Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

21 September 2009

SAIFUDDIN MENTERNAK IKAN SECARA KECIL-KECILAN DI BELAKANG RUMAH

.
Kota Kinabalu:-
.
Sidin Majoli atau nama Islamnya Saifuddin Majoli Abdullah, memeluk agama Islam sebelum Ramadhan tahun 2008. Tahun ini adalah tahun kedua beliau meraikan hari raya aidil fitri. Pertama berhariraya di rumahnya di Kinarut dan kali keduanya di Kota Kinabalu. Setiap kali mengadakan 'rumah terbuka', saya adalah antara orang pertama dijemput. Tahun lalu, Saifuddin mengadakan rumah terbuka pada raya yang kedua. Ketika itu saya berada di Tambunan. Untuk memenuhi jemputan itu, saya bertolak dari Tambunan ke Kinarut hanya untuk berhari-raya. Sesampainya saya dirumah itu, saya terharu kerana beliau (Saifuddin) sudah bersedia menunggu saya. Malah anaknya disuruh menunggu di simpang jalan takut saya tersesat. Memang pun saya tersesat tetapi anaknya mencari saya sehingga dapat ditemui. Alhamdulillah, saya sampai juga akhirnya. Rasa terharu bila melihatnya berpakaian lengkap baju 'selangor' atau 'baju melayu' satin putih dengan samping. Begitu segak sekali beliau berpakaian lengkap. Lebih mengharukan ialah saya adalah antara pengunjung yang pertama.
.
Lama juga saya berhariraya di rumahnya sehingga menyaksikan pengunjung dari Universiti Malaysia Sabah. Mereka ini terdiri dari pelajar 'class-mates' anaknya di UMS. Dua orang anaknya telah memeluk Islam lebih awal dan belajar Al-Quran dengan saya di Masjid Negeri Sabah sehingga khatam. Malah saudara Saifuddin juga setelah memeluk Islam, menghadiri kelas Al-Quran bersama dengan isterinya di Masjid Negeri Sabah. Sebab itu jika sdr Saifuddin menjemput saya berhariraya ke rumahnya, saya akan hadir walaupun masa terhad.
.
Pada hariraya kedua juga saya berada di Tambunan berhariraya dengan keluarga. Namun saya mencuri masa menziarahi sdr Saifuddin di Kota Kinabalu. Saya tetap datang kerana mengenangkan bahawa Sdr Saifuddin dan keluarga menelefon saya tiga kali. Walau lewat, saya tetap hadir.
.
Disamping berhariraya, saya sempat meninjau kolam ternakan ikannya yang unik. Kolam itu agak kecil tetapi cukup baik untuk menternak ikan terutamanya jika menternak ini dijadikan 'hobi'. Sdr Saifuddin, seorang pesara dan mantan CDO, menjadikan ternakan ikan ini sebagai satu hobi. Di kolam beliau, ada kolam untuk ikan besar, ada kolam untuk ikan kecil dan ada untuk ikan keli.
.
"Hati saya tenang bila melihat ikan-ikan saya terus membesar. Sebab itu saya membina kolam secara 'artificial'", katanya.
.
Saya turut berbangga dengan usaha gigih beliau yang mencuba bidang ternakan ini secara percubaan di belakang rumahnya.
Atas: Hasil ternakan ikan di belakang rumah

Atas: Janis Abdullah cuba-cuba menangkap ikan dengan menggunakan pukat kecil tetapi ikan masih kecil. Sementara itu encik Saifuddin memerhati.
Atas: En Saifuddin mencuba menangkap ikan keli yang baru diternak. Inilah kolam kecilnya sebesar longkang. Cuma, ikan keli perlu rumah yang gelap untuk berlindung.

Atas: Kalau menggunakan pukat kecil seperti ini perlulah dibuat dengan pantas agar ikan-ikan tidak sempat berenang tempat lain.

Atas : Walaupun kolam ini kecil, namun ikannya besar iaitu hampir sekilo beratnya.

Atas: Bergambar bersama rakannya sdr. Ridwan yang juga seorang mualaf

Atas: Beginilah rupa-bentuk kolamnya yang diperbuat dengan kanvas dan bertiangkan bambu yang diikat dengan tali atau rotan. Memang ringkas sekali untuk membena kolam kecil-kecilan di belakang rumah atau di tempat yang ruang kawasannya terhad.

Atas: Inilah ikan ternakan sdr Saifuddin yang sudah besar dan boleh dijual atau makanan sendiri

Atas: Ikan keli bersaiz tiga inci baru berumur hampir sebulan lamanya.
.
Setelah meninjau usaha gigih sdr Saifuddin, saya kembali ke Tambunan dengan hati yang tenang kerana dapat menziarahi satu lagi keluarga muallaf dimusim hariraya. Saya doakan agar keluarga ini terus beroleh kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi
.

2 comments:

  1. Salam,,,tuan mana satu bah saifudin ni,,,blh kita dtg sana,,,tgk mcamana buat kolam.

    ReplyDelete
  2. Sdr Sidin@Saifuddin ini salah seorang pelajar Al-Quran saya di Masjid Negeri Sabah. Dua orang anaknya adalah bekas peserta kelas Al-Quran saya di Masjid Negeri Sabah dan sekarang kedua-duanya berada di IPTA dan merupakan penyokong kuat dibelakang pengislaman ayah dan ibu mereka tahun 2008.

    ReplyDelete