WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

28 February 2009

SELAGI JANTUNG BERDEGUP...TAHUN 2009

Alhamdulillah tahun 2009 ini, genaplah 20 tahun saya membuka kelas muqaddam. Saya terlibat membuka kelas di pelbagai Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Seronok membuka kelas muqaddam kerana orang yang membaca Al-Quran pastinya bermula dari muqaddam.
Berikut adalah antara lokasi kelas yang pernah saya buka.


Kelas Muqaddam:

1. Jabatan Hasil Bumi
2. RTM
3. SESB
4. SLDB
5. DBKK
6. Telekom KK dan Kepayan
7. Bank Rakyat
8. Jabatan Pertanian
9. Jabatan Haiwan
10. Lembaga Koko
11. Ko Nelayan
12. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (10 tahun)
13. Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN)
14. Jabatan Perbendaharaan Persekutuan
15. Masjid Negeri
16. Masjid Jamek Kg Likas
17. Surau Taman Kemajuan Likas

18. Akademi Kastam Sapangar

dan beberapa lagi lokasi yang tak sempat dinyatakan di sini.

Mengendalikan Kursus cara pembelajaran Al-Quran pelbagai kaedah:

1. Maktab Perguruan Gaya
2. Rumah Anak Yatim Tambunan
3. UiTM Manggatal
4. JHEAINS Kinabatangan
5. SMK Beaufort- 2 kali

Pesan nabi:
Sebaik-baik kamu yang membaca Quran ialah belajar dan mengajar. Dengan ini, saya masih belajar dengan beberapa ustaz di Masjid Negeri Sabah samada Fardu Ain dengan Ustaz Hj Mursal dan Datuk Hj Asmali Bachi, Tafsir Quran dengan Ustaz Norazamuddin, Tarannum serta Talaqi Musyfahah dengan Datuk Mokhtar Rapok dan pelbagai ceramah agama dengan Ust Hj Muchlis dan perbandingan agama dengan Ust Hj Abu Hurairah.
Belajar untuk mengetahui ilmu dan belajar untuk mengulangkaji kedua-duanya amat penting. Semakin kita belajar, semakin kita tahu bahawa masih banyak lagi yang kita tak tahu. Sebab itu, kita tidak boleh mengaku sudah pandai lantas berhenti belajar. Ada orang berpandangan bahawa ceramah agama yang berulang-ulang faktanya tidak perlu lagi mendengar. Malah mendengar secara berulang-ulang itu diamalkan oleh Jibril setiap tahun bertalaqi musyafahah dengan Nabi Muhammad S.A.W. Malah dalam surah Ar Rahman pun terdapat satu ayat yang diulang-ulang sebanyak 32 kali, menuntut supaya berfikir mengenai pendustaan manusia terhadap nikmat yang Allah telah dan bakal kurniakan kepada manusia.
Secara ringkasnya, belajar ini tidak ada penghujung. Jika kita menganggap majlis ilmu dan ceramah ini sebagai satu keseronokan pastinya tidak akan membosankan. Malah, menuntut ilmu itu lebih baik dari solat sunat 100 rakaat. Insyaa Allah, usaha ini akan berterusan selagi jantung masih berdegup.

27 February 2009

ULASAN MENGENAI SIKAP ILMUAN ISLAM

Soalan :
Kenapakah ada ilmuan islam sombong?
Keputusan:
1. Kerana egonya tinggi = 8 (34%)
2. Berilmu tapi tidak diamali = 8 (34%)
3. Sikap semula jadi = 1 (4%)
4. Tidak terlatih berkomunikasi = 6 (26%)
ULASAN :
Keputusan undian tidak mewakili pandangan orang awam atas beberapa sebab. Antara lain:

1. Jumlah pengundi terlalu terhad kerana blog ini masih terlalu baru dan jumlah pengunjung pun terhad.

2. Pengundi mungkin tidak menyangka bahawa undian mereka akan dianalisis.3. Kemungkinan pilihan jawapan tidak banyak pilihan.

4. Mungkin pengunjung blog ini bersikap dingin terhadap undian.

5. Terdapat pengunjung yang mengundi lebih dari satu kerana jumlah yang mengundi hanya 12 orang tetapi jumlah undian 23.

Realitinya, berdasarkan jumlah undian, analisis yang tepat tidak dapat dibuat. Walau bagaimanapun, analisis ringkas akan di buat berdasarkan data yang ada.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

INTISARI:

“Save yourself from the (Hell) Fire even with half a date (to be given in charity). And if you do not find, then with a good pleasant word.” - Collected by Al-Bukhari

Untuk mengelakkan daripada api neraka, umat islam perlu menjaga tuturkata:

1. Dianjurkan supaya memberi sedekah walaupun separuh dari biji kurma.

2. Tetapi jika tidak ada kurma/tak mampu maka dengan tuturkata yang baik pun sudah memadai.

3. Tuturkata yang baik akan menghindarkan dari sikap ego dan sombong.

4. Manusia tidak suka pada orang yang sombong.

PERUBAHAN JADUAL MENGAJI

Kepada pelajar muqaddam/Al-Quran sekalian, berikut adalah jadual terkini serta perkembangan kelas sehingga hari ini:

Isnin :
8.30 PM - Kelas Fardu Ain
8.30 PM - Kelas Al-Quran (23 orang pelajar)-Juzu 1.

Selesa :
Mengaji dari Rumah ke rumah.

Rabu :
2.30 PM - Surau Taman Kemajuan Likas (Kumpulan 3- 40 orang pelajar) - Juzu 2
8.00 PM - Masjid Negeri Sabah (23 Pelajar) - Kumpulan 1-23 Pelajar) - Juzu 1

Khamis :
2.30 PM - Surau Taman Kemajuan Likas (Kumpulan 3- 40 pelajar) - Juzu 2
8.10 PM - Masjid Jamek Kg Likas (Kumpulan 4 - 60 orang pelajar) - Muqaddam

Jumaat :
8.00 PM - Masjid Negeri Sabah (Kumpulan 1 - 23 Pelajar) - Juzu 1

Sabtu :
10.00 AM - Masjid Negeri Sabah (Juzu 2) serta latih tubi muqaddam (20 pelajar).
Petang - Ziarah ke kampung-kampung

Ahad :
10.00 AM - Masjid Negeri Sabah (Juzu 2) serta latih tubi muqaddam (20 pelajar).
Petang - Ziarah ke kampung-kampung

oleh:
Janis Abdullah

ADAB MENUNTUT ILMU

ADAB MENUNTUT ILMU (MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI):

1. Mensucikan hati
2. Berusaha tidak dipengaruhi dunia yang menjauhi Allah
3. Tidak ada rasa takbur
4. Tidak ada kecenderungan untuk membantah

Sumber:


Kelas Fardu Ain
Masjid Negeri Sabah

26 February 2009

ADAB MENUNTUT ILMU

ADAB MENUNTUT ILMU (MENGIKUT IMAM SYAFIE):
1. Berwudhu
2. Solat sunat 2 rakaat
3. Memakai pakaian bersih & wangi-wangian
4. Berniat untuk menyampaikan
Sumber:
Kelas Fardu Ain
Masjid Negeri Sabah

25 February 2009

PENYERAHAN PAKAIAN SERAGAM

SMK SANZAC KOTA KINABALU
25.02.2009 (RABU)
Foto atas:
Encik Janis Abdullah berucap merasmikan penutupan majlis penyerahan pakaian seragam kepada pelajar SMK SANZAC Kota Kinabalu yang kurang mampu.
Foto atas:
Puan Margerata G (No. dua dari kiri), Timbalan Pengerusi PIBG SANZAC turut hadir dalam majlis tersebut.


Foto atas:
En Diuh Balimbang, Pengetua SMK SANZAC dalam ucapan semasa majlis tersebut.


Foto atas:
Janis menyampaikan pakaian seragam kepada pelajar yang kurang mampu.


Foto atas:
Penyampaian pakaian seragam kepada pelajar kurang mampu.



Foto atas:
Berucap di perhimpunan


Pelajar mendengar amanat dari pengetua.


oleh
afifah j

21 February 2009

RAYUAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG MAMPU

Orang ramai adalah dipelawa untuk menyumbangkan apa juga bentuk bantuan kepada mereka yang memerlukan. Antara lain ialah:

1. Kain terpakai
2. Buku-buku
3. Alat-tulis (pen & pensil)
4. Wang tunai
5. Kasut / selipar

Bantuan bolehlah disalurkan dengan menghubungi kami ditalian:

Tel.Bimbit : 013-8693148
EMail : jjabcgroup@gmail.com.
Fax : 088-235334

Sumbangan anda akan disalurkan kepada fakir miskin di Pendalaman Sabah serta di tempat yang memerlukan.
Dri : janis abdullah

SERONOK JUGA BERDAKWAH DENGAN NON-MUSLIM


Kota Kinabalu, Jumaat:-

Gambar atas:
Sdr Mohamad Firdaus Giles telah memeluk agama islam pada 20.02.2007 bertempat di Masjid Negeri Sabah. Beliau berkelulusan Bachelor in Multimedia dari salah satu universiti di England dan berasal dari Hammer Smith England, berumur 30 tahun.


Gambar atas:

Non muslim dari Canada telah mendengar taklimat saya yang menyentuh dengan perbandingan agama Yahudi, Kristian dan Islam. Mereka begitu kagum dengan islam setelah mempelajari hubungan-rapat dengan agama islam. Grafik 'Time-Line' menggamit hati mereka apabila mereka mendengar taklimat saya selama sejam di Kota Kinabalu. Saya sempat membawa mereka sujud sebagai salah satu cara untuk menyampaikan falsafah solat dan rahsia keindahan solat dalam islam. Saya sempat mengajak mereka masuk islam tetapi mereka senyum sahaja.


Gambar atas:


Kelihatan Tuan Hj Amri Suratman, Pengarah JHEAINS, bergambar dengan Mohamad Firdaus Giles (kiri berbaju warna biru) dan Mr Steven Giles, ayah kepada Mohamad Firdaus (kanan berbaju putih). Mohamad Firdaus telah saya tarik masuk islam pada Februari 2007 dan kini berada di Kota Kinabalu mencari saya. Kali ini untuk mendirikan rumah tangga dengan anak Sabah. Sungguh menariknya, ayahnya sendiri mengsyorkan supaya Mohamad Firdaus mengaji Al-Quran dengan saya. Saya pernah mengajak ayahnya supaya memeluk islam tetapi ayahnya mengatakan "No...No...". Saya menyampuk "Not now. Not yet" sambil mengharap..."God willing... your turn will come".

Gambar atas:

Mohamad Firdaus bergambar bersama-sama dengan pegawai JHEAINS yang lain.


Oleh : janis abdullah

19 February 2009

MUALAF SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Kg Kipaku Tambunan
14.02.2009
Foto di atas:
Timbalan Ketua Bahagian USIA Tambunan, Sdr Janis Abdullah dan dua lagi ahli USIA Tambunan menziarahi Puan Norsyafinah Abdullah, seorang mualaf yang ini telah kembali kepangkuan ibubapanya di Kg Kipaku Tambunan. Norsyafinah ini sudah bercerai dengan suaminya yang berasal dari Mambakut kira-kira empat tahun lalu. Mempunyai lima orang anak, beliau tidak boleh lagi bekerja selepas terlibat dalam kebakaran rumah di Kg Likas Kota Kinabalu pada bulan September 2008. Beliau terpaksa balik ke rumah ayahnya yang masih beragama kristian.
Foto diatas:
Sdr. janis menyerahkan sedikit sumbangan kepada Norsyafinah disaksikan oleh Ust Suhaidi Ag Damit, Belia USIA Patau yang juga selaku Penyelia KAFA daerah Tambunan. Walaupun sedikit bantuan diberikan, namun kehadiran kami sangat bermakna kerana puan ini dapat meluahkan perasaannya dengan kami. Puan ini masih sakit dan sedang menunggu pembedahan yang memakan belanja sehingga RM30,000.

Lihatlah tangannya yang cacat setelah terlibat dalam
kebakaran kira-kira 5 bulan yang lalu.


Kakinya juga melecur teruk. Malah bahagian belakang badannya juga turut melecur.


Puan Norsyfinah ini adalah bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hampir 10 tahun, kini tinggal sehelai sepinggang, kehilangan segala dokumen penting. Nyawa beliau terselamat setelah terjun dari tingkap rumah sewanya. Beliau tidak sedarkan diri selama tiga hari. Rumahnya terbakar dipercayai berpunca dari letupan gas memasak. Anak-anaknya berada di sekolah ketika ejadian itu berlaku. Puan ini lebih dari "umpama jatuh ditimpa tangga" kerana sudah bercerai dengan suami, kehilangan kerja, terlibat dengan kebakaran, tiada pula rumah sendiri.
00O00
Lebih menyedihkan, Puan Norsyafinah kembali ke pangkuan
ayah dan ibunya di Kg Kipaku Tambunan yang masih
berlainan ugama. Walaupun belum menerima
bantuan dari pihak berwajib, namun beliau
terus tabah mengharungi ujian ini.
-----
......oo...((( HARAPAN KAMI )))...oo.....
Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA) Bahagian Tambunan, mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai (seperti wang tunai, pakaian, dll) dengan menghubungi 013-8693148, Sdr Janis Abdullah, Timbalan Ketua Bahagian USIA Tambunan atau Ust. Jumain Abd Ghani (013-8757959), Ketua Bahagian USIA Tambunan atau pun terus kepada Norsyafinah Abdullah di telefon bimbit 019-8695339. Semoga sumbangan TUAN/PUAN terutamanya saudara seislam dapat membantu meringankan bebannya mengharungi liku-liku hidup di dunia sementara ini. Semasa lawatan kami di rumah ayahnya di Kg Kipaku Tambunan, segala perbelanjaan serta beban kini ditanggung oleh ayah serta ibunya yang masih beragama kristian.

Oleh: afifah j

09 February 2009

HENINGNYA AIRMATA IBU

Tambunan, Jumaat 05.02.09:-

Apalah kena mengena cerita ini dengan tajuk?
Seronok juga dapat solat jumaat bersama dengan jemaah di Tambunan. Masjid Nurul Iman Tambunan tidak lagi sesunyi dulu. Saya lihat jemaahnya memenuhi sehingga ruang solat di luar masjid lebih-lebih lagi dengan kehadiran peserta PLKN dari Tanaki Tambunan. Sejuk mata saya melihat jemaah yang ramai. Dari segi jumlah jemaah, ianya jauh berbeza dengan jemaah 30 tahun yang lalu.
Saya menyaksikan perkembangan ini semenjak dari tahun 1973. Ketika itu, jumlah jemaah yang solat Jumaat hanyalah 12 orang. Jemaah ini pada mulanya bersolat Zohor di bangunan kecil USIA. Ketika itu solat zohor hampir masuk, datang seorang jemaah memberitahu bahawa boleh solat di masjid baru. Kami pun pindah dari bangunan USIA ke masjid baru di atas bukit bersebelahan dengan pejabat daerah. Di situlah kami (seramai 12 orang) solat zohor pada hari Jumaat buat pertama kalinya.

Hari ini, wajah masjid pekan Tambunan berubah menjadi lebih ceria dengan jemaah yang bertambah sehingga membolehkan solat Jumaat diadakan. Kekadang, masjid ini sunyi terutamanya dimusim cuti sekolah kerana ramai murid-murid, guru-guru serta pekerja pejabat yang balik kampung.

Pada Disember tahun 1973, sementara menunggu keputusan SRP, saya memohon izin dari ibu saya untuk meninggalkan Kg Patau, kampung saya, kerana teringin mengaji muqaddam di masjid pekan Tambunan. Ibu saya memberi kebenaran serta memberikan sedikit wang untuk tambang kenderaan pergi dan balik. Sesampai di pekan Tambunan, saya menumpang tidur di bangunan 'bangsal' yang sudah usang bersama dengan pelajar yang sedang bersekolah di SMK Tambunan. Tiada tilam dan tiada bantal hanya beralaskan tikar nipis. Walaupun dalam keadaan serba kurang, saya dapat mengharungi segala kesulitan dengan tenang dan sabar.

Bukan mudah nak balik kampung kerana kenderaan yang berulang-alik dari pekan Tambunan ke Kg Patau amat kurang. Kg Patau terletak kira-kira 10 kilometer dari masjid Tambunan. Jalanrayanya masih gravel dan berhabuk. Saya mengaji setiap malam selama dua minggu dengan ustaz Darbi Lubis, yang juga mudir SUI pekan Tambunan. Saya juga dapat berkenalan dengan ustaz Hadiq yang banyak memberi perangsang kepada saya untuk maju menjadi 'pejuang' agama islam di Tambunan. Semangat saya untuk berjuang mempelajari ilmu agama islam semakin tinggi. Alhamdulillah, selama dua minggu saya mengaji muqaddam, saya sudah boleh membaca surah-surah pendek. Tapi sayang sekali, saya tidak dapat menyambung pengajian muqaddam saya kerana terpaksa kembali semula ke sekolah di Semananjung Malaysia dalam tingkatan empat.

Kaki saya terus melangkah setapak demi setapak. Saya namakan perbuatan saya ini dengan istilah 'MARCH ON" yang bermakna 'move forward' seperti kawat seorang tentera, membena keyakinan diri dengan mengharungi segala cabaran serta liku-liku hidup. Mengambil sempena semangat 'move forward' inilah maka saya namakan tajuk blog ini dengan 'JJAMARCHON'. JJA ialah 'initial' nama saya manakala 'MARCHON' bererti 'maju kehadapan' seperti tentera terlatih dengan semangat juang yang tinggi. JJAMARCHON ialah kata yang selalu saya bisikan setiapkali saya menghadapi cabaran bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri. Perkataan ini menggantikan kata-kata semangat 'membujur lalu melintang patah' yang menjadi inspirasi saya. Namun kesemua istilah ini tidak dapat mengatasi kata semangat 'HENINGNYA AIR MATA IBU' dan inilah kurniaan Allah swt kepada ibu ku, yang menjadi sumber inspirasiku. Saya sering mengeluarkan airmata terkenangkan pelbagai pengorbanan ibuku dalam memanusiakan aku. Saya juga sering menyaksikan airmata ibuku berderai sambil terus istiqamah berjuang membanting tulang semata-mata ingin melihat anak-anaknya terus berjaya dalam perjuangan menentang kerakusan badai yang kekadang menggunung tinggi menghambat dan menghimpit kehidupan kami dari multi-penjuru. Kerana 'HENINGNYA AIR MATA IBU', moga-moga saya terus istiqomah mengabdi diri kepada yang Maha Pencipta dengan sabar dan solat kerana ketenangan sebenar ada pada solat. "...and in prayers lies the coolness of my eyes and peace of mind" (...pada solat letaknya keheningan mata dan ketenangan fikiran). Inilah harapan ibuku setiapkali menitiskan airmatanya.

by: Janis J. bin Abdullah

05 February 2009

NAK ORDER VCD CERAMAH YUSOF ESTES DI KOTA KINABALU?

VCD UNTUK DIJUAL
Penceramah:
MR. YUSOF ESTES
Bekas pengamal agama kristian dari Texas USA.
Tajuk:
"My Journey"
(Perjalanan menuju islam)
Dalam bahasa inggeris
Harga
RM10.00 satu
Untuk tempahan sila hubungi:
HP: 013-8693148
atau



SAMPLE VIDEO:

video

ORANG ENGLAND YANG SAYA MASUKKAN ISLAM 2 TAHUN LALU KINI BERADA DI SABAH

Setelah dua tahun memeluk islam di Masjid Negeri Sabah, akhirnya encik Giles kembali ke masjid negeri Sabah mencari Janis Abdullah, yang bertanggung-jawab memasukkannya islam dua tahun yang lalu. Berumur 30 tahun, encik Giles berasal dari Hammer Smith England, beliau ditemani oleh ayahnya mencari Janis Abdullah.
Encik Giles berhasrat untuk belajar Al-Quran dengan Janis Abdullah seperti yang dicadangkan oleh bapanya sendiri. Walaupun ayahnya belum memeluk islam, namun ayahnya sendiri ingin melihat anaknya belajar mengaji.
Oleh: Afifah J

03 February 2009

CERAMAH FARDU AIN DI KG TAMBULUGU TUARAN

Kg Tambulugu Tuaran
01.02.2009
Satu ceramah mengenai fardu ain telah
di adakan di Taska Permaisuri Kg Tambulugu
Berungis Tuaran.
Sebahagian dari hadirin

Sesi soal jawab

Encik Hazmi menyampaikan cenderahati kepada Janis Abdullah


walaupun kanak-kanak ini mungkin tidak faham, namun kehadirannya menjadi iktibar kepada orang dewasa.

Cara bacaan Al-Fatihah yang betul

Walaupun sesi ceramah ini merupakan asas fardu ain namun penduduk bercadang untuk mengadakan sesi seumpama ini dimasa akan datang dengan melibatkan JHEAINS ataupun JAKIM.