WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 May 2010

SOLAT HAJAT- ISREAL SERANG KAPAL 'FREE GAZA'

-

31st May 2010


Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza. The Israeli military said that more than 10 people were killed and dozens injured when troops intercepted the convoy early on Monday morning in international waters.

-

(Tentera Israel menyerang kapal laut (freedom flotilla) yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza Palestin. Lebih 10 orang di sahkan mati dan ramai lagi yang tercedera akibat tembakan (helikopter) Israel. Konvoi bantuan itu diserang awal pagi ini di perairan antarabangsa).

-


Nasib rakyat Malaysia belum diketahui. Harap seluruh umat Islam seluruh dunia mengadakan solat hajat untuk keselamatan peserta konvoi 'bebaskan Gaza' dan memohon balasan Allah terhadap perbuatan terkutuk Isreal, laknatullah.

-

KURSUS HAJI 2010 DI MASJID NEGERI SABAH

Kota Kinabalu Sabah:-

Lebih 300 orang sedang mengikuti kursus haji di Masjid Negeri Sabah. Kursus ini mempunyai 17 siri termasuk amali. Kursus ini dinajurkan oleh Masjid Negeri Sabah dengan kerjasama Tabung Haji. Menurut encik Janis Abdullah, pengerusi penganjur tahun 2009 dan 2010, tujuan kursus ini adalah memberi kefahaman kepada bakal-bakal haji mengenai cara yang betul mengerjakan ibadat haji.
-
Antara penceramah undangan ialah Tuan Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim, Ust. Hj Sahuddin, Ustazah Zubaidah Jammadi. Penceramah ini bukan sahaja berpengalaman dalam memberi ceramah malah sering mengikuti jemaah ke tanah suci sebagai pegawai petugas. Antara topik ceramah ialah cara-cara mengerjakan haji dan umrah, dam, rukun haji, masalah wanita, isu kesihatan semasa di tanah suci dan sebagainya. Kursus ini telah berjalan kira-kira dua bulan yang lalu dan dijangka berakhir pada hujung bulan Jun tahun ini.
Atas: Peserta wanita
Atas: Peserta wanita
Atas: Peserta lelaki
-

25 May 2010

USIA PATAU SELESAI ADAKAN MESYUARAT AGUNG 2010


-
Kg Patau Tambunan:-
-
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) cawangan Kampung Patau Tambunan telah selesai mengadakan mesyuarat agungnya baru-baru ini. Semasa mesyuarat agung, pelbagai aktiviti telah dirancang pada tahun ini. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah memperhebatkan kelas-kelas fardu ain yang telah pun berjalan rancak kira-kira tiga tahun yang lalu.
-
Aktiviti yang melibatkan kaum wanita dan kaum ibu menjadi fokus utama. Kekuatan dakwah islamiah mesti banyak melibatkan wanita kerana sokongan yang kuat dalam kalangan masyarakat kampung banyak bergantung kepada penyertaan kaum wanita.
-
Akhir-akhir ini, banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah kerana kekuatan peranaan dan ukuwah kaum wanita. Umpamanya wanita Kg Patau berjaya menjadi johan dalam pertandingan nasyid peringkat daerah baru-baru ini. Kaum wanita juga berjaya membuka kelas muqaddam dan al-Quran dan kini terdapat pelajar yang sudah boleh membaca Al-Quran.
-
Sehubungan dengan ini, USIA Patau terus memberi sokongan kepada wanita USIA Patau untuk terus aktif mengangkat martabat islam khususnya di Patau.
-
Aktiviti lain termasuk seminar dan sambutan jubli emas kemasukan islam di Kampung Patau. Islam mula bertapak di Kampung Patau pada tahun 1930.
-
Atas: Janis Abdullah

Ketua Cawangan

Atas: Ahmad Thadzuddin bin Mohd Ali
Timbalan Ketua Cawangan

Atas: Dr Juanis Yajuni

Naib Pengerusi

Atas: Ust Suhaidi Awang Damit

Setiausaha

Atas: Abdul Rahman Maidin

Bendahari

Atas: Johari Awang Damit

Ketua Penerangan

Atas: Mohd Yasin bin Yunus

Ketua Belia

Atas: Norfadilahwana binti Kulinog
Ketua Wanita

Atas: Rodny Robert

AJK Cawangan


Atas: Siti Zubaidah Binti Abdullah

AJK Wanita

Atas: Sajiri Mohd Ali

AJK Belia

Atas: Sebahagian dari AJK yang sempat bergambar selepas mesyuarat agung
-

23 May 2010

Road to Bahrain 15 - One year after

-
Greetings to all my International Dakwah Course-Mates from Turkey, Russian, Bosnian, Brazillians, Ghanan, Sri Langkan, Serian, Singaporeans and not forgetting my Malaysian counterparts.
-
It has been one year after my International Dakwah Exposure at Bahrain. During the one year, I have been busy conducting courses on Islamic activities in East Malaysia specifically Sabah. I travelled right in the middle part (in the interior) of Sabah and West Kota Kinabalu area for dakwah and Islamic propagation. Some activities were successful and some failed and few still in the process of implementation.
-
Among the on going programmes are conducting 17 series of Haj courses in Kota Kinabalu, Quran classes and invitation to be dakwah speakers to non-Muslims and non-government organisations particularly organised by United Sabah Islamic Association (USIA) Kota Kinabalu women's group.
-
I expected this year would be more busy with dakwah programmes at Tambunan Sabah. Insyaa Allah, my team will be doing our level best to make this a success.
-

09 May 2010

GALERI FOTO DINNER ALUMNI UiTM SABAH -PART 3

-
Kota Kinabalu:


Persatuan Alumni UiTM Sabah adalah antara persatuan yang aktif mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan golf, annual dinner, lawatan amal dan memberi sumbangan komputer kepada Rumah anak-yatim Tambunan dan dan sekolah di Ranau.

Atas: Wajah-wajah alumni UiTM yang berjaya dalam karier mereka.


Atas: YB.Datuk Masidi, YDP Alumni sedang berucap semasa majlis makan amal baru-baru ini.


Atas: YB.Datuk Masidi sedang mencuba produk yang dipamerkan di luar dewan makan disalah sebuah hotel di Kota Kinabalu.



Atas: AJK Alumni UiTM Sabah 2010 (penulis blog no. 3 duduk dari kiri)bergambar dengan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah selaku penaung persatuan.


Atas: Antara persembahan pada malam Annual Dinner


Atas: Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah sedang berucap dalam majlis makan malam Alumni UiTM Sabah.


Atas: Antara tetamu kehormat yang berada di pentas semasa acara penyampaian sumbangan Alumni kepada anak-anak yatim dan juga pelbagai pihak (dari kiri: Puan Sitti Bahaya Hj Damsal-Pengerusi Penganjur Majlis makan tahunan 2010, En. Azhar bin Datuk Hj Matusin-Timbalan YDP Alumni, YB Datuk Masidi Manjun-YDP Alumni, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman-Ketua Menteri Sabah merangkap Penaung Alumni, Dato Prof Ir Dr Sahol Abu Bakar Hamid-Naib Canselor UiTM Malaysia)


Atas: Antara tetamu khas yang sudi hadir.


Atas: Pentadbir UiTM Shah Alam dan Sabah turut hadir (dari kiri: Prof Madya Dr Hj Abdul Kadir (Timbalan Pengarah UiTM Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Worran Hj Kabul (Pengarah UiTM Sabah), Hj Arif (AJK Alumni) dan Dato Prof Ir. Dr. Sahol Abu Bakar Hamid (Naib Canselor UiTM Malaysia).

-