WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 October 2008

SEJENAK BERSAMA YB DATUK MASIDI MANJUN


29.10.2008 (Rabu):

Jam 7.30 malam, majlis Hari Raya anjuran Persatuan Alumni UiTM Sabah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Selaku setiausaha agung persatuan alumni UiTM Sabah, saya gembira kerana hampir semua AJK alumni hadir termasuk Yang DiPertua iaitu YB. Datuk Masidi Manjun, yang juga Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah. Majlis ini juga dihadiri oleh tetamu dari UiTM Shah Alam, Johor dan Pahang. Turut hadir ialah wakil dari media.

Pada petang hari itu, saya menerima SMS ungkapan kata dari YB Datuk Masidi yang berbunyi "sikap & amp; pendirian kadangkala dibentuk oleh persepsi & amp; andaian - tak kenal tak cinta". Saya setuju benar dengan ungkapan ini kerana 'persepsi dan andaian' boleh menaikkan seseorang dan boleh menjatuhkan seseorang.

Semasa saya kerja dengan sebuah syarikat multi nasional di Kuala Lumpur, kebanyakan 'boss' saya menilai saya berdasarkan luaran. Bila saya bersikap pendiam, maka bos-bos saya menganggap saya tuyu (bodoh). Belum pun sampai seminggu saya bekerja di Kuala Lumpur, bos saya menguji saya dengan melantik saya menjadi juruacara (MC) dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh 200 orang usahawan. Rakan-rakan saya tersenyum 'sinis' dengan mengatakan "Ala releklah, tak perlu nervous sangat... awak buatlah macam ini....", sambil mengajar saya apa nak buat. Saya diam kerana apa yang diberitahu semuanya saya anggap 'too basic' bagi saya yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam 'public speaking'.

Apabila rakan ini melihat saya banyak berdiam, beliau menganggap saya kurang yakin dengan kemampuan saya lalu mengadu kepada bos kami. Bos kami pun panggil saya nak bagi tahu 'what to do'. "Saya nak train awak supaya awak dapat pengalaman", katanya. Inilah andaian dan persepsi mereka yang salah. Dia tak tahu bahawa 'strength' saya sebenarnya adalah 'public speaking'. Bermula dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima, sekolah menengah di Semananjung, saya sudah mendapat gelaran pembahas terbaik sekolah, 'inter school debate competition'. Malah, pendebat mewakili 'school (Fakulti) of business management and administration' UiTM Shah Alam dalam Bahasa Inggeris.

Kelemahan bos-bos saya ialah mereka gagal bertanyakan pengalaman kerja saya terutamanya 'strength' saya. Yang mereka tahu ialah 'weakness' saya berdasarkan 'perception' luaran dan based on 'hearsay' report. "Judging the book by its cover is dangerous". Yang mereka nampak ialah saya seorang berbadan gempal dan rendah maka mereka menganggap saya bertaraf 'kampungan' serta tidak memiliki kebolehan. Bukan bos-bos saya sahaja yang mempunyai persepsi yang sama malah lecturer saya pun melihat bentuk fizikal yang gempal dan rendah dari segi saiz maka mereka meng'associate' saya dengan 'dusun nun jauh di pendalaman yang serba tuyu dan 'backward' dari segi idealogy. Gurauan mereka yang keterlaluan menggambarkan perception mereka. Saya sudah masak dengan perbezaan gurauan umum dengan gurauan 'underating'. Dari pandangan mata mereka dan senyuman mereka dapat menggambarkan samada gurauan mereka itu berunsur membena atau menghina simply because saya bergaul dengan mereka sejak dari tingkatan satu hingga universiti serta bekerja dengan mereka selama 20 tahun. Perception mereka adakalanya tepat kerana memang sah saya seorang 'anak dusun' dan inilah yang membuatkan mereka berani bergurau melampaui batas ajaran islam. Ada juga soalan bodoh berbunyi "Kenapa badan kamu pendek?". Saya jawab "Tanya Allah kerana Allah yang mencipta saya".
Malam itu, seorang tetamu yang kebetulan duduk bersama dengan YB Datuk Masidi, menyatakan bahawa gambaran orang dusun biasanya badan gempal pendek sedangkan Datuk Masidi berbadan tinggi. Perception mereka ialah 'ketulinan' kedusunan Datuk Masidi Manjun seolah-olah hampir pudar. Bila ada orang dusun berbadan 'tinggi' seperti YB Datuk Masidi, maka perception mereka terhadap 'kedusunan' YB Datuk Masidi Manjun sudah berbeza. Perlu diingat, bahawa nabi Muhammad SAW menyatakan, apabila kambing hitam beranak, anak-anaknya bukan semuanya ikut hitam seperti indungnya (ibunya). Ada yang hitam dan ada yang putih dan ada yang berbelang hitam putih. Malangnya, sesetengah mereka yang bergelar 'learned people' masih berfikiran kurang matang. 'Perception' kebudak-budakan ini tetap ujud dalam sanubari mereka walaupun mereka sudah bergelar 'Profesor' atau Pengurus Besar. Persoalannya... layakkah mereka mendapat gelaran 'profesor' atau 'General Manager' jika perception mereka ditakuk lama?
Perception begini boleh 'membunuh' peluang orang lain untuk menjadi pemimpin dalam satu-satu jabatan. Malah ada yang terkedu dan terkejut beruk bila mereka tahu saya mengajar Muqaddam dan Al-Quran. Mereka tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Ada yang bertanya "bolehkah orang dusun mengajar agama islam, sedangkan mereka ini mualaf?". Ini juga persepsi yang negatif seorang 'profesor madya' dari seberang sana membuat andaian berasaskan rujukan 'buku edisi lama'. Lalu saya menambah "bahkan ramai orang dusun yang bergelar ustaz malah ada ustaz dusun yang sudah bergelar PhD".
Seorang rakan saya bergelar ustaz sedang mengambil PhD kerana tercabar bila mendengar seorang 'high ranking officer' di pejabat kemuftian membuat komen, (ditujukan kepadanya yang juga bekerja di pejabat yang sama), seperti berikut, "mana boleh dia kerja di pejabat kemuftian sedangkan dia mualaf!". Bagi saya komen seperti ini tidak wajar keluar dari mulut pegawai berkenaan. Subjek 'perception' ini juga banyak saya kupas dan bahaskan di sebuah kolej swasta semasa saya menjadi pensyarah dalam dua subjek iaitu 'consumer behaviour' dan 'organisation behaviour', kepada pelajar Diploma in Retailing Management.
 
Pendekkan cerita, waktu saya dilantik menjadi juruacara... pada hari majlis itu bermula, seperti biasa, saya sudah standby di mikrofon lebih awal. Saya memulakan acara dengan mukaddimah secara 'islamic' yang biasa saya buat di Sabah. Mata audien tertumpu kepada saya melihat orang yang belum mereka kenali, berbadan gempal, rendah, berkulit putih macam cina tapi fasih berbahasa melayu... (Ini pun andaian saya sahaja). Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir tanpa sekatan. Selepas majlis itu, ramai usahawan berdiri dan bersalaman dengan saya sambil mengucapkan tahniah dan kata-kata pujian. Mereka sempat berkenalan dengan saya sebelum bersurai. Rakan-rakan saya serta bos saya yang mempunyai 'preconcieve idea' negatif mengenai keupayaan saya, sudah tentu hati mereka bertambah 'bengkak' kerana 'MALU'. Saya diuji dengan pelbagai ujian namun saya terus MARCH ON menempah kejayaan demi kejayaan. Cerita ini panjang... dan insyaa Allah akan saya sambung dalam tajuk 'perjalanan ku' di siri seterusnya.
 
Berbalik kepada hariraya gathering alumni UiTM, walaupun sambutan sederhana tetapi kami dapat berinteraksi sesama ahli dan tetamu yang hadir. Malah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu. Walau pun majlis malam itu simple tetapi meriah. Jam 10.20 malam, kami bersurai.

Saya dan dua rakan AJK sempat singgah minum air kelapa di restoran SB Sembulan untuk mencuci perut selepas memakan makanan yang enak lagi lazat. Sekembalinya saya ke rumah, saya terfikir semula kata-kata seorang 'tetamu professor' majlis raya malam itu mengenai perception beliau terhadap 'kedusunan' YB Datuk Masidi. Secara kebetulan, SMS YB Datuk Masidi petang tadi mengenai perception benar-benar 'jived' atau 'ngam betul' dengan kata-kata (perception) seorang 'profesor' yang juga menjadi tetamu alumni malam itu.


29 October 2008

KHATAM AL-QURAN KE 2

.
MAJLIS KHATTAM YANG KE 2 :

Seramai 12 orang telah khatam Al-Quran kali ke 2 di Masjid Negeri Sabah. Pelajar-pelajar ini memakan masa 9 bulan untuk khatam. Kini ada pelajar ini meneruskan bacaan mereka bagi pusingan ke 3 yang turut disertai oleh beberapa muka baru.
.
Pelajar baru ini terdiri daripada pesara, pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan pelajar. Bila pesara di tanya, mereka menjawab bahawa 'mengaji Al-Quran' adalah aktiviti berterusan untuk mendapatkan 'syafaat' dan saham akhirat.
.
Saya telah mengingatkan pelajar saya supaya terus meningkatkan mutu ilmu dan bacaan mereka dengan berguru dengan seramai mungkin guru yang mahir dalam ilmu tarannum, tajwid, tafsir malah belajar bahasa arab supaya faham akan isi Al-Quran dan seterusnya mengamalkannya. Mereka juga diingatkan supaya menyebarkan kepada orang lain sesuai denga hadis nabi yang berbunyi "sebaik-baik orang yang belajar Al-Quran ialah belajar dan mengajar", 'of course' dengan niat kerana Allah.
.

28 October 2008

BERHARI RAYA DI RUMAH YB.DATUK SAIRIN KARNO

26.10.2008 (Ahad):
-
Jam 12.30 berkunjung ke rumah YB Datuk Sairin. Walau pun hujan lebat, saya dan keluarga saya sempat juga datang. Sambil bersalaman di luar rumah, Datuk Sairin sempat meminta nombor telefon saya. Beliau terus mempersilakan saya masuk dan menjamu selera.
-
Majlis itu bermula pada jam 11.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang. Saya lihat ramai pengunjung pelbagai agama yang datang. Sesak kawasan rumah dengan pengunjung yang ramai. Datuk Yong Teck Lee, YB. Mokhtar Radin antara kenamaan yang hadir. Dari Keningau pun ramai yang turun. Saya sempat berbual mesra dengan kawan-kawan lama dari Tambunan dan Keningau sambil menjamu selera. Saya tidak sempat duduk kerana terlalu ramai pengunjung. Lagi pun kawan-kawan lain lebih suka berdiri dari duduk.
Jam 1.30 petang kami pulang kerana ada jemputan lain menunggu. Kami datang masa hujan, balik pun masih hujan.
-

HARI RAYA DI KG SANDAPAK BINGKOR KENINGAU

27.10.2008 (Isnin):
Saya dan keluarga bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 11.00 pagi untuk menghadiri majlis hariraya di Kg Sandapak Bingkor Keningau. Kami melalui jalan Kimanis/Keningau buat kali pertamanya sambil meneroka jalanraya. Memang betul kata rakan-rakan saya bahawa jalanraya Kimanis terlalu curam dan tinggi. Kelajuan kereta 'auto gear' saya hanya 10 hingga 20 km sejam mendaki bukit. Tiba di Kg Sandapak jam 12.50 petang dan doa memulakan majlis baru sahaja selesai. Ratusan jemputan sudah duduk di bawah khemah yang disediakan. Majlis tersebut diadakan sempena perasmian surau baru Kg Sandapak.
Macam mana pula saya dijemput ke majlis ini?
Satu ketika semasa saya menghadiri majlis hari raya di balairaya Kg Melout Kirokot Tambunan, seorang imam dari Keningau menunjukkan saya surat layang mengenai penghinaan serta ugutan terhadap Jawatan Kuasa Surau Kg Sandapak. Surat layang itu diterima oleh Jawatan Kuasa Surau Kg Sandapak bulan Ramadhan 2008. Surat layang itu menyatakan kononnya azan surau itu mengganggu penduduk di sekitarnya yang majoritinya orang-orang bukan islam. Dalam surat layang itu, penulis mendakwa bahawa zaman nabi Muhammad tidak pernah menggunakan corong pembesar suara. Penulis surat layang itu mengugut akan membuang kepala babi di surau itu jika azan berterusan. Setelah membaca surat itu, dari Kg Melout saya terus ke Surau Kg Sandapak ingin tahu perkara sebenar. Saya sampai di Kg Sandapak tepat pada waktu azan isyak di surau berkenaan sedang dikumandangkan. Selepas solat berjemaah, saya bertanya hal sebenar siapa yang disyaki menulis surat layang tersebut. Jawatankuasa surau memberi nama yang disyaki berdasarkan pengalaman mereka. Mereka juga sempat mengambil nama dan nombor telefon saya, sebagai individu prihatin, sebab itulah barangkali saya termasuk dalam senarai jemputan.
Pada hemat saya, penulis surat layang itu adalah terpelajar berdasarkan tulisannya dalam surat layang. Penulis cuba menimbulkan keadaan yang boleh menggugat perpaduan antara agama. Penulis itu juga cuba menyekat agama islam dari terus berkembang khususnya di kawasan Bingkor. Dan difahamkan semua gereja di seluruh Keningau telah menerima surat layang tersebut mungkin untuk menghasut pengikut agama lain.
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa surau itu telah membuat laporan polis dan 'suspek' telah pun dipanggil ke balai polis untuk disoal-siasat.
Inilah cerita hangat yang menjadi topik perbincangan saya dengan beberapa Jawatankuasa surau Kg Sandapak. Perbincangan kami tersekat kerana jawatankuasa pelaksana majlis sambutan hariraya tiba-tiba mempelawa kami mengambil lauk ikan peliharaannya sendiri. Maka terputuslah perbincangan kami seketika. Disamping itu lagu hariraya pun berkumandang.
Saya dan keluarga meninggalkan majlis kira-kira jam 3.00 petang untuk solat di Kg Tudan Baru kerana tidak dapat solat di surau Kg Sandapak kerana suasana bising dengan pembesar suara. Saya syorkan supaya Jawatankuasa surau Kg Tudan Baru minta peruntukan dari wakil rakyat untuk membena tandas moden yang lebih besar.
Saya balik ke Kota Kinabalu jam 5.00 petang setelah singgah di rumah mertua di Kampung Karanaan Tambunan selama sejam lebih. Hari ini kami berjaya mengelilingi serta menakluki Banjaran Kroker bermula dari Kimanis mengelilingi Tambunan/Gunung Emas/Penampang dan back to Kota Kinabalu. Jam 8.00 malam tiba di Masjid Negeri Sabah dan pelajar mengaji sudah bersedia mengaji. Surah Al-Ahzab selesai dibaca kira-kira jam 9.50 malam. Penat rasanya badan tetapi semangat dan 'komitmen dakwah' tetap membara dan terus 'march On'.

26 October 2008

What does the Qur'an say about Christians?

Answer:

In the Qur'an, Christians are often referred to as among the "People of the Book," i.e. people who have received and believed in previous revelation from God's prophets. There are verses that highlight the commonalities between Christians and Muslims, and other verses that warn Christians against sliding towards polytheism in their worship of Jesus Christ.
Commonalities:

"Surely those who believe, and those who are Jews, and the Christians, and the Sabians -- whoever believes in God and the Last Day and does good, they shall have their reward from their Lord. And there will be no fear for them, nor shall they grieve" (2:62, 5:69, and many other verses).

"...and nearest among them in love to the believers will you find those who say, 'We are Christians,' because amongst these are men devoted to learning and men who have renounced the world, and they are not arrogant" (5:82).

"O you who believe! Be helpers of God -- as Jesus the son of Mary said to the Disciples, 'Who will be my helpers in (the work of) God?' Said the disciples, 'We are God's helpers!' Then a portion of the Children of Israel believed, and a portion disbelieved. But We gave power to those who believed, against their enemies, and they became the ones that prevailed" (61:14).

Warnings:

"If only they [i.e. Christians] had stood fast by the Law, the Gospel, and all the revelation that was sent to them from their Lord, they would have enjoyed happiness from every side. There is from among them a party on the right course, but many of them follow a course that is evil" (5:66).

"Oh People of the Book! Commit no excesses in your religion, nor say of God anything but the truth. Christ Jesus, the son of Mary, was (no more than) a messenger of God, and His Word which He bestowed on Mary, and a spirit proceeding from Him. So believe in God and His messengers. Say not, 'Trinity.' Desist! It will be better for you, for God is One God, Glory be to Him! (Far exalted is He) above having a son. To Him belong all things in the heavens and on earth. And enough is God as a Disposer of affairs" (4:171).

"The Jews call 'Uzair a son of God, and the Christians call Christ the son of God. That is but a saying from their mouth; (in this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. God's curse be on them; how they are deluded away from the Truth! They take their priests and their anchorites to be their lords in derogation of God, and (they take as their Lord) Christ the son of Mary. Yet they were commanded to worship but One God: there is no god but He. Praise and glory to Him! (Far is He) from having the partners they associate (with Him)" (9:30-31).

Why our 'Doa's are not answered

by : Ibn Rajab al Hanbali from Khushu' fis-salah

Ibrahim ibn Adham - may Allah have mercy on him - a third century scholar, a teacher and a companion of Sufyan ath-Thawri, was asked about the saying of Allah - the Most High:

"and your Lord says: "Call on me I will answer your prayer..." [40:60]
"We supplicate and we are not answered." So he said to them:

You know Allah, Yet you do not obey Him,
You recite the Qur'an, Yet do not act according to it,
You know Shaitan, Yet you have agreed with him,
You proclaim that you love Muhammad Yet you abandon his Sunnah,
You proclaim your love for Paradise, Yet you do not act to gain it,
You proclaim your fear the Fire, Yet you do not prevent yourselves from sins,
You say "Indeed death is true", Yet you have not prepared for it,
You point out the faults with others, Yet you do not look at your faults,
You eat of that which Allah has provided for you, Yet you do not thank Him,
You bury your dead, Yet you do not take a lesson from it."

SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KG PATAU TAMBUNAN

Pada 26.10.2008
Kira-kira jam 2.30 petang saya dan keluarga saya tiba di surau Kg Patau Tambunan. Kami adalah dikalangan yang terawal sampai ke surau Patau. Umat Islam dari Kg Patau masih ramai lagi yang belum datang. Sambil menunggu kami berborak-borak mengenai isu semasa.
Jam 3.20 petang, saya mengimamkan solat asar dan dikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh ustaz Suhaidi Ag Damit. Setelah selesai berdoa, kami berkumpul di ruang makan bersebelahan dengan surau untuk menjamu selera. Rumah itu penuh dengan umat islam yang masing-masing membawa juadah 'pot luck' dari rumah masing-masing.
Pelbagai makanan yang dihidang. Kolopis, 'bosou', sambal jawa, pulut dalam 'kukuwanga' (periuk kera) dan pelbagai lagi juadah dihidang. Periuk kera memang banyak di Kg Patau. Tidak lama kemudian Puan Norsuhana, Ketua Wanita USIA Bahagian Tambunan pun sampai bersama dengan anak-anaknya. Bertambah meriah lagi suasana bila lebihan wang raya USIA Bahagian Tambunan diagih-agihkan kepada kira-kira 35 orang kanak-kanak islam dan kanak-kanak bukan islam. Puan Suhana memberi penghormatan kepada saya untuk mengagih-agihkan wang raya kepada kanak-kanak. Jam 5.00 petang Puan Suhana meninggalkan majlis dengan penuh kesyukuran kerana berpeluang bertemu dengan umat islam di Kg Patau. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Norsuhana kerana sudi hadir membawa 'angpow' sebagai hadiah kepada kanak-kanak muslim di Patau.
Jam 5.40 petang kami bertolak ke Kg Karanaan Tambunan untuk singgah sebentar di rumah bapa mertua saya. Setelah solat magrib, saya tidur sebentar untuk mengelakkan mengantuk dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Jam 9.30 malam, kami bertolak ke Kota Kinabalu dan tiba di rumah kira-kira jam 11.10 malam.

25 October 2008

I AM JUST A BEGINNER

To all readers and visitors of my blog, your comments and suggestions are very much needed in order to improve this blog. If you have suggestions, feel free to email to: jjabcgroup@gmail.com

Thank you.

KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH

-
-
Kelebihan Alam Nasyrah.-
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
-
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
-
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
-
Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah):
-[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
 
-Tamat-

JANGAN SEPERTI SAYA DULU....

Dulu kawan-kawan sekerja saya mengajak saya mengaji Al-Quran tetapi saya menjawab "saya boleh baca Quran... cuma tajwid saja kurang". Alasan ini menjadi benteng saya supaya kawan-kawan saya tidak mentertawakan saya. Tiga tahun saya berbentengkan jawapan yang sama sehingga ramai ustaz membatalkan hasrat mereka mengajar saya mengaji. Kalau dalam majlis baca yassin & tahlil, saya akan cari Yassin yang ada terjemahan arab dalam bahasa rumi. Orang lain baca arabnya tetapi saya baca yassin dalam tulisan rumi!!. Pun orang tak tahu yang saya baca rumi kerana bacaan saya tidak kedengaran oleh sesiapa kecuali saya sendiri.
Dalam majlis khattam, setiap pembaca akan membaca secara bergilir. Sebelum tiba giliran saya, saya pura-pura keluar ke tandas untuk buang air kecil. Saya sengaja lama-lama di tandas mengharapkan Quran di atas rehal itu akan melepasi giliran saya. Hanya apabila rehal sudah berlalu jauh kepada orang lain, barulah saya balik semula mengambil tempat duduk asal saya. Walhal memang mengelak membaca kerana takut 'kedapatan' tak tahu baca Quran. Inilah penipuan demi penipuan saya....menipu diri sendiri..... Orang lain dah khatam 30 juzu tetapi saya masih lagi dengan alasan lama yang sama iaitu ".....cuma tajwid saja yang kurang".
Jadi...kepada mereka yang belum mahir membaca Quran tetapi ingin belajar membaca Al-Quran.... jangan ada alasan seperti saya. Buanglah sikap malu dan mula belajar membaca Quran dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, saya belajar dari kesilapan dulu dan kini telah membuka lebih dari 30 buah kelas bermula dari tahun 1991. Permintaan sangat tinggi sekarang dari golongan yang sedar tetapi apakan daya tangan tak sampai. Bermula dari hanya 3 orang pelajar pada tahun 1991 bertambah menjadi 23 orang satu kelas pada tahun 2006 hingga kini. Golongan sedar semakin ramai dan ini mendorong saya untuk terus membuka kelas. Pelajar-pelajar saya yang telah khattam kini saya bimbingi menjadi tenaga pengajar. Saya telah menyediakan modul 'Training of Trainers' atau T.O.T. Moga-moga usaha kecil ini dapat berkembang dengan niat yang ikhlas iaitu hanya kerana Allah.
Jadi...jangan seperti saya dulu.

ALHAMDULILLAH

Pada 24.10.2008 saya dan rakan-rakan saya dalam USIA Tambunan telah selesai mengadakan majlis Aidil Fitri terbuka bertempat di perkarangan masjid daerah Tambunan. Majlis bermula selepas solat Jumaat. Dianggarkan lebih 250 orang hadir termasuk 'non-muslims' dan kanak-kanak. J/Kuasa wanita USIA, yang diketuai oleh Puan Norsuhana Abdullah, bertungkus lumus menyediakan juadah. Kanak-kanak seronok kerana bukan sahaja mereka dapat menjamu selera malah dapat duit raya.

Alhamdulillah, pada hari ini kami berjaya mengislamkan dua orang saudara baru. Sebelum majlis bermula, sdr Donny, atau nama islamnya Muhammad Donny, berbangsa dusun dari Kg Tanaki Tambunan melafaz dua kalimah syahadah di masjid daerah Tambunan. Selepas solat asar, seorang lagi wanita bernama Kartina, berbangsa murut berumur kira-kira 32 tahun, dari Nabawan telah memeluk agama islam. Saya sendiri yang mengislamkan wanita itu dengan disaksikan oleh Pegawai JHEAINS, Ketua Bahagian USIA Tambunan, Ketua Wanita USIA, Imam rawatib masjid Tambunan dan beberapa AJK USIA bahagian Tambunan. Moga-moga saudara kita ini akan terus beriman. Saya memohon agar wanita USIA membuat susulan agar kemasukan mereka dalam islam benar-benar terjaga. Sesungguhnya ini telah menjadi sejarah bagi USIA Bahagian Tambunan kerana berjaya mengislamkan dua orang serentak pada masa USIA Tambunan mengadakan majlis Aidil Fitri di masjid Tambunan.

Pada jam 6.30 malam, setelah saya melaksanakan solat magrib di masjid dearah Tambunan, saya terus ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, di Gunung Emas hingga menghampiri Moyog, jalannya licin kerana hujan dan berkabus tebal yang melambatkan perjalanan saya ke Kota Kinabalu. Jam 8.30 malam, saya tiba di Masjid Negeri Sabah. Saya melihat beberapa pelajar kelas Al-Quran, sedang menanti kedatangan saya. Walaupun saya lewat sampai, pelajar saya tetap setia menanti. Jam 10.15 malam saya selesai surah As-Sajadah. Saya dipelawa sdr Aziz Hj Salleh berhari-raya di rumahnya di Taman Sempelang sembulan. Jam 11.45 malam barulah sampai di rumah. Orang rumah dan anak-anak saya sudah lama tergolek.

23 October 2008

PERJALANAN KU - SIRI 1

Saya dilahirkan pada 10.03.1957 iaitu 52 tahun yang lalu di Kg Pegalan Tambunan, sebuah kampung yang terlalu 'remote' kerana pada ketika itu tiada jalanraya tiada letrik, tiada paip air dan tiada kemudahan lain seperti sekolah. Mujurlah ada bekalan air graviti yang disalurkan sendiri menggunakan bambu panjang yang disambung-sambung. Di sinilah kami hidup beberapa tahun. Sekolah yang terdekat ialah Native Voluntrary School (NVS) Patau iaitu kira-kira 6 batu dari rumah usang kami. Penduduk Kampung Pegalan ini tidak sampai 5 buah rumah. Hidup kais pagi makan pagi.
-
Ibubapa saya peladang dan petani yang serba kurang. Saya mempunyai tiga abang, dua kakak dan seorang adik. Saya anak yang keenam. Ubi kayu, ubi manis, padi sawah, padi bukit semuanya saya telah merasa sebagai makanan harian kami. Ayah dan ibu saya kedua-duanya buta huruf. Kami beradik juga mungkin buta huruf kalau bukan kegigihan ayah saya dan beberapa penduduk Kg Patau mendirikan sekolah bambu. Lebih banyak ponteng dari bersekolah kerana terlalu jauh meredah hutan, mendaki bukit, menuruni lurah dan bergelomang dengan lumpur. Namun perjalanan ke sekolah biasanya pantas kerana kaki ayam mencengkam pada permukaan bukit yang licin. Lagi pun tak mampu beli kasut.
-
Walau pun tinggal dikampung nun jauh di hutan, namun pelbagai usaha kami buat. Kami menternak ayam, itik, kerbau, kuda. Kekadang kami memelihara anak monyet dan beruk sebagai hiburan kami. Ayah saya sendiri yang menangkap anak-anak beruk dan monyet itu kerana ayah saya seorang pemburu yang cekap. Ayah saya juga bergerak pantas dengan menunggangi kudanya bernama 'bintang tunggaring'. Seringkali menang dalam perlumbaan kuda di Tambunan, Keningau dan sesekali ke Api-Api (kini Kota Kinabalu) pada awal tahun 60an. Malu mau cakap di sini tetapi inilah hakikat sebenar mengenai hobi bapa saya dulu.
-
Kami juga menanam kopi dan pisang. Sesekali ke sungai Pegalan menangkap ikan samada menyelam dan memanah atau pun merambat ataupun 'magasak' (mengeringkan sungai dengan mengalihkan saluran sungai). Emmm... memang sedap makan ikan sungai yang dibakar. Buah-buahan seperti langsat, bambangan, salak, rambutan, tarap menjadi makanan segar. Ada yang manis, ada juga yang masam dan kelat tapi bedal saja.
-
Kampung kami tiada surau dan tiada ustaz yang mengajar pelajaran ugama islam. Tak solat, tak puasa kerana tak tahu bila berpuasa dan bila waktu solat kerana tak mampu beli radio. Kami semua tak pernah mengucap dua kalimah syahadah. Bila kami masuk islam pun kami tak tahu. Masuk islam secara tidak disedari. Tiba-tiba jadi pengikut islam. Apa itu halal haram pun tak tahu sehingga saya pernah makan tenggiling. Masa kecil saya bergelumang dengan babi dan anjing. Babi menjadi buruan saya termasuk menangkap anak-anak babi dengan tangan sendiri. Saya pernah digigit anak babi. Hari-hari bergusti dengan anjing kerana anjing-anjing kami sangat taat kepada tuannya.
-
Seawal 1950, ayah saya berusaha membena jalanraya dengan menggunakan cangkul dari kg mangi-Pangi hingga ke Kg Patau. Setelah jalanraya siap, ayah saya mula mengasaskan pembenaan sekolah di Kg Patau Tambunan dengan bantuan penduduk dari pelbagai kampung seperti Kg Patau, Kg Lobou, Kg Babagon, Kg Mahua, Kg Kirokot dan disekitarnya. Dengan menunggangi kuda, beliau berulang-alik berjumpa Residen di Keningau untuk membuka sekolah rendah. Akhirnya pada tahun 1955, sebuah sekolah di Patau telah didirikan dengan nama Native Voluntarary School (NVS) Patau. Dua orang abang saya dan seorang kakak adalah diantara murid pertama memasuki kelas darjah satu. Mereka ke sekolah dengan berjalan kaki hingga 5 batu jaraknya.
-
Akhirnya pada tahun 1955, ayah saya membawa kami berhijrah dari Kg Pegalan ke Kg Patau kerana tak sanggup melihat anak-anaknya berjalan jauh meredah hutan ke sekolah. Di Kg Patau, rumah kami tidak jauh dari NVS Patau sebab itu lima minit sampai ke sekolah. Penghijrahan kami ke Kg Patau mendapat tentangan dari penduduk kampung Patau kerana kononnya kami bukan penduduk asli Patau. Segala tomahan terhadap ayah saya dan keluarga diterima dengan sabar asalkan persekolahan anak-anaknya tidak terganggu. Abang-abang saya semakin membesar di Patau dengan penuh yakin. Untuk menangkis tomahan orang-orang kampung, ayah saya terpaksa merantau mencari ilmu persilatan dan 'ilmu batin' sehinggalah ke Bandung Indonesia. Sekembalinya ayah saya dari Bandung Indonesia, ayah saya membuka gelanggang persilatan yang lebih dikenali dengan 'kuntau' dan diselitkan dengan 'mandung-mandung' (tarian silat). Ayah saya menjadi guru silat yang terkenal di pendalaman sehinggakan mereka yang membenci tidak berani lagi melemparkan tomahan. 'Mandung-mandung' berasal dari perkataan 'bandung' iaitu nama tempat. Tarian silat ini adalah 'bersahaja' sebagai hiburan dikalangan pelajar-pelajar silat yang ditarikan selepas penat berlatih silat. Dengan ilmu silat dan ilmu batin, ayah saya berjaya melatih ribuan anak murid di Pendalaman Sabah dan ratusan juga yang telah memeluk agama islam.
-
Nama glamor ayah saya ialah 'Dihol' (nama asal sebelum masuk islam). Setelah masuk islam, namanya ditukarkan menjadi Abdullah Dihol bin Awang (nama asal Awang ialah Linggawang seorang pengikut Mat Salleh, pahlawan Sabah). Insyaa Allah sejarah dalam cerita ini akan dimuatkan dalam blog baru bertajuk 'Abdullah Dihol bin Awang'. Orang dari Kg Karanaan Ranau, Kg Sosondoton Ranau dan Kg Toboh Ranau menyebut nama ayah saya 'Abidulah' (loghat dusun). Ayah saya memang tidak asing lagi di Kg Karanaan Ranau kerana sememangnya beliau berasal dari kampung itu sedangkan ibu saya berasal dari Kampung Mallapi iaitu diantara Kg Patau dan Kg Pegalan. Asal kedua orang tua saya bukan islam sebab itu di awal tulisan ini saya menyatakan bahawa buruan saya adalah 'babi' dikampung, bukan untuk dimakan tetapi semata-mata menjadi 'target' lembing, 'lastik' dan pisau belati kerana terpengaruh dengan katun & wayang tarzan. Masa budak-budak memangnya nakal kerana menyeksa haiwan seperti babi dan anjing yang kebetulan bertandang ke kawasan rumah kami dan merosakkan landscape halaman kami. Zaman kanak-kanak memang tak tahu erti 'dosa' kerana tiada surau dan tiada ustaz yang membimbing.
-
(bersambung....)

21 October 2008

MOTIVASI KEPADA MUALLAF

Bagi muallaf yang mempunyai kemusykilan mengenai kehidupan sebagai seorang muallaf, boleh mendapatkan khidmat nasihat berbentuk motivasi daripada:
  1. Unit Pendidikan USIA Tambunan
  2. Pertubuhan Perhimpunan Muallaf Sabah (PMS)
atau e-mail kepada: janis.abdullah@gmail.com

RAYUAN SUMBANGAN KEBAJIKAN


Alhamdullah, bulan Ramadhan tahun ini, satu rombongan mualaf telah mengagihkan sumbangan berupa beras kepada muallaf di Kg Patau. Walau pun sumbangan ini sedikit, namun hasrat penderma telah tercapai apabila sumbangan mereka telah sampai kepada mereka yang berhak.

Kepada tetamu yang dihormati, anda dialu-alu untuk memberikan sumbangan kebajikan untuk saudara islam muallaf yang miskin. Sumbangan ini termasuklah:
  1. Buku-buku lama seperti buku agama

  2. Pakaian terpakai

  3. Al-Quran, yassin

  4. Sejadah

  5. Lain-lain sumbangan
Sila hubungi :Janis Abdullah, (Tel: 013-8693148 atau Email: janis.abdullah@gmail.com)

20 October 2008

BELAJAR ASAS AL-QURAN

Pelbagai kaedah belajar Al-Quran boleh dipelajari dari Masjid Negeri Sabah. Kaedah yang digunakan adalah mengikut kesesuaian pelajar. Apa jua kaedah yang digunakan, semuanya untuk mencari keredaan Allah.
1. Kelas Al-Quran asas: Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, jam 8.00 Malam.
2. Kelas muqaddam: Setiap hari Sabtu dan Ahad jam 2.00 Petang
Bahan bantu digunakan : 1. Buku muqaddam karangan Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz 2. Power Point (LCD Projector) 3. Al-Quran dan Terjemahan.
Bahasa digunakan: Bahasa Melayu dan Inggeris
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Janis Abdullah, Masjid Negeri Sabah (HP: 013-8693148 atau e-mail: janis.abdullah@gmail.com)