.
Membaca Al-Quran walau dalam keadan tergagap dan tersekat-sekat, mendapat DUA pahala.
.
Hadis adalah seperti berikut :-
.
الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران

Ertinya :
Ertinya :
.
Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala. ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550).
.
Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa orang yang mahir membaca ayat-ayat Al-Quran adalah bijak dan akan bersama para Rasul. Manakala mereka yang membaca dengan tersekat-sekat, maka baginya dua pahala, iaitu pahala bacaan serta pahala melawan kesukaran yang dihadapinya. (Syarah Sohih Muslim)

Umat Islam hari ini semakin ramai yang sedar bahawa mereka tidak mahir membaca Al-Quran dengan baik, walau dengan cara melihat mushaf. Justru, mereka yang berusaha belajar membaca walaupun tersekat-sekat akan mendapat dua pahala.

p/s. Kepada sesiapa yang berada di Kota Kinabalu (terutama yang berhampiran dengan Masjid Negeri Sabah Sembulan) dan ingin belajar muqaddam, hubungi 013-8693148 untuk pendaftaran kelas baru bermula dari Alif, Ba, Ta, yang akan diadakan selepas sahaja kelas sekarang khatam pada tahun ini.
.
No comments:
Post a Comment