Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

04 October 2012

TIPS PELAJAR DI AMBANG PEPERIKSAAN

Peperiksaan akhir 2012 bagi PMR, SPM dan STPM semakin hampir. Oleh itu calon-calon peperiksaan juga semakin serius mengulangkaji semada melalui kelas tambahan mahu pun secara latih-tubi soalan tahun-tahun lalu. Apa pun cara mereka, mungkin tips di bawah boleh membantu dalam pecutan akhir menghadapi peperiksaan.

1. Jangan panik
Masa masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
.
2. Kaji topik dan pemetaan maklumat
Semak samaada anda memahami sepenuhnya atau tidak. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Paling mudah, tanya guru atau rakan atau ibubapa.
.
3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
.
4. Kuatkan ingatan dengan secara 'output learning'
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran menggunakan lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran..
-
5. Banyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek ialah melalui latihan berterusan (latih tubi) soalan tahun-tahun lalu. Tanya guru anda kalau tak faham.
.
6. Nota ringkas.
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
.
7. Rehat dan riadah secukupnya.
Perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
.
8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang.
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Pemakanan seimbang disyurkan.
.
9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi disaat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
.
10. Banyakkan berdoa dan solat
Calon perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuanNya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, mohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Nota: Sebahagian tips ini telah disampaikan kepada pelajar islam Maktab Nasional Likas pada 27.09.2012 (Khamis) selepas solat hajat. Moga-moga memberi menafaat kepada semua calon PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.