Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 October 2008

JANGAN SEPERTI SAYA DULU....

Dulu kawan-kawan sekerja saya mengajak saya mengaji Al-Quran tetapi saya menjawab "saya boleh baca Quran... cuma tajwid saja kurang". Alasan ini menjadi benteng saya supaya kawan-kawan saya tidak mentertawakan saya. Tiga tahun saya berbentengkan jawapan yang sama sehingga ramai ustaz membatalkan hasrat mereka mengajar saya mengaji. Kalau dalam majlis baca yassin & tahlil, saya akan cari Yassin yang ada terjemahan arab dalam bahasa rumi. Orang lain baca arabnya tetapi saya baca yassin dalam tulisan rumi!!. Pun orang tak tahu yang saya baca rumi kerana bacaan saya tidak kedengaran oleh sesiapa kecuali saya sendiri.
Dalam majlis khattam, setiap pembaca akan membaca secara bergilir. Sebelum tiba giliran saya, saya pura-pura keluar ke tandas untuk buang air kecil. Saya sengaja lama-lama di tandas mengharapkan Quran di atas rehal itu akan melepasi giliran saya. Hanya apabila rehal sudah berlalu jauh kepada orang lain, barulah saya balik semula mengambil tempat duduk asal saya. Walhal memang mengelak membaca kerana takut 'kedapatan' tak tahu baca Quran. Inilah penipuan demi penipuan saya....menipu diri sendiri..... Orang lain dah khatam 30 juzu tetapi saya masih lagi dengan alasan lama yang sama iaitu ".....cuma tajwid saja yang kurang".
Jadi...kepada mereka yang belum mahir membaca Quran tetapi ingin belajar membaca Al-Quran.... jangan ada alasan seperti saya. Buanglah sikap malu dan mula belajar membaca Quran dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, saya belajar dari kesilapan dulu dan kini telah membuka lebih dari 30 buah kelas bermula dari tahun 1991. Permintaan sangat tinggi sekarang dari golongan yang sedar tetapi apakan daya tangan tak sampai. Bermula dari hanya 3 orang pelajar pada tahun 1991 bertambah menjadi 23 orang satu kelas pada tahun 2006 hingga kini. Golongan sedar semakin ramai dan ini mendorong saya untuk terus membuka kelas. Pelajar-pelajar saya yang telah khattam kini saya bimbingi menjadi tenaga pengajar. Saya telah menyediakan modul 'Training of Trainers' atau T.O.T. Moga-moga usaha kecil ini dapat berkembang dengan niat yang ikhlas iaitu hanya kerana Allah.
Jadi...jangan seperti saya dulu.

No comments:

Post a Comment