Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Showing posts with label PIBG sanzac. Show all posts
Showing posts with label PIBG sanzac. Show all posts

19 September 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN SMK SANZAC

.
Kota Kinabalu, 15.09.2009 (Selesa):-
.
Majlis perasmian penutupan program kemerdekaan peringkat SMK Sanzac telah disempurnakan oleh Janis Abdullah (Yang DiPertua PIBG) bertempat di dewan terbuka sekolah baru-baru ini. Majlis ini dihadiri oleh semua pentadbir sekolah, guru-guru serta pelajar tingkatan satu, dua dan empat. YDP PIBG juga turut menyumbang insentif berupa wang kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar agar tekun belajar untuk meraih kecemerlangan akademik.
.
Selain daripada itu, beberapa hadiah juga telah disampaikan kepada pemenang pelbagai pertandingan seperti pertandingan bilik darjah kemerdekaan, pertandingan melukis Poster Tingkatan 4, 5 & 6, Mencipta Kad ucapan Kemerdekaan Tingkatan 1, 2 & 3, Pertandingan syarahan kemerdekaan dan pertandingan menulis seni khat.

Sementara itu, YDP menyeru para pelajar supaya terus berusaha untuk mencemerlangkan diri dalam akademik dan menasihati agar berhati-hati dalam pergaulan sosial kerana cabaran masa kini terlalu kuat kerana pengaruh negatif internet dan pergaulan yang bebas. Generasi 'F' yang ada sekarang terlalu terdedah dengan budaya negatif sebab itu ramai yang terjerumus dalam kancah yang memalukan diri sendiri dan keluarga. Akhirnya pelajar yang terjerumus akan terkandas dalam pelajaran kerana terpaksa digantung atau dibuang sekolah.

Atas: Janis Abdullah (YDP PIBG) berucap dan seterusnya merasmikan penutupan program kemerdekaan.


Atas: Sebahagian dari guru-guru yang turut menjayakan majlis tersebut.

Atas: Cikgu Diuh Balimbang, Pengetua turun memberi ucapan alu-aluannya.


Atas: Penyampaian anugerah cemerlang kepada pelajar.


Atas: Insentif dihulur kepada pelajar untuk memberi motivasi agar terus berusaha.

Atas: Insentif pelajar berupa wang tunai sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang terus menyerlah dalam akademik


Atas: "Tahniah kerana cemerlang dalam bidang akademik. Teruskan usaha", demikianlah kata-kata motivasi yang dibisikkan oleh Janis Abdullah, YDP PIBG, kepada pelajar ini.
.

30 June 2009

HARI KOPERASI SMK SANZAC

:
PHOTO GALLERY

Above: SMK SANZAC students participating the open stall business as a good way to build-up interest on business.

Above: Talking about having meeting among cooperative members, those empty seats means some members did not attend the meeting which reflect the actual 'members-taking for granted' attitude. These students were actually performing sketch as to why some cooperatives failed in their business.


Above: Ir. Datu Jamigul bin Hj Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah was given the hand from Janis abdullah and encik Diuh Balimbang, after planting a flower to mark the launching of cooperative week celebration.

Above: Puan Rokayah from Lembaga Pembangunan Koperasi Kota Kinabalu is seen planting the flower during the launching ceremony of SMK SANZAC cooperative week celebration.

Above: Janis Abdullah presenting hamper to award winning student in the various categories of competition in conjunction with cooperative week.

Above: Janis abdullah watering the newly planted flower during the ceremony while Ir. Jamigul Salin and encik Diuh Balimbang look-on.

Above: Janis presenting the award to the winner of various competition during cooperative week celebration.

Above: Sanzac dikir barat (national 2Nd Runner sup 2009), performing their talent during the ceremony. Last year (2008) this group emerged national champion.


Above: Janis Abdullah presenting award to winner during cooperative week celebration.

Above: School representative, Nurul Afifah binti Janis, delivering the key notes address from Ketua Pengarah Pelajaran


Above: Puan Rokayah watering the flower just planted by her


Above: Ir Datu Jamigul is seen watering the newly planted flower planted by him during the ceremony.
Above: Another planting session by Janis Abdullah while encik Diuh Balimbang (SMK SANZAC principle) and Ir. Datu Jamigul look on.

Above: Student receiving a token from Janis Abdullah for winning certain category during the week celebration.

18 June 2009

PHOTO PILIHAN HARI INI

Photo of the day
oooooo)))))))o((((((oooooo



17 June 2009

HARI GURU SANZAC 2009 MERIAH - PART 2

Sambungan dari Part 1 ......
Atas: Foto beberapa lagi guru yang menerima ole-ole dari pelajar yang di sampaikan oleh YDP PIBG.

Atas: Menyanyi lagu 'guru malaysia' setahun sekali sempena hari guru, semestinyalah lupa senikata.

Atas: Tidak habis-habis dengan ucapan YDP al-maklumlah pantang sungguh disuruh berucap.


Atas: Pengetua juga tidak ketinggalan menerima ole-ole dari Pelajar yang disampaikan oleh YDP.

Atas: Inilah kumpulan Nasyid SMK SANZAC yang turut mempersembahkan nasyid mereka sempena hari guru SMK Sanzac bagi tahun 2009.

Atas: Persembahan silat turut dari pelajar SMK Sanzac. Walaupun baru setahun jagung, persembahan mereka kelihatan mantap sehingga ada dua pelajar Sanzac terpilih mewakili Sabah dalam pertandingan silat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.


Atas : Encik Diuh Balimbang, Pengetua SMK Sanzac sedang menyampaikan cenderahati kepada Janis abdullah, YDP setelah selesai perasmian yang dibuat oleh YDP.


Atas: Seorang lagi guru menerima ole-ole guru paling 'comel' menurut penilaian panel pelajar.

Atas: Acara merebut kerusi juga meriah kerana acara ini menggamatkan suasana di dewan terbuka Sanzac.

Atas: Aksi Pelajar dalam persembahan silat 'wira tempur' satu lawan tiga.

Atas: Backup kumpulan nasyid yang menjadi tunjang kepada kejayaan kumpulan ini supaya terus unggul


HARI GURU SANZAC 2009 MERIAH - PART 1



SANZAC 29.05.2009 (Jumaat):-

Pelbagai acara telah diadakan di perkarangan SMK SANZAC sempena majlis sambutan hari guru baru-baru ini. Majlis ini dianjurkan oleh pelajar sekolah yang diketuai oleh pelajar tingkatan 6 dan disokong oleh pelajar lain.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah acara menyanyi lagu 'Guru Malaysia', persembahan nasyid, koir, sajak pelbagai bahasa, persembahan seni silat, acara memotong kek, aktiviti sukaneka seperti peraduan makan buah, isi air dalam botol dan rebut kerusi.

Pihak penganjur juga menyediakan hadiah kepada semua guru-guru serta anugerah pelbagai kategori seperti guru paling ceria, paling aktif, paling comel dan paling sporting.


Atas: Acara memotong kek dilakukan oleh Encik Diuh Balimbang (Pengetua), Encik Janis Abdullah (YDP PIBG) dan Encik Hashim (guru penyelaras Tingkatan 6) sementara Puan Faezah (Penolong Kanan) hanya memerhati.
Atas: Guru-guru sedang menyanyikan lagu 'Guru Malaysia', mmm... lirik tak hafal lagi ke..?


Atas : Encik Janis Abdullah, YDP PIBG SANZAC sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut

Atas: Cikgu Hashim sedang menerima hadiah pelajar yang disampaikan oleh YDP PIBG.

Atas: Kelihatan Usth Amelia Khanna sedang menerima hadiah sementara guru-guru yang lain berbaris menunggu giliran mereka .

Atas: Apa agaknya yang diperkatakan oleh cikgu Suryani ini? Mungkin nak 'offer' lebih banyak buah-buahan kepada Pengetua yang sememangnya sangat meminati buah ini. Sebenarnya ini adalah acara peraduan memakan buah.

Atas : Para 'penyokong' peraduan yang terdiri dari pelajar ini begitu 'nervous' sekali takut pasukan favorite mereka kalah dalam pertandingan makan buah.
Atas: Hari yang paling bermakna bagi guru-guru ialah disaat-saat menerima hadiah pemberian pelajar mereka sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang menyumbang-bakti mendidik mereka.

Atas: Persembahan Nasyid Pelajar sempena perayaan hari guru.

Atas : Para pelajar sedang mendeklamasi sajak dalam perbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Dusun, Bahasa Arab sebagai tanda kepelbagaian kaum.

Atas : Encik Diuh Balimbang menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya membacakan ucapan dari Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran sempena perayaan hari guru tahun 2009.



11 April 2009

SUKAN SMK SANZAC

KOMPLEKS SUKAN LIKAS:
SUKAN SMK SANZAC SEDERHANA TAPI MERIAH


Atas: Kelihatan Dr Kassim menyampaikan hadiah kepada pemenang


Atas: Kontinjen pengakap

Atas: Perbarisan rumah

Atas: Senamrobik semasa perasmian penutupan


Atas: Acara perbarisan semasa penutupan



Atas: Acara perbarisan semasa penutupan kejohanan


Atas: Kontinjen Perbarisan terbaik

Atas: Pengetua SMK SANZAC menyampaikan cenderahati kepada Dr Kassim, Pegawai Pelajaran Daerah


Atas: Foto bersama olahragawan dan olahragawati kejohanan 2009


Atas: Antara yang turut menyaksikan kejohanan tersebut

Text Color