Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label Masjid Negeri Sabah. Show all posts
Showing posts with label Masjid Negeri Sabah. Show all posts

02 September 2011

GALERI FOTO: MASJID NEGERI SABAH MELEKAR KEJAYAAN

Atas: Yang Berhormat Datuk Nasir Tun Sakaran berucap sempena pelancaran kembara merdeka ramadan di Masjid Negeri Sabah
Atas: Kenderaan yang menyertai kembara ramadhan 2011

Atas: Kembara merdeka ramadhan 2011 dimulakan di Masjid Negeri Sabah yang dilancarkan oleh YB Datuk Hj Nasir Tun Sekaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi mewakili Ketua Menteri.

Atas: Masjid Negeri Sabah terpilih sebagai Masjid Cemerlang pada tahun 2009 sempena Festival Kesenian anjuran DBKK.

Atas: TYT menyampaikan sajadah kepada Datuk Ismail, Pengerusi Masjid Negeri Sabah

Atas: Masjid Negeri Sabah menyertai perarakan maulidur rasul pada tahun 2009 dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sepanduk.

Atas: Kontingen Masjid Negeri Sabah menyertai perarakan maulidur rasul 2011 dan berjaya menerima hadiah kedua dalam pertandingan sepanduk.

Atas: Pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah mengadakan lawatan muhibbah ke surau Kg Patau bersama-sama dengan pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan Likas.


Atas: Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah 2009-2011

Atas: Ruang solat utama Masjid Negeri Sabah yang berhawa dingin. Dewan solat berhawa dingin ini boleh memuatkan kira-kira lapan ratus jemaah.

Atas: Foto Masjid Negeri Sabah (2011) diambil dari tingkat 10, Wisma Muis.

Atas: Datuk Ismail Ag Besar, Pengerusi Masjid Negeri Sabah bersalaman dengan Tun Ahmadshah bin Abdullah, TYT yang berakhir tempoh 2011.

29 August 2010

NUZUL QURAN DI MASJID NEGERI SABAH

Masjid Negeri Sabah, 26.08.2010:-
-
Sempena dengan Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan, JHEAINS telah mengadakan satu majlis di Masjid Negeri Sabah dimana Tun Ahmad Shah bin Abdullah, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sabah turut hadir sebagai tetamu kehormat.
-
Atas: Kelihatan Tun Ahmad Shah Abdullah, Tuan Yang Terutama (TYT) sedang menyampaikan sumbangan kepada Masjid Negeri Sabah melalui Ustaz Ibrahim Kisab, Imam Besar Masjid Negeri Sabah
-
Atas: Kelihatan TYT sedang menyampaikan sumbangan kepada Masjid Negeri Sabah yang turut disaksikan oleh Datuk Hajiji dan Datuk Ahmad Alawi, mufti negeri Sabah.
Atas: Datuk Syed Abas Syed Ali, YDP Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Hajiji dan Imam Besar sedang mengiringi TYT ke ruang berbuka puasa.-
Atas: TYT bersama beberapa orang kenamaan semasa majlis berbuka puasa di Masjid Negeri Sabah sempena perayaan Nuzul Quran.-
Atas; Antara jemputan khas yang turut berbuka puasa ialah dari kiri, Dr Mingu Jumaan (Pengarah Jbt Perkhidmatan Komputer yg juga AJK Masjid Negeri Sabah), Dr Muhidin Yusin (Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah), Hj Khairan Untoh (Pengarah Sirim Berhad) dan Datuk Nordin Siman (Pengarah JPAN).
-
Atas: Sempat berborak sementara menunggu azan dikumandangkan oleh bilal.-
Atas: TYT bersama dgn orang kenamaan menanti laungan azan Magrib.-
Atas: Orang kenamaan bersama-sama dgn TYT berbuka puasa di ruang serbaguna Masjid Negeri Sabah sempena nuzul Al-Quran.
-

21 September 2009

SOLAT A'FITRI 2009 DI MASJID NEGERI SABAH - PART 1

Kota Kinabalu, Ahad:-

Ramai orang tidak tahu suasana solat hari raya aidil fitri di Masjid Negeri Sabah, Sembulan. Saya solat raya di Masjid Negeri pada setiap tahun. Sudah lebih 10 tahun saya bersolat raya di Masjid Negeri. Seawal 6.00 pagi para jemaah Masjid Negeri sudah mula berpusu-pusu berada di Masjd Negeri. Mereka terdiri dari penduduk tempatan, pekerja pejabat negeri dan persekutuan. Tidak kurang juga pekerja di sektor swasta samada dari jauh dan dekat. Ada pekerja kontrak bangunan, ada juga bekerja dikilang dan pelbagai lagi golongan yang hadir. Jemaah lelaki dan wanita tua dan muda sama-sama bersolat aidil fitri. Yang solat dan tak solat pun turut memeriahkan suasana pagi raya. Ribuan yang hadir. Dalam masjid sahaja melebihi 6,000 jemaah. Jika ditinjau-tinjau kesemua jemaah yang hadir melebihi 10,000 orang. Untuk gambaran seterusnya, bolehlah lihat gambar di bawah ini.
Atas: Jemaah diluar masjid bersebelahan dengan bangunan MUIS.
Atas: Dicelah-celah lanscaping pun ada jemaah. Jemaah ini membentangkan tikar sembahyang di bukit kecil bersebelahan dengan bangunan USIA.

Atas: Jemaah dijalanraya bersebelahan dengan Sekateriat (Wisma Kewangan)

Atas: Suasana di luar masjid dibelakang bangunan.
Atas: Jemaah lebih selesa membentang tikar dibukit-bukit.
Atas: TYT bersalaman dengan Datuk Ismail Awang Besar (Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah)
Atas: TYT bersalaman dengan para jemaah.
Atas: TYT bersalaman dengan orang awam
Atas: TYT bersalaman dengan jemaah masjid negeri.
Atas: TYT bersalaman dengan jemaah.
.

SOLAT A'FITRI 2009 DI MASJID NEGERI SABAH - PART 2

.
Kota Kinabalu:-

Atas: Bersedia membentang tikar dilereng bukit.


Atas: Jemaah wanita di belakang Masjid Negeri di kawasan jalan raya menuju ke pintu pagar.


Atas: Jemaah ini lebih selesa berjemaah di atas rumput kerana ruang solat untuk wanita telah penuh.


Atas: Jemaah wanita dibelakang masjid dikawasan tempat letak kereta.


Atas: Pandangan dari sudut lain jemaah wanita di belakang masjid negeri


Atas: Jemaah memenuhi ruang tempat berwudu wanita. Dihadapan ialah dewan memandikan jenazah.


Atas: Tempat letak kereta di belakang masjid juga dipenuhi dengan jemaah wanita.



Atas: Jemaah wanita serba putih bertelekung.



.

31 August 2009

TAHLIL DI MASJID NEGERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52

Kota Kinabalu, Ahad (30.08.2009):- Satu majlis tahlil dan solat hajat peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Masjid Negeri Sabah sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali yang ke 52 tahun di sini pada 30.08.2009.
.
Majlis itu dihadiri oleh Tun Ahmad Shah Abdullah, Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertua Negeri Sabah dan Toh Puan, YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, YAB Datuk Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Speaker Dewan Undangan, Mufti dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta rakyat Malaysia.
.
Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa diikuti dengan solat Magrib, solat Hajat, Tahlil, Ceramah Agama, Solat Isyak, Solat Tarawih dan diakhiri dengan majlis makan malam.


Atas: Kelihatan TYT Tun Ahmad Shah Abdullah bersalaman dengan Datuk Hj Abdullah Husin, Setiausaha Agung USIA.

Atas: Kelihatan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah memperkatakan sesuatu kepada YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancungan dan Pembangunan Alam Sekitar sebelum meninggalkan majlis.

Atas: Suasana di Masjid Negeri Sabah semasa majlis tahlil diadakan.


Atas: Kelihatan tetamu yang hadir sedang menanti kedatangan TYT dan dif-dif kehormat.
Atas: YB Datuk Masidi Manjun bersalaman dengan orang ramai sebelum meninggalkan majlis.


Atas: TYT sempat berbual-bual dengan Datuk Ismail Ag Besar, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah sebelum meninggalkan majlis.
Atas: Datuk Ahmad Alawi, Mufti Negeri Sabah bersalaman dengan Datuk Hj Abdullah Hussin, Setiausaha Agung USIA Pusat.


Atas: TYT, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri sedang membaca tahlil sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52..

26 August 2009

MOTIVASI SOLAT (TARAWIH DI MASJID NEGERI SABAH)

.
SOLAT TARAWIH DI MASJID NEGERI SABAH


Atas: Beginilah suasana tarawih di Masjid Negeri Sabah sepanjang bulan Ramadhan pada setiap tahun. Foto ini diambil dari tingkat 2 masjid dari sudut kanan di mana RTM sentiasa membuat liputan solat Jumaat secara langsung. Ruang solat utama ini dipenuhi oleh jemaah lelaki, dewasa dan kanak-kanak kerana memang tempat ini selesa dengan kesejukkan penghawa dingin.
Atas: Kelihat jemaah wanita bersolat sehingga terkeluar dari ruang solat tertutup kerana ruang solat khas untuk wanita yang terletak di belakang masjid tidak dapat menampung jemaah yang ramai. Ruang solat wanita mempunyai pendingin hawa (air-conditioner) dan ruangnya terhad kepada 300 jemaah sahaja.
Atas: Kelihatan jemaah wanita dalam serba putih memakai telekong. Memang menarik perhatian sekali terutama bila pelancung berkunjung. Walau bagaimanapun, pelancung tidak dibenarkan melawat disebelah malam. Pelancung tertarik dengan keindahan solat wanita yang bertelekung serba putih dan menarik.

Atas : Ruang solat lelaki di belakang (tingkat 1) juga hampir penuh. Ruang ini dikhas kepada jemaah yang tidak suka dengan kesejukan pendingin hawa. Mereka lebih suka bersolat di bawah kipas.


Atas: Pandangan dari tingkat 2, sudut sebelah kiri.

Atas: Jemaah lelaki setelah selesai tarawih (dilihat dari ruang solat belakang tidak ber'aircon')

Atas: Sujud merendahkan serta mengabdi diri kepada Allah. Kedudukan solat ini sangat baik untuk kesihatan urat saraf kerana regangan urat saraf berada pada tahap maximum. Kalau latihan ini dapat dilakukan selama 23 rakaat setiap malam dan dilakukan genap sebulan Ramadhan, bayangkan tahap kesihatan urat saraf kaum muslimin yang rajin bertarawih.
.
Kemungkinan besar tidak terkena penyakit lumpuh akibat urat saraf dalam usia muda. Secara logiknya, sujud boleh membantu memudahkan peredaran darah yang mengandungi oksigen (Oxygeneted blood) mengalir ke otak dan mengaktifkan semula sel-sel lemah setelah menerima bekalan oksygen yang kaya dengan 'hemoglobin' atau darah merah. Proses ini berlaku kerana ventrikal kiri (left ventrical) jantung dapat mengepam darah merah bersih ke otak dan seluruh tubuh badan manusia.
.
Dalam kedudukan sujud juga, darah merah yang kaya dengan makanan dan oksygen dapat mengalir dengan pantas dan mudah kerana bantuan tarikan graviti (gravational pull). Sebab itu kalau kita sujud jangan terlalu cepat naikkan kepala kerana masa inilah darah bersih berpusu-pusu mengalir ke bahagian otak. Jangan sujud seperti patuk ayam. Inilah hikmahnya 'tomaninah' yang menjadi rukun solat.
.
Sujud juga menandakan kepatuhan serta ketundukan kepada Penguasa alam ini iaitu Allah. Jadi... kenapa masih ada orang tak solat?
.