WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 March 2010

KURSUS PENGURUSAN MASJID

-
Per: Kursus Pengurusan Masjid & Surau
Tarikh: 29-31 Mac 2010
Tempat: Talent Enhancement, UKM Bangi Selangor
-
Bangi Selangor:- Sekali lagi saya dihantar berkursus mengenai Pengurusan Masjid dan Surau pada 29-31 Mac 2010. Banyak perkara yang telah dipelajari. Antaranya, penyediaan rekod kewangan, penilaian kakitangan menurut KPi masing-masing, komunikasi berkesan dan pelbagai lagi.

Atas: Trainer dan fasilitator turut bergambar untuk kenangan.
Atas: Sebahagian dari peserta

Atas: Beberapa peserta kursus
-

24 March 2010

CONSIDER FORTUNE TELLER? READ THIS..

-
LARANGAN BERJUMPA DENGAN TUKANG TILIK!
-
"The Salaah (daily prayer) of whoever approaches a fortune-teller and asks him about anything will not be accepted for forty days and nights." [Reported by Hafsah and collected by Muslim in Sahih Muslim (English Trans.), vol. 4, p. 1211, no. 5440).]
-
Not only is the practice of astrology Haraam as mentioned in my other articles also, but also visiting an astrologist and listening to his predictions, buying books on astrology or reading one’s horoscope are also forbidden! Since astrology is mainly used for predicting the future, those who practice it are considered fortune-tellers. Consequently, one who seeks his horoscope comes under the ruling contained in the Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam) above statement.
-
If, however, one believes in the predictions of their horoscope, whether spoken by an astrologist or written in books of astrology, he falls directly into Kufr (disbelief) as stated by the Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam)
-
"Whoever approaches an oracle or fortune-teller and believes in what he says, has disbelieved in what was revealed to Muhammad."
[Reported by Abu Hurayrah and collected by Ahmad and Abu Daawood (Sunan Abu Dawud (English Trans.), vol. 3, p. 1095, no. 3895).]
-

AJK KELAS AL-QURAN DI SURAU TMN KEMAJUAN LIKAS

-

Alhamdulillah, pelajar pertama kelas mengaji di surau Taman Kemajuan Likas telah selesai mengikuti majlis khattam awal tahun ini. Kini pelajar yang sama meneruskan bacaan mereka dengan penambahan enam lagi pelajar baru. Kebanyakkan pelajar baru ini adalah mualaf. Dan sekali lagi AJK pengelola kelas ini dilantik dengan mengekalkan Puan Hajjah Kasmah Hasbullah sebagai ketua sementara AJKnya ada yang baru. Berikut adalah AJK baru yang akan mengelola kelas ini dari mula sehingga khattam.
-

1. Kasmah Hasbullah (Ketua)
2. Rahinah Lopog

3. Julia Ambalau
4. Asmah Hj Gadur
5. Fatimah Salan
6. Hjh Natra Datuk Arif
7. Hjh Maimona
8. Hjh Zainah
9. Hjh Rohani

-
Diharap AJK di atas dapat mengelola kelas ini dengan sempurna mengikut kemahuan dan keupayaan kumpulan.
-

JENGGO ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

-

Kg Patau Tambunan, Mac 2010:-

Apabila Allah mengambil semula nyawa makhluk ciptaannya maka Allah akan melakukannya dengan sekelip mata tanpa bertangguh walau sesaat. Pendek kata masa ajal seseorang adalah 'precise'. Demikianlah sebuah kesah yang berlaku kepada keluarga Jenggo Abdullah dimana beliau menemui ajalnya dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kinabaan Tambunan. Kesemua mereka seramai empat orang menaiki sebuah lori mini yang dipandu oleh Rijoh Araman. Mereka terdiri dari Rijoh Araman (pemandu), Jenggo, Isterinya dan anak buah Jenggo. Mereka dalam perjalanan dari Kampung Sunsuron menghala ke Patau. Setibanya di jambatan sungai Sunsoron, lori yang mereka naiki hilang kawalan di satu selekoh lalu terhentak masuk ke parit konkrit. Hentakan itu menyebabkan lori itu terbalik dan kepala lori itu menghala semula ke Kampung Sunsoron.

Menurut seorang saksi yang kebetulan tinggal di Kampung Kinabaan, kesemua penumpang terhumban keluar bertaburan dari kenderaan. Saksi itulah yang bertanggung-jawab menelefon polis. Menurutnya lagi, beliau melihat salah satu penumpang cedera parah dan mungkin itulah yang bernama Jenggo Abdullah. Saksi itu sempat bertanya kepada salah satu mangsa dan diberitahu bahawa kesemua mereka berasal dari Kampung Narayat dan Patau.



Atas: Janis Abdullah (batik hijau) cuba menenangkan keadaan sambil memberitahu tentang kedudukan jenazah Jenggo yang perlu diurus oleh penduduk Islam di kampung Patau.

Atas: Janis Abdullah memberi taklimat kepada keluarga mangsa mengenai cara pengurusan jenazah.

Atas: Keluarga mangsa yang turut bersedih dengan pemergian keluarga mereka.

Atas: Lori menjunam dalam parit ini lalu bahagian kepala lori terhentak dengan kuatnya konkrit parit.


Atas: Lori ini baru dibeli oleh pemiliknya dan kelihatan nama pemilik asalnya belum ditukar lagi.

Atas: Lihat kesan roda kenderaannya di atas rumput yang tidak dapat dikawal.


Atas: Keadaan lori yang terpusing menghala semula ke Sunsuron.

Atas: Satu lagi pandangan dari sudut sebelah kiri.


Atas: Bahagian tayar dibelakang patah.

Atas: Bahagian depan lori

Atas: Pandangan dari sudut hadapan lori.


Atas: Pandangan kerosakan kenderaan dari sudut yang lain.

-

CHARITY DINNER ALUMNI UITM SABAH - PART 1

-

'Charity Dinner' anjuran Persatuan Alumni UiTM Sabah meriah

Kota Kinabalu, 27 Mac 2010 (Sabtu):-

Persatuan Alumni UiTM Sabah berjaya mengadakan majlis 'charity dinner' bagi mengutip dana untuk membantu pelajar UiTM Sabah yang kurang mampu. Disamping itu, alumni juga mengutip dana untuk membeli komputer untuk disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Tambunan dan salah satu sekolah rendah di Ranau.


Atas: AJK Alumni sedang mengadakan sidang akhbar bertempat di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Alam sekitar Sabah. (Foto dari kanan): Janis Abdullah (setiausaha), Azhar Datuk Matusin (Timbalan Yang Di Pertua), Datuk Masidi Manjun (Yang Di Pertua) dan Pengerusi Penganjur 'charity dinner 2010'.
Atas: Datuk Masidi Manjun (YDP Alumni) memperagakan pakaian resmi Alumni semasa charity dinner nanti.
Atas: AJK Tertinggi Alumni dalam satu sidang akbar
Atas: AJK berbincang mengenai perlaksanaan majlis.
Atas: " kalau kita boleh improve pakaian ini adalah lebih baik", kata Datuk Masidi semasa bermesyuarat di pejabatnya di Wisma Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu.

Atas: AJK alumni yang lain mendengar penerangan Datuk Masidi. (Foto dari kiri): Mohd Ridza Asrah (AJK), Mat Salleh (Bendahari), Azhar (Tim YDP) dan Datuk Masidi (YDP).

Atas: Kelihatan semua AJK Alumni dalam satu sidang akbar. Dari kanan: Semua AJK alumni dan di sebelah kiri adalah sebahagian dari wartawan yang hadir.


Atas: Kelihatan para wartawanyang menghadiri sidang akhbar tersebut.

Atas: Sidang akhbar AJK Alumni UiTM bersama para wartawan

Atas: Pengerusi charity dinner menerangkan kepada AJK alumni mengenai masej dan tema pakaian resmi AJK.

Atas: 1 Malaysia yang menjadi ilham kepada tema 'charity dinner'.

Atas: Hj Badaruddin (AJK Alumni) tidak melepaskan peluang bergambar bersama tema 1 Malaysia sebagai salah satu pencetus tema 'charity dinner' 2010.

-

23 March 2010

TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BELAJAR

-
Zaman 60an dan 70an memang susah untuk mencari tenaga pembimbing mengenai agama Islam. Ini kerana pada ketika itu tenaga pembimbing amat kurang sehinggakan kerajaan terpaksa mencari pendakwah dari Indonesia. Tetapi hari ini, zaman dah jauh berubah kerana pendidikan agama mudah didapati di sekolah tadika sehinggalah ke universiti. Malah masjid dan surau-surau sudah lama membuka kelas-kelas agama disamping ceramah harian. Dengan kemudahan ini maka tiada alasan lagi bagi seseorang muslim untuk tidak mengetahui ajaran Islam.
-
Ramai yang mengetahui ini cuma kaki-kaki mereka agak berat melangkah ke masjid dan surau-surau untuk menimba ilmu. Mungkin belum mendapat taufik dan hidayah. Dalam kelas muqaddam yang saya anjurkan selama empat tahun di Masjid Negeri Sabah, saya merumuskan empat sebab utama kenapa taufiq dan hidayah belum meresap dalam sanubari umat islam. Pertama, pengaruh keluarga. Kalau keluarga itu kaki 'karoke' maka karokelah suasana rumah mereka. Kedua, pengaruh rakan-rakan. Kalau kawan-kawan kaki 'golf' maka banyaklah masa di padang golf setiap hujung minggu. Ketiga pengaruh di sekeliling. Kalau di sekelilingnya tiada suasana belajar maka 'mood' mereka pun sama. Keempat sikap diri sendiri. Di antara kempat-empat sebab di atas, sikap diri sendiri sangat mempengaruhi. Apabila sikap tidak berubah maka jadilah seseorang itu 'stagnant' secara berterusan. Biar pun rumahnya di hadapan surau, kakinya tidak boleh melangkah ke surau. Sikap seperti ini menyebabkan mereka tidak mendapat taufik walaupun mereka tahu solat berjemaah itu banyak pahala.
-
Akibat daripada ketiadaan taufik dan hidayah maka timbullah pelbagai masalah sosial termasuk maksiat. Sila baca artikel di bawah sebagai iktibar.
--------------------------------------------------------------------------------------------
-
17,303 anak luar nikah didaftar 2009

-
Posted on Mac 21, 2010 by ekhutbah (Berita Harian Online)
-
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
-
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
-
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
-
http://ekhutbah. wordpress. com/2010/ 03/21/17303- anak-luar- nikah-didaftar- 2009/
-

20 March 2010

THE DEAD SEA & PROPHET LOT

-
Prophet Lut (Lot):

According to Islamic and Biblical traditions, the Dead Sea is the site of the ancient city of Sodom, home of the Prophet Lut (Lot), peace be upon him. The Qur'an describes the people of Sodom as ignorant, wicked, evildoers who rejected God's call to righteousness. The people were murderers, thiefs, and openly practiced immoral sexual behavior. Lut perservered in preaching God's message, but found that even his own wife was one of the disbelievers.

Punishment:

God's severely punished the people of this region for their wickedness. According to the Qur'an, the punishment was to "turn the cities upside down, and rain down on them brimstones hard as baked clay, spread layer on layer, marked from your Lord" (Qur'an 11:82-83). The site of this punishment is now the Dead Sea, standing as a symbol of destruction.

-

18 March 2010

AMERIKA JAGUH HUMAN RIGHTS?

-
Iraq needs US help to beat huge refugee crisis: study
by Karin Zeitvogel Karin Zeitvogel – Wed Mar 17

WASHINGTON (AFP) – The United States has a "special responsibility" to help Iraq address a dire humanitarian crisis that sees huge numbers of displaced Iraqis struggle to survive, an aid group said Wednesday.

In a report released on the eve of the seventh anniversary of the US-led invasion of Iraq, Refugees International said 33 percent -- or 500,000 people -- of the 1.5 million internally displaced people forced from their homes in 2006 and 2007 "live as squatters in slum areas."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akibat serangan Amerika yang menawan Iraq, maka lebih setengah juta rakyat Iraq sekarang menjadi pelarian di negara sendiri. Mereka tinggal di khemah-khemah sementara menghadapi krisis kekurangan air dan makanan. Ramai kanak-kanak tidak dapat meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Inilah antara dosa besar Amerika terhadap rakyat Iraq yang dikutuk oleh dunia dan dilaknat serta bakal menerima balasan dari Allah.
-
Persoalannya:
-
Dimana sudah pendokong hak asasi kemanusiaan (human rights) Amerika yang lantang bersuara? Kenapa mereka 'membisu' dengan krisis yang melanda Iraq? Agak memalukan bila Amerika menyentuh pasal 'human rights' merekalah jaguh tetapi human rights Iraq mereka tidak lantang bersuara!.
-

15 March 2010

BERDAKWAH DENGAN PENDAKWAH DARI AMERIKA (USA)

-

11.03.2010

-

Kota Kinabalu: Dua hari sebelum tarikh taklimat, saya menerima panggilan dari encik Joel, warga Amerika yang fasih berbahasa melayu. Inilah kali kedua encik Joel membawa pelancung dari USA untuk mendapatkan taklimat (dalam bahasa Inggeris) mengenai Islam.


Atas: Foto pelancung dari USA bergambar beramai-ramai dengan saya setelah selesai mendengar taklimat mengenai dengan Islam di masjid negeri Sabah.


Atas: Pelancung dari USA mendengar dengan teliti segala taklimat yang disampaikan oleh Janis Abdullah

Atas: Pelancung dari USA turut bertanyakan soalan sensasi kepada Janis Abdullah. Antara soalannya... adakah semua orang islam akan masuk syurga? Apa pandangan kamu mengenai erti 'kafir' (infidels)? Kenapa wanita Islam memakai tudung? Kenapa lelaki Islam tidak boleh solat bersama-sama dengan wanita? Apa itu jihad? Banyak juga soalan yang 'provokatif' namun saya cukup bersedia berhadapan dengan soalan mencabar.

Atas: Inilah wajah-wajah pelancung yang meminta saya memberikan taklimat.

-

Dari pengamatan saya, mereka bukan sekadar pelancung tetapi merupakan pendakwah terlatih yang mempunyai misi tersendiri.
-
Misi saya pula ialah 'nak membuang tag terrorism pada islam yang mereka ciptakan' untuk menghalalkan serangan ke atas umat islam di dunia. Disamping itu, saya juga memperbetulkan persepsi negatif tergadap islam serta menjawab salah-faham (misconceptions) barat terhadap islam. Alhamdulillah, misi itu dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat dari ilmu yang Allah kurniakan semasa saya berkursus tiga minggu di Bahrain pada April hingga Mei tahun 2009.

-

Kursus saya di Bahrain adalah atas biayaan sendiri serta tajaan dari kerajaan Bahrain. Sebenarnya saya sangat berharap agar Jabatan Agama Islam samada negeri atau persekutuan memberi sedikit sumbangan membantu saya merelisasi impian saya menjadi seorang pendakwah antarabangsa yang benar-benar terlatih. Malangnya belum ada rezki. Walau bagaimanapun, saya tidak putus asa dan dan akhirnya saya berjaya juga menembusi negara luar dengan biaya sendiri. Ilmu yang ditimba sangat berguna untuk perkembangan dakwah islamiah di Sabah. Saya bersyukur kerana apa yang saya pelajari di Bahrain dapat saya salurkan kepada kira-kira 100 orang pelajar saya yang belajar mengaji dengan saya.

-

Saya juga menfaatkan ilmu itu untuk berdakwah dengan pelancung setiap hari. Insyaa Allah, saya mengharapkan ada peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk berkursus lagi di luar negara di masa akan datang untuk lebih mempertajamkan lagi kemahiran saya berdakwah kepada non-muslim professional dalam bahasa inggeris.

-

ZIARAH KELUARGA DI KG MASJID KENINGAU

-
13.03.2010 (Sabtu)
foto dan teks: Janis abdullah
-
Persatuan keluarga 'Sinakagon Karanaan Liwan' (SAKAG) selesai mengadakan perhimpunan yang ke enam bertempat di Dewan Kg Jaya Baru berhampiran dengan Kampung Tanah Merah Keningau baru-baru ini.
-
Setelah selesai menghadiri perhimpunan SAKAG, saya sempat menziarahi kubur ayahanda saya, Allahyarham Abdullah bin Awang @ Linggawang, yang terletak di Kawasan Masjid Pekan Keningau, berhampiran dengan Kampung Masjid. Kira-kira 20 minit lagi waktu magrib akan masuk. Saya sempat membersih sekeliling kubur tersebut serta menghadiahkan Al-Fatihah walaupun diserang bertubi-tubi oleh nyamuk yang banyak.

Atas: Inilah jemaah solat magrib di masjid pekan Keningau. Masjid inilah juga tempat jenazah ayah saya disolatkan pada tahun 1965.

Atas: Selepas solat magrib, saya sempat membaca Quran secara Talaqi Musyfahah bersama dengan rakan-rakan sejemaah di masjid ini, sementara menanti waktu solat Isyak.

Atas: Inilah rakan sejemaah saya yang turut bertalaqi musyafahah selepas solat magrib.

Atas: Sebahagian dari peserta talaqi musyfahah turut mengambil bahagian.

Atas: Kelihatan ustaz berbaju putih sedang mendengar peserta membaca Quran

Atas: Saya juga sempat menziarahi saudara saya di Kampung Masjid. Foto di atas ini adalah cucu-cucu (kecuali anak buah yang sedang beri isyarat 'peace' dua jari).

Atas: Ini adalah makcik saya, Isteri kepada Allahyarham Abdul Rahman. Umurnya hampir 70 tahun. Abdul Rahman adalah orang yang bertanggung-jawab membuka Kampung Masjid. Beliau meninggal dunia pada tahun 1973 dalam usia 103 tahun.

Atas: Foto kenang-kenangan dengan makcik saya di Kampung Masjid Keningau.

Atas: Inilah kubur arwah ayah saya, Abdullah Dihol bin Linggawang @ Awang, yang terletak di perkarangan masjid pekan Keningau. Ayah saya meninggal pada tahun 1965 dalam usia 55 tahun.
-
Anak angkat ayah saya yang bertapak di Keningau ialah Arwah Cikgu Mohd Yassin (bekas Penyelia Jabatan Pelajaran Keningau) dan Arwah Talib (bekas guru besar di SK Tuarig Toud). Anak-anak angkat ayahanda saya diserahkan kepada Abdul Rahman kerana beliau tidak mempunyai anak pada ketika itu.
-
Allahyarham Abdul Rahman adalah saudara ayah saya yang banyak menyimpan rahsia perjuangan ayah saya termasuklah rahsia pembunuhan ramai tentera Jepun di Tambunan, Keningau dan Beaufort dengan cara mereka tersendiri. Setelah ayahanda saya meninggal dunia, rahsia ini terbongkar. Setiap kali saya berkunjung ke rumah Abdul Rahman di Kg Masjid Keningau, Abdul Rahman akan melinangkan air mata dan menangis melihat saya. Bila saya tanya, beliau menceritakan rahsia itu kepada saya. Apakah rahsia itu? Jawabnya: Strategi membunuh Jepun tanpa menggunakan senjata. Insyaa Allah... akan diceritakan di siri yang lain.
-

SAKAG

-
13.03.2010 (Sabtu)
-
Kira-kira 5,000 ahli keluarga SAKAG telah berhimpun di Dewan Kg Jaya Baru di Keningau baru-baru ini. Persatuan Keluarga SAKAG telah pun ditubuhkan kira-kira 14 tahun yang lalu dengan menyaksikan Hj Hashim sebagai Presiden yang pertama.
-
Kebanyakan ahli keluarga SAKAG bertaburan hampir diseluruh Sabah terutamanya di Ranau, Tambunan, Keningau, Sook dan Tenom. SAKAG mempunyai 18 rumpun dan setiap rumpun mempunyai ahli keluarga seramai 1,500 ahli. Ahli keluarga SAKAG dianggotai oleh keluarga yang beragama Islam dan Kristian. Dalam kepelbagaian bangsa dan agama, keluarga SAKAG mencipta sejarah dengan menjadikan SAKAG sebagai salah satu perhimpunan keluarga yang teramai di Sabah.
-

Atas: Anak-anak keluarga SAKAG yang menyertai pertandingan fesyen kanak-kanak.

Atas: Directional signage yang terlalu simple tetapi cukup menjadi panduan kepada ahli keluarga yang tersesat jalan.

Atas: Directional signage Kg Jaya Baru tempat perhimpunan SAKAG kali yang ke 3, ke 9 dan kini ke 6?

Atas: Foto anak-anak keluarga SAKAG

Atas: Mmmm.. si comel ini memperagakan pakaian tradisi suku kaum dusun.

Atas: Keluarga SAKAG beragam Islam turut serta.

Atas: Encik Henry Mojunal, Presiden SAKAG selama 10 tahun yang turut berucap dalam perhimpunan.

Atas: Backdrop perhimpunan keluarga SAKAG, dirasmikan oleh Datuk Frankie Chong, Timbalan Speaker DUN Sabah yang juga bekas Presiden SAKAG.

Atas: Anak SAKAG yang mengambil bahagian pertandingan bina badan kanak-kanak.
-
Banyak lagi acara yang telah dijalankan namun tidak sempat dimuatkan di blog ini.
-
-
Add Image