WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

27 April 2010

GALERI FOTO DINNER ALUMNI UiTM SABAH-PART 2


-

Kota Kinabalu:-

-


Kira-kira 600 orang telah menghadiri majlis makan tahunan anjuran Persatuan Alumni UiTM Sabah bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini. Turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Penaung Persatuan Alumni UiTM Sabah, YB. Datuk Masidi Manjun, Yang DiPertua Persatuan Alumni UiTM Sabah, beberapa menteri Sabah, Pentadbir UiTM Shah Alam dan UiTM Sabah.

-


Antara acara pada malam itu ialah persembahan nyanyian artis tempatan Sabah, tarian tradisi, penyampaian sumbangan komputer kepada RAY Tambunan serta cabutan tikit bertuah.

-


Atas: Penyambut tetamu berbaris menanti ketibaan tetamu kehormat.

Atas: Para penyambut tetamu bersiap siaga menyambut Ketua Menteri
Atas: Alumni UiTM turut bersedia menyambut kedatangan Ketua Menteri


Atas: Akhirnya tetamu kehormat, YAB Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah muncul kira-kira jam 7.40 PM

Atas: Ketua Menteri bersalaman dengan ahli alumni

Atas: YB Datuk Masidi Manjun, Yang Di Pertua Persatuan Alumni UiTM Sabah menyerahkan tabung pendidikan pelajar UiTM Sabah yang kurang mampu, kepada Datuk Worran Hj Kabul, Pengarah Kampus UiTM Sabah.
Atas: YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman bersalaman dengan AJK Persatuan Alumni UiTM Sabah.
Atas: Salah satu persembahan dalam majlis makan Persatuan Alumni UiTM Sabah.
Atas: Penyanyi kecil turut ini mempersembahkan nyanyiannya pada malam itu.
Atas: Pemenang cabutan nombor bertuah menerima hadiah TV (flat screen) 32 inci dari YB. Datuk Masidi Manjun. Sementara itu pengacara Suria FM, Otho turut menyerikan majlis dengan telatah lucunya semasa mengacarakan persembahan hiburan.
Atas: Pemenang cabutan nombor bertuah pada malam itu sedang menerima hadiahnya (tikit penerbangan MAS pergi dan balik dari Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), dari YB. Datuk Masidi Manjun
Atas: YDP Persatuan Alumni UiTM Sabah, YB Datuk Masidi Manjun bergambar dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan yang diketuai oleh Abdul Gaffar bin Abdul Rahman.
Atas: Ahli alumni bersama-sama dengan Professor Datuk Dr. Worran Kabul (no. empat dari kiri), Pengarah UiTM Sabah dan Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Rosline, Timbalan Pengarah.
Atas: Ahli Alumni bersama dengan Naib Canselor UiTM Shah Alam
Atas: AJK Alumni (dari kiri): Abdul Aziz Hj Salleh, Hj Badaruddin, Hj Ismail (Pensyarah UiTM), Janis Abdullah dan Prof Madya Dr Abdul Kadir Rosline (Timbalan Pengarah UiTM Sabah)
-

No comments:

Post a Comment