TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG LULUS SPM & STPM 2012.

25 October 2008

KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH

-
-
Kelebihan Alam Nasyrah.-
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
-
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
-
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
-
Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah):
-[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
 
-Tamat-

21 comments:

  1. bolehkah surah ini dibaca pada orang yang sedang menderita menanggung kesakitan?

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba...Insyaa Allah. Untuk orang sakit ada lagi surah yang sesuai dibaca. Sila rujuk dalam buku perubatan Dr H.Din.

    ReplyDelete
  3. salam..bleh x terangkan maksud hadis nabi di atas?:

    • Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum-mus-salaam. T.Kasih. Bertemu dgn Rasulullah SAW merupakan nikmat yang besar apatah lagi mendengar sendiri sabda baginda. Zaman baginda, ramai sahabat yang mohon doa daripada Rasulullah SAW kerana doanya makbul seperti meminta doakan rezki, keselamatan, kesejahteraan, keringanan dalam segala usaha dll. Di akhirat nanti hanya Rasulullah SAW sahaja yang layak memberi syafaat kepada umatnya. Walahhu-a'lam.

    ReplyDelete
  5. izin copy...kawan saya dalam kesusahan..moga2 allah lapangkan dada kita semua..

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH DIATAS USAHAANDA INI MOGA2 ALLAH SWT MEMBERKATI ANDA SEKELUARGA DAN SELURUH MUSLIMIM DAN MUSLIMAT.AMIN.

    ReplyDelete
  7. izin kan saya copy ye ustaz.

    ReplyDelete
  8. saya pernah bermimpi.ada satu suara suruh sy baca surah alam nasyrah.byk kali gak la sy baca dlm mimpi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petunjuk Allah tu..insyaa Allah.

      Delete
  9. Replies
    1. just copy saja tak perlu minta kebenaran.

      Delete
  10. Saya baru amal.kan sehari. Alhamdulillah. Allah dah bantu .. Walaupon sikit . Tp bg saya dah memadai .. :)

    ReplyDelete
  11. Ustaz, saya turut mengamalkan surah ini. Lebih2 sewaktu berurusan di dalam office waktu kerja, membuat dokumen. Alhamdulillah, tugasan selesai dengan mudah dan tenang. Harap dapat kongsi.

    ReplyDelete
  12. salam ustaz

    adakah dengan membaca ayat ini segala ketidakadilan saya tentane kenaikkan pangkat saya akan dipermudahkan

    wasalam

    ReplyDelete
  13. Insyaa Allah Melisa, selamat mencuba. Selain dari membaca surah ini, kriteria kenaikan pangkat juga bergantung kepada 'usaha' seperti mempertingkatkan ilmu dan kemahiran, keboleh-percayaan, tanggung-jawab, sikap dan beberapa perkara positif. So usaha (termasuk membaca surah ini dan berdoa) selebihnya kita tawakal.

    ReplyDelete