islam' di seluruh Jabatan sehingga ada orang yang saya tak kenal rapat pun bertanya hal yang sama kepada ku", katanya.
"Mungkinkah ini strategi membuang kamu dan menggantikan dengan pekerja lain terutamanya kaum kerabat mereka", tanya saya.

"Mungkin juga, sebab pekerja-pekerja di Jabatan itu ramai yang berkerabat dengan orang-orang tertentu", katanya.
"Tapi yang pasti, ada yang sudah lebih dulu menghukum saya sebagai perasuah dan menyalah-gunakan kuasa, sebelum mahkamah menghukum", tambahnya.

"Sekarang ada undang-undang boleh menyaman semula orang yang membuat tuduhan palsu. Biarkan diorang bermaharajalela membuat tuduhan lepas itu cari jalan untuk saman mereka", saran saya.

"Ya pula", katanya.

Saya geleng kepala kerana dulu ada seorang lagi hamba Allah menjadi mangsa semasa bekerja di Jabatan yang sama. Beliau kini menjadi usahawan yang berjaya setelah dipaksa berhenti akibat hasad-dengki.


"Memang kuat memfitnah dan mengumpat", katanya.

Satu lagi kes dimana ada seorang kakitangan meninggalkan Jabatan itu untuk mengelakkan fitnah setelah enam tahun bersama dengan mereka. Biasanya pengumpat-pengumpat akan berkumpul semasa rehat dan secara otomatik mengumpat orang lain. Selepas lapan tahun berpisah, pekerja ini kembali melawat ke tempatnya bekerja dahulu dan alangkah terkejutnya melihat rakan-rakan lamanya masih tidak berubah walaupun wajah mereka semakin reput dimamah usia. Mulut celupar, mengumpat, memfitnah sudah menjadi darah daging, sudah sebati dengan nalurinya malah sudah menjadi satu 'hobi' iaitu pantang kalau tidak mengumpat dalam sehari. Lebih menyedihkan lagi ada dikalangan mereka yang bergelar ustazah dan ustaz!. Berbeza betul di tempat kerja barunya yang lebih ramai 'non-muslims' tetapi bab mengumpat sangat kurang.

"Tempat saya bekerja sekarang jauh lebih baik walaupun hanya 15% sahaja pekerja Islam. Sekurang-kurangnya saya dapat menumpukan sepenuh hati saya dalam pekerjaan tanpa mengumpat", katanya.

Seorang lagi kawan yang saya temui, beliau sering diumpat setelah membeli sebuah kereta lebih mahal sikit dari rakan-rakannya. Apa lagi bengkak hati mereka bila mendapat tahu kawannya mempunyai kelebihan.

"Dia cuma kerja kerani sementara, tapi mampu beli kereta besar", kata sipengumpat.

"Berapa saja gajinya jika dibandingkan dengan harga rumahnya", tambah kawannya yang juga sepengumpatan dengannya.

Bermacam-macam lagi tomahan yang membawa kepada fitnah.

Ringkasnya, umat Islam sering dikaitkan dengan budaya negatif seperti kuat mengumpat, kuat memfitnah, kuat berhasad dengki, malah ada yang berpendidikan agama tapi masih suka menabur 'fitnah' terhadap orang lain.

"Di akhirat, lidah orang yang suka memfitnah akan tumbuh berterusan walau pun lidah itu dipotong", kata kawan rapat yang kebetulan turut berada di situ.

"Itu sebabnya dalam Islam fitnah lebih buruk dari membunuh kerana boleh melibatkan yang ramai", tambahnya lagi.

Tazkirah demi tazkirah di berikan ustaz di masjid-masjid dan surau-surau malah kutbah demi kutbah sudah pun disampaikan khatib kepada umat Islam sebelum solat jumaat namun masih ramai lagi umat Islam tidak mampu berubah.
Bukan salah agama Islam kerana Islam itu mengajar manusia menjadi baik tetapi kita patut salahkan muslim sebagai pelaku kejahatan. Kita harus pandai membezakan diantara Islam dan muslim kerana orang Islam itu tidak semestinya baik kelakuannya. Muslim pandai berlakon dengan menunjukkan muka manis di hadapan tetapi di belakang memusnahkan masa depan orang lain. Di hadapan kita, dia jadi 'imam' tetapi dibelakang kita dia 'demam' kalau tak memfitnah orang lain. Kononnya ikhlas 'menolong' orang lain tetapi di belakang 'melolong' kesakitan kalau tak mengumpat. Di hadapan kita bagaikan malaikat senyum dan halus budi bahasa berkomunikasi tetapi dibelakang dia berkata "padan muka kau saya hantar nama kau ke BPR atau polis!". Si Pelakon ini kelihatan sangat sebuk ke hulu ke hilir, turun naik pejabat jumpa ketua Jabatan sana-sini memperlekehkan kewibawaan orang lain secara halus.
"Ko tau ka, nama saja 'boss'nya tinggi kelulusan, kakitangan dia tu lebih pandai dari 'boss'nya", katanya memperlekehkan orang lain. Niatnya sebenar mau 'push' orang itu (yang juga anak buahnya atau keluarganya) naik pangkat atau mendapat kerja lebih bagus.
Kalau pun nak 'promote' keluarga sendiri, jangan jatuhkan orang lain.
-----------------------------------------------------------------------------------------
(Insyaa Allah, tajuk akan datang ialah 'pilih bulu', bagaimana dunia ini dipenuhi dengan sikap pilih kasih atau pilih bulu dalam pemilihan pekerja iaitu memilih berdasarkan bangsa dan keluarga. Stay tuned)
==================000===================

17 May 2009

SULTAN MENAKLUK CONSTANTINOPLE & MENGHANCUR EMPAYAR BYZANTINE

Muhammad Al-Fatih

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah
Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang
ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera”

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah:
Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan
Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.


----------------------------------------OOO--------------------------------------------------

SURAT TERBUKA KEPADA MR.WAYTHA MOORTY, PENGERUSI HINDRAF - SURAT KE 2

ANANDA KRISHNAN
STILL NO.2, TOP RICHES IN MALAYSIA



- Net Worth $10 billion
- Age 84
- Marital Status Married
- 8 children

#2 Ananda Krishnan:

- Net Worth $7.2 billion
- Age 70
- Marital Status Married
- 3 children

#3 Lee Shin Cheng:

- Net Worth $5.5 billion
- Age 69
- Marital Status Married
- 6 children

#4 Teh Hong Piow:

- Net Worth $3.5 billion
- Age 78
- Marital Status Married
- 4 children

#5 Lee Kim Hua & family:

- Net Worth $3.4 billion
- Age 79
- Marital Status Widowed
- 6 children

#6 Quek Leng Chan:

- Net Worth $2.4 billion
- Age 67
- Marital Status Married
- 3 children

#7 Yeoh Tiong Lay & family:

- Net Worth $2.1 billion
- Age 78
- Marital Status Widowed
- 7 children

#8 Syed Mokhtar AlBukhary:

- Net Worth $1.8 billion
- Age 56
- Marital Status Married
- 5 children

#9 Vincent Tan:
- Net Worth $1.3 billion
- Age 56
- Marital Status Married
- 11 children

#10 Tiong Hiew King:

- Net Worth $1.1 billion
- Age 78
- Marital Status Married
- 4 children
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya akui bahawa, seperti orang-orang Melayu Islam, terdapat orang-orang Hindraf yang miskin dan tidak berkemampuan menghadapi cabaran hidup. Tidak kurang juga Kadazandusun Kristian yang menghadapi nasib yang sama. Cuma perbezaannya, Melayu Islam dan Kadazandusun Kristian tidak mempunyai billionairre sekaya Ananda Krisnan yang mempunyai aset $7.2 billion (kecuali Syed Mokhtar AlBukhary, billionnaire Islam Malaysia yang ke 8 dengan aset $1.8 billion. Cuma Syed Mokhtar berketurunan Arab). Kalau Ananda Krisnan mengeluarkan 50 juta untuk didermakan kepada 50 buah sekolah Tamil maka sebuah sekolah menerima kira-kira $1 juta, sudah tentu keadaan sekolah Tamil lebih baik dari kebanyakan sekolah kerajaan di Pendalaman Sabah. Persoalannya, Hindraf ada Ananda Krishnan sebagai idola mereka... Orang Kadazandusun Kristian dan Islam ada siapa?

Saya mengaitkan Kadazandusun Islam dengan Hindraf sebab mungkin Hindraf menyangka kerajaan hanya menganak-tirikan Hindraf, manakala orang-orang Islam mendapat keistemewaan yang melimpah-ruah. Walhal nasib Kadazandusun Islam (walaupun beragama islam) jauh lebih teruk dari kebanyakan Hindraf. Jalanraya di Kawasan Kadazandusun Islam di Pendalaman Sabah tidak dibina oleh Samy Vellu, yang suatu ketika dulu Menteri Kerjaya. Tetapi Kadazandusun Islam tidak pun 'protest' menghantar memorandum semasa Samy Vellu sedang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Depavali seperti yang dilakukan oleh Hindraf semasa rumah terbuka Hari Raya Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Hindraf semakin lantang bersuara kerana mereka merasakan mereka mendapat sokongan negara luar mengenai 'hak-hak kemanusiaan' yang mereka perjuangkan. Malah terdapat orang Malaysia yang memberikan sokongan kepada Hindraf. Kelantangan ini kadang-kadang keterlaluan sehinggakan boleh menggugat kestabilan negara. Apakah ada sebahagian 'generasi' Hindraf sekarang sudah bosan dengan negara yang setabil maka mereka ingin mencuba supaya negara 'kucar-kacir' sedikit? Apakah dengan ber'lesen'kan 'demokrasi' lalu bertindak sesuka-hatinya sehingga tidak menghormati orang lain?

Dulu saya pernah mendengar ucapan salah seorang yang sebangsa dengan kaum Hindraf (saya tak pasti samada ahli hindraf atau pun penyokong hindraf) mengatakan "beliau akan kencing dikubur Tun Mahathir nanti?". Kata-kata ini seolah-olah beliau yakin bahawa Tun Mahathir akan mati dulu dari beliau sedangkan tidak ada jaminan Allah bahawa yang tua itu akan mati dulu dan yang muda itu akan mati kemudian. Begitu melampaunya bahasa orang ini yang secara kebetulannya sekaum dengan Hindraf sehinggakan tak kenal asal-usulnya.

Dari:

Semut Atom bertukar menjadi semut api
Rakyat Malaysia yang tidak berselipar

-------------------------------------------------ooo-------------------------------------------

16 May 2009

Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal



Hadith :

Dari Al-Bara' bin 'Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu' (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam 'illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca (ayat 40 Surah al-A'raf ertinya): "…..Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum…..". (Kemudian Baginda s.a.w bersabda): "Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpalah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ…….."

Al-Bara' bin 'Azib r.a
------------------------------------------------oo----------------------------------------

BERAMAL DENGAN AYAT PENDINDING DIRI



Hadith :
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ”

al-Bukhari dan Muslim


Huraian Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.” Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran. Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka. Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini. Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan perkara khurafat dan syirik kepada ALLAH sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT adalah dosa syirik. Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

HORMATI IBU SEKALIPUN BERLAINAN AGAMA

Text Color
Hadith :

Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:”Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! BerBoldjumpalah dengan ibumu.”

(Muslim)


Huraian1:
Di dalam Islam SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

PUASA


Hadith :

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”

(Muslim)


HuraianDilihat secara terperinci, kita dapati orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:i) orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia.ii) orang yang berpuasa kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah.iii) orang yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada Allah dan manusia.Orang yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah S.W.T yang mewajibkan berpuasa. Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana-mana tempat sekali pun, sama ada di tempat tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya. Golongan ini sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat Allah. Tentang golongan kedua pula, mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa. Golongan ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa. Biasanya orang yang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.Golongan ketiga ialah mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah. Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam agar terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah. Menyedari hakikat ini, renungkanlah. Dalam golongan manakah kita berada?

13 May 2009

People who embraced Islam

Berikut adalah senarai sebahagian dari orang (mengikut kemahiran) ternama yang telah memeluk Islam:


Men Who Embraced Islam:

Abdul Aziz (formerly Jermaine Boddy)
Ali Muhammad Mori (Japan)
Chadi
Christopher Shelton
Colonel Donald S. Rockwell (U.S.A.)
David Pradarelli
Greg Noakes
Ibrahim Karlsson
Kusmari Rendrabwana
- Childhood
- Adolescence
- Adulthood
Lord Headley Al-Farooq (England)
Malcolm X
Malcolm X - An Islamic Perspective
Malcolm X Timeline
- The 'Nation of Islam'
- The Change to True Islam
- The Effect of the Pilgrimage
- Malcolm's New Vision of America
- The Oneness of Man Under One God
- After the Pilgrimage
- The Legacy of Malcolm X
Malik
Michael Wolfe
Michael Yip
Mike LoPrete
Mike Tyson
Muhammad Alexander
Muhammad Aman Hobohm (Germany)
Muhammad Asad (Austria)
Muhammad John Webster (England)
Muhammad Yahya
Rob Wicks
Samir
Sir Abdullah Archibald Hamilton (England)
Sir Jalaluddin Lauder Brunton (England)
S.S. Lai
Sufyan Gent
Tavis Adibudeen
Thomas Irving (Canada)
Umar Mita (Japan)
William Burchell Bashyr Pickard (England)
Yahiye Adam Gadahn
Yusuf Ali Bernier
Yusuf Islam
- MY EARLY RELIGIOUS UPBRINGING
- POP STAR
- IN HOSPITAL
- THE QUR'AN
- CONVERSION
Yusuf Muhammad Ansari

Women Who Embraced Islam

Afrah Alshaibani
Amal
Mrs. Amina Mosler (Germany)
C. Huda Dodge
Carol
Mrs. Cecilia Mahmuda Cannolly (Australia)
Celine
Constance Mcdonald
D. Beatty
Miss Fatima Kazue (Japan)
Fathima Lienberg
Helena
Iman
Jemima Goldsmith
Jenny
Jewellee
Jihadah
Kaci Starbuck
Karima Slack Razi
Lady Evelyn Zeinab Cobbold (England)
Lara
Madonna Johnson
Malaak
Maryam Jameelah
Miss Mas'udah Steinmann (England)
Why do I consider Islam as the most perfect religion?
Mavis B. Jolly (England)
Michelle
Natassia M. Kelly
Rosalina Panganiban
Shannon
Shariffa Carlo
Erin/Sumaya Fannoun
Tena
Themise Cruz
Um Kalthum
Zehra

Doctors Who Embraced Islam

Dr. Abdul Karim Germanus
Dr. Ali Selman Benoist
Dr. Hamid Marcus
Dr. Umar Rolf Baron Ehrenfels (Austria)
Prof. Abdul Ahad Dawud B.D. (Iran)
Professor Haroon Mustapha Leon (England)
Dr. R. L. Mellema (Holland)
Dr. Kari Ann Owen, Ph.D

Priests Who Embraced Islam:

Abdullah al-Faruq - Formerly Kenneth L. Jenkins, minister and elder of the Pentecostal Church
Viacheslav Polosin - Former Archpriest of the Russian Orthodox Church Khadijah 'Sue' Watson - Former pastor, missionary, professor. Master's degree in Divinity
Ibrahim Khalil - Former Egytian Coptic priest
Anonymous Female Missionary - Former Catholic missionary
Martin John Mwaipopo - Former Lutheran Archbishop
George Anthony - Former Catholic priest
Raphael - Former Jehovah's Witness minister
Anselm Tormeeda - 14th Century Christian scholar and priest

12 May 2009

The Story of the People of the Rock

Stories have an undeniable effect on people. Let's mention, brothers in Islam, one of the stories about one of the earlier nations as narrated by the Prophet (Salla AlItaliclahu Alaihi Wa Sallam) so that we can deduce useful lessons.
Bukhari and Muslim reported that `Abdullah bin `Umar (may Allah be pleased with him) said: I heard the Prophet (Salla Allahu Alaihi Wa Sallam) say: “While three persons were traveling, the night fell and they had to enter a cave in a mountain in order to spend the night. A big rock rolled over and blocked the mouth of the cave. They said to each other: Nothing could rescue you but invoking Allah with the best deed you have performed (so Allah might remove the rock)”. One of them said, 'O Allah! My parents were old and I used to go out to collect wood. On my return I would milk (the animals) and take the milk in a vessel to my parents to drink. After they had drunk from it, I would give it to my children, family and wife. One day I was delayed and on my return I found my parents sleeping, but I disliked to wake them up, or to feed my family before them. I waited with the vessel in my hand with my children crying at my feet (because of hunger) until dawn when they woke up and drank their share of the milk. O Allah! If You regard that I did it for Your sake, then please remove this rock so that we may see the sky.' So, the rock was moved a bit but it was too small for them to get out.

The second said, 'O Allah! You know that I was in love with a cousin of mine, like the deepest love a man may have for a woman, and I tried to seduce her but she refused, until one day she became in need of money, and she came to me for help, so I offered her one hundred and twenty Dinaars (gold currency) provided she gives in to my desire, and she accepted. When I sat in between her legs, she said to me: Fear Allah, and asked me not to deflower her except rightfully (by marriage). So, I got up and left her, though she was the most desired and beloved to me, and made her keep the money. O Allah! If You regard that I did it for Your sake, kindly remove this rock.' So, the rock was moved a bit but it was to small for them to get out.

Then the third man said, “O Allah! Once I employed workers, and I paid them, except one who left with out taking his due share, so I invested it and from it great wealth developed. After some time that man came and demanded his money. I said to him: Go to those camels, cows and the shepherd and take them for they are all for you. He asked me not to mock him. I told him that I was not mocking him, so he took it all and left nothing behind. O Allah! If You regard that I did it sincerely for Your sake, then please remove the rock. So, the rock was removed completely from the mouth of the cave, and they came out walking”.

Servants of Allah! Think over this great story. These three persons remembered Allah and followed his commands when they were free from any troubles and Allah saved them when they were in distress. Hence, whenever a man fulfills his duties towards Allah during times of ease, Allah will support him in times of worry, trouble and distress; He will be Most Gracious to him and facilitate maters for him. Allah says which translates as: " … And whosoever fears Allah, He will make for him a way out ( from hardships). And will provide him from sources he could never imagine" (At-Talaaq: 2-3). He also said which translates as: "And whosoever fears Allah, He will make his matter easy for him" (At- Talaaq: 4).

The first man in the cave gave a great example of dutifulness towards his parents. Throughout the whole night, he was holding the vessel of milk not allowing his children nor himself to drink (until his parents had drunk their share). He did not even disturb his parents by waking them up until dawn. This indicates the excellence of having and showing dutifulness to parents and that it is a means for facilitating one's affairs and avoiding distress. Dutifulness to one's parents is the best act of keeping relations with one's family and relatives. The Prophet (Salla Allahu Alaihi Wa Sallam) said: "Whoever would like to have wider provisions and prolong his life, should keep good relations with his kith and kin" (Al-Bukhari & Muslim).