Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

21 September 2009

CATATAN DI PAGI RAYA

.
19.09.2009 (Jumaat):
.
Bertolak dari Kota Kinabalu ke Tambunan untuk berhari raya. Saya dan keluarga lewat bertolak kerana banyak urusan di Kota Kinabalu. Sesampai di sebuah restoran, kami berhenti ditepi jalan untuk berbuka puasa dalam kereta. Masa itu hujan renyai-renyai. Tidak lama kemudian, sebuah teksi membawa lima orang penumpang berhenti berhampiran dengan kami. Saya lihat mereka juga mau berbuka puasa. Saya keluar dari kereta untuk menghulurkan kurma kepada mereka untuk berbuka puasa. Alhamdulilah, dapat pahala memberi juadah berbuka puasa. Tiba di rumah sebelum Isyak.
.
20.09.2009 (Sabtu):
.
Jam 5.30 pagi saya bangun untuk solat subuh. Lepas subuh saya bergegas ke Kota Kinabalu untuk menjalankan tugas di Masjid Negeri Sabah. Tiba di Masjid Negeri sebelum jam 7.00 pagi. Saya meninjau jemaah di luar masjid yang sudah mula memenuhi perkarangan di luar masjid sehingga ke pintu pagar masjid. Ramai jemaah yang tersalah kiblat. Saya sempat memperbetulkan kiblat mereka kira-kira lima minit sebelum solat Aidil Fitri.
.
Balik ke rumah untuk berehat kerana semalam terlalu lewat tidur. Saya tertidur di atas sofa. Saya tidak sempat menziarahi rumah terbuka kawan-kawan kerana tertidur. Saya terus ke masjid bersolat zohor. Bertemu dengan tetamu masjid bernama Ali Muhamad Abdila dari Somalia. Beliau meminta kebenaran tidur di masjid. Beliau akan bertolak ke KL pada hari Selasa.
.
Selesai solat Asar hujan pun turun agak lebat. Saya berbual-bual dengan jemaah lain. Saya menghantar seorang jemaah ke Donggongon kerana ketiadaan tambang. Beliau baru sampai dari Sandakan mencari keluarganya di Donggongon. Lepas hantar jemaah itu saya terus balik Tambunan. Tiba di masjid Tambunan sebelum Magrib.
.
Saya sempat membersihkan tempat wudhu yang penuh dengan pasir. Selepas itu saya masuk untuk solat 'masbuq' Magrib dalam rakaat pertama. Jemaah pertama solat berhampiran dengan imam. Saya masuk saf dibelakang imam supaya jemaah pertama boleh undur ke belakang. Jemaah pertama undur tiga atau empat langkah. Pergerakannya melebihi dua gerakan undur tiga atau empat langkah kebelakang.
.
Setelah selesai solat Magrib, saya berkenalan dengannya. Dia beritahu saya dari KB. Saya memberitahu jemaah tadi mengenai gerakannya yang melebihi dua gerakan dalam satu masa. Alhamdulilah, beliau menerima teguran saya. Rakannya yang menjadi imam berpakaian ala 'tablig' masih solat sunat. Setelah selesai solat sunat, beliau mengesahkan bahawa mereka berdua berasal dari KB dan memang pengikut tablig. Mereka datang ke Tambunan untuk menziarahi ibunya.
.
Sambil menunggu waktu Isyak, kami rancak bertukar-tukar pandangan mengenai Islam dan perkembangan Islam di Tambunan. Setelah solat berjemaah, kami pun masing-masing bersurai.
.
Dalam perjalanan pulang saya bersyukur kerana hari pertama saya dapat membantu beberapa saudara seislam di Kota Kinabalu dan sempat pula bertukar-tukar ilmu dengan rakan sejemaah di Tambunan.
.

No comments:

Post a Comment