Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

29 January 2012

MAT JALI (PADUKA MAT SALLEH) MATI DI PATAU PROPER? - SIRI 1

Atas: Paduka Mat salleh

Atas: Kota Mat salleh di Tambunan

Pada tahun 1964, umur saya baru 7 tahun dan berada di darjah satu. Saya mulai masuk sekolah semasa berusia 5 tahun tanpa berdaftar. Zaman dulu, guru kelas tidak kesah sangat budak dibawah umur masuk sekolah. Sekarang budak berumur 5 dan 6 tahun sudah masuk tadika. Dalam umur yang masih muda, saya diajar oleh ibu saya cara berdikari seperti masak nasi dan goreng telur dan sayur untuk dimakan ketika tiada seorang pun berada di rumah. Sebenarnya, ibu saya tidak mengajar pun cara-cara masak tetapi saya sendiri melihat cara ibu saya memasak. Saya juga belajar bagaimana menjahit (bahasa dusun 'ampung') seluar saya yang koyak dengan menggunakan jarum tangan. Inilah 'survival' saya diperingkat kanak-kanak. Malah banyak cerita dongeng dan cerita rakyat yang saya pernah dengar semasa kanak-kanak dulu masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang.
 
Di zaman kanak-kanak ini saya suka meneroka di seluruh pelusuk kampung. Bahasa dusun bilang 'minsandayang'. Salah satu kegemaran zaman kanak-kanak dulu ialah belajar silat dan belajar ilmu batin. Ayah saya tidak bersekolah secara formal tetapi boleh membaca dan menulis. Banyak sekali catatannya yang saya baca. Antaranya ialah catatan pelbagai mentera ilmu batin. Salah satu catatan ilmu batin ada menyebut 'Mas Sali (Mat Jali)'. Ketika itu saya tidak tahu siapa itu Mat Jali. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Mat Jali. Saya mulai membuka soalan kepada orang-orang tua yang sudah lanjut usia.

Saya bertanya kepada aman (pak cik) Uliti (Ketua Kampung Patau), aman Yajuni (org veteren Kampung Patau), aman Amuru (penduduk Kg Patau yang hidup sezaman Mat Salleh) dan mereka tidak sempat menceritakan mengenai riwayat Mat Jali secara terperinci. Akhirnya, saya berjumpa dengan aki Sebintal di Patau Proper (di bawah kampung Narayat). Dalam usia muda, saya mulai meminati cerita 'doung-gulu' (cerita lama). Ketika saya berusia 7 tahun, aki (datuk) Sebintal berumur 76 tahun. Ini bermakna semasa Mat Jali meninggal dunia pada 1900, Aki Sebintal sudah berumur kira-kira 12 tahun. Pada masa umur 12 tahun, banyak perkara dan peristiwa yang dia masih ingat. Aki Sebintal menceritakan kepada saya bahawa Mat Jali mati di Patau Proper. Sambil menuding jarinya ke arah rumpunan bambu di lereng bukit, Aki Sobintal memberitahu saya bahawa Mat Jali mati di bawah rimbunan bambu atau 'koporingan'. Untuk kepastian, saya bertanya kepada Aki Sebintal.

"Macam mana Aki tahu mayat itu Mat Jali?".

Aki Sebintal jawab, "Mayat itu saya kenal kerana ada kubunya di sini (di Kampung Narayat). Dia selalu datang ke sini", katanya. Memang benar, di Kampung Narayat Patau ada kubunya tetapi saya masih tidak puas hati dengan jawapan itu lalu bertanya lagi.

"Ada apa-apa lagi bukti lain yang menyokong bahawa mayat itu Mat Jali punya?", tanya saya.
Aki Sebintal menjawab,

"Dari pakaiannya pun saya kenal. Mat Jali selalu pakai baju warna kehitam-hitaman dan kepalanya sentiasa berikat (serban) dan memakai topi hitam. Dulu, di kampung ini, hanya Mat Jali sahaja yg berpakaian baju begitu. Kami semua masih pakai baju 'sinonson' ", katanya aki Sabintal.

Aki Sabintal menuding jarinya ke arah pakaian sinonson yang masih tersangkut di tiang kayu rumahnya. Sinonson ialah baju tiada lengan yang diperbuat daripada kulit kayu.

Inilah mungkin bukti awal bahawa Mat Jali atau 'Paduka Mat Salleh' Pahlawan Sabah mati di Patau Proper. Zaman remaja saya pula, saya pernah mendengar cerita bahawa Mat Salleh tidak mati. Walaupun saya tidak bersetuju namun saya mendiamkan diri untuk mengelakkan pertelingkahan sesama kawan. Hari ini saya berani menjawab bahawa Mat Salleh telah mati bukan atas sebab penemuan cerita ini tetapi atas dasar beriman kepada Al-Quran yang berbunyi:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali Imran: 185)

 
Cuma tiada siapa pun yang menemui kuburnya. Dan mungkin cerita ini boleh menyelesaikan misteri mengenai kematian Paduka Mat Salleh.
 
(Nak tahu cerita lanjut.... tunggu sambungan siri ke 2).

15 October 2009

AMERICAN WAR DEATH THROUGH HISTORY

.
.
American War Deaths Through HistoryFrom Independence Day to Iraqi Freedom.
.
The above is a listing of US casualties in the various conflicts that have been a part of the country's history. The above numbers reflect only reported war deaths and exclude those wounded and/or missing. The Civil War still maintains the highest American casualty total of any conflict. Interesting to note the staggering number of losses in World War 2 when compared to that of World War 1 - the former being the so-called "War to End All Wars". Then there's the "Forgotten War" in Korea - this nickname despite the near-37,000 reported casualties in the conflict.
.
In it's first 100 years of existence, over 683,000 Americans lost their lives, with the Civil War accounting for 623,026 of that total (91.2%). Comparatively, in the next 100 years, a further 626,000 Americans died through two grand World Wars and several more localized conflicts (World War 2 representing 65% of that total). Using this comparison, the Civil War might very well be the most important war that America has ever fought.
.
To date, over 1,314,000 Americans have died when answering The Call at all four corners of the world. How about casualties? In Iraq alone more than 38,000 were wounded and thousands commited suicides for no reason. The ratio of death against casualties is roughly 1: 100. If this is the case, than the number of wounded come up to more than 100,000,000 Americans lives. How many do you think the death of other nationals murdered by the American? It could be 1.5 billion throughout the world or even more!.
.
Partial Source: U.S. Army Military History Institute; iCasualties.org
.

19 September 2009

FAKTA MENGENAI IMAM AS-SYAFIE

.
1.0 Riwayat Hidup:
.
1.1 Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
.
1.2 Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
.
1.3 Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
.
1.4 Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan).
.
1.5 Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
.
1.6 Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
.
2.0 Peribadi:

2.1 Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
.
2.2 Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
.
2.3 Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
.
2.4 Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
.
2.5 Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
.
2.6 Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.
.
2.7 Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
.
2.8 Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
.
3.0 Pendidikan:
.
3.1 Imam as-Syafie mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun beliau hafaz Al-Quran.
.
3.2 Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.
.
3.3 Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
.
3.4 Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
.
3.5 Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
.
3.6 Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
.
3.6.1. 1/3 malam untuk berehat.
3.6.2. 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
3.6.3. 1/3 malam untuk beribadat.
.
3.7 Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

4.0 Sumbangan

4.1 Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran,hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
.
4.2 Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
.
4.3 Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
.
4.3.1 Abtal Al-Istihsan.
4.3.2 Ahkam Al-Quran.

4.3.3 Ar-Risalah.
.
4.4 Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah;
.
4.4.1 Al-Mukhtasar Al-Kabir.
4.4.2 Al-Mukhtasar as-Saghir.
4.4.3 Al-Farid.
4.4.4 Al-Umm.
.
4.5 Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
.
4.5.1 Al-Masnad.
4.5.2 Al-Amali.
4.5.3 Ikhtilaf Al-Hadis.
.
4.6 Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
.
4.7 Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.
.

30 May 2009

PERIBADI MUHAMMAD AL FATIH

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Apakah kaedah untuk melahirkan seorang pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian?.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut:-

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

17 May 2009

SULTAN MENAKLUK CONSTANTINOPLE & MENGHANCUR EMPAYAR BYZANTINE

Muhammad Al-Fatih

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah
Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang
ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera”

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah:
Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan
Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.


----------------------------------------OOO--------------------------------------------------