WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 February 2011

MANAGEMENT - SIRI 1

-
Seringkali kita mendengar terdapat pengurus yang tidak tahu mana satu kerja yang harus dilaksanakan mengikut prioritinya. Ringkasnya, mereka tidak peka dengan cara pengurusan yang betul. Malah, mungkin dalam aspek pengurusan mereka tidak mendalami. Bila ditanya apa itu 'pengurusan' mereka terpinga-pinga mendengar soalan 'basic' ini.
-
Lantas mulalah mereka melihat buku rujukan untuk merujuk perkataan 'pengurusan'. Lalu mereka pun mencatit bahawa pengurusan ini melibatkan 'planning', 'organising', 'delegating' dan 'control'. Apa pula erti keempat-empat perkara di atas? Bingung lagi. Ingin bermula dengan 'merancang' tetapi keliru apa yang mahu dirancang, bagaimana merancang. Baru 'planning' sudah bingung kerana tidak tahu apa yang dirancang.
-
Bagaimana mahu 'organise', 'delegate' dan 'control' kalau tiada perancangan strategik terlebih dahulu? Akhirnya, ada pengurus yang memulakan pengurusan 'songsang' dengan mendahulukan 'control'!. Lebih memburukkan lagi keadaan bila mana pengurus itu melangkau tugas orang lain. Perbuatannya melangkau tugas orang lain salah satu punca keruntuhan keberkesanan organisasi. Ini disebut sebagai 'overlapping'. Kerja utamanya tidak dilaksanakan tetapi kerja orang lain dia buat. Bila ini berlaku, subordinate (kakitangan dibawahnya) akan menjadi bingung dan akhirnya akan melepaskan tanggung-jawabnya.
-
-

BREAKING NEWS - GAZA DISERANG LAGI?

-
Pada masa negara Islam bergolak, Isreal pula mengambil kesempatan mengebom dan membunuh rakyat Palestin. Israel munuduh Palestin melancarkan roket ke bandar Beersheva tetapi dinafikan oleh pemimpin Hamas. Inilah cara yahudi yang sangat pintar mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Mungkin juga ajen Israel yang melancarkan roket itu ke nagaranya sendiri dan memberitahu satu dunia menuduh Palestin yang melancarkan roket lalu mencipta dijadikan sebagai alasan untuk menyerang Gaza. Sekali lagi, kita mungkin akan menyaksikan kereta kebal Isreal masuk ke Gaza seperti yang berlaku pada bulan Disember 2008 hingga Januari 2009 yang membunuh 1,400 rakyat awam Palestin.
-
Kemungkinan lain, Isreal mengambil kesempatan melancarkan roketnya mengebom mana-mana masjid di Libya atau Mesir yang boleh menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat Libya dan Mesir. Angkara jarum halus Yahudi, akhirnya akan tercetus perang saudara dan ini menguntungkan Isreal dan Yahudi.
-
Berikut adalah petikan berita yang saya petik hari ini, 23.02.2011:
-
-
"JERUSALEM (AFP) - – Israel on Thursday warned militants in the Gaza Strip not to "test" the Jewish state, as fighter jets pounded targets across the coastal enclave after a Palestinian rocket attack.
-
Netanyahu said he had ordered the military "to respond with force and they did that immediately on a wide scale."
-
Later, war planes bombed several other sites across the coastal strip, which the military called "hubs of terror."
Palestinian sources said there were four Israeli strikes, three in Gaza City and one in the southern town of Khan Yunis.
-
Hamas spokesman Ismail Radwan rejected the accusation, blaming the "Zionist enemy" for "this escalation and the targeting of our people."
-
Israel carried out a massive 22-day offensive in Gaza from December 2008 to January 2009 to stop rocket fire from the coastal enclave. The offensive killed 1,400 Palestinians, more than half of them civilians, and 13 Israelis, 10 of them soldiers.
-
-

23 February 2011

Flash Back - Dr Jeffrey Resigned Dari PKR

-
Wednesday, October 28, 2009

Dr Jeffrrey Resigned as PKR member
-
Kota Kinabalu, 28.10.2009 (Wednesday):-
-
At last Dr Jeffrey Kitingan made decision to quit Parti Keadilan Rakyat (PKR). He made the decision to quit PKR due to PKR leadership who are disrespactful to the Sabahan sentiments.
-
Dr Jeffrey was a former PBS member, joined Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) later quit to join Parti Bersatu Rakyst Sabah (PBRS). Dr Jeffrey was forced to quit PBRS after a court decision to give PBRS to Tan Sri Joseph Kurup, the rightful leader of PBRS. Later on, Dr Jeffrey joined PKR not through PKR Keningau but went direct to PKR Kuala Lumpur. Anwar through Wan Azizah, PKR President, appointed him as Naib President of PKR at the national level. Finally Dr jeffrey quit as PKR today citing his disatisfaction to PKR leadership.
-

BILA CERAMAH DISELITKAN UNSUR NEGATIF...

-
Sekadar menjana pemikiran strategik

Seringkali kita mendengar keluhan umat islam terutama jemaah masjid dan surau-surau kerana isi kutbah jumaat dan ceramah lebih banyak tertumpu kepada menyindir, mencemuh atau memperlekehkan kewibawaan orang lain dan membelakangi unsur-unsur atau isi kandungan yang memotivasikan, mendidik, menerapkan nilai-nilai murni, berunsurkan perpaduan dan persaudaraan, menaikkan semangat kesukarelaan dan menerapkan sikap keikhlasan serta menerapkan pendidikan melalui saikologi.

-


Kata mereka lagi, isi kandungan ceramah yang mendatar dan isinya yang hampir sama sebulan yang lalu (tidak ada peningkatan isi dan kualiti) atau isi kandungan ceramah yang diada-adakan ini salah satu penyebab umat islam berfikiran 'statik' dan tidak ada peningkatan ilmu. Lebih malang lagi, mereka tidak berminat mendengar ceramah kerana alasan yang sama. Kata mereka lagi, isi ceramah dan kutbah yang mendatar (membosankan) atau tidak berasaskan fakta terkini (fakta yang ketinggalan zaman) tidak mampu menyatu-padukan ummah dan gagal menabur benih keikhlasan di negara kita. Ketiadaan ceramah yang berkualiti boleh menyebabkan pendidikan agama islam tidak sampai ke akar umbi. Ceramah tidak lagi dapat menyentuh hati umat islam kerana penyampaiannya tidak berkualiti. Samalah dengan kita mempunyai sejenis 'produk' yang baik tetapi tiada yang membelinya kerana cara dan kaedah 'memperagakannya' tidak menarik. Implikasinya, gejala negatif melanda umat islam. Umat islam kehilangan nilai-nilai murni, sikap bertolak-ansur dan sikap kesederhanaan. Umat islam menjadi angkuh, sombong, bongkak, celupar dan suka memperlekehkan orang lain.

-

Mungkin kenyataan ini tidak betul jika dipandang dari satu sudut sahaja. Benarkah ini berlaku? Soal betul atau salah bukan perkara utama tetapi sekadar 'menjana pemikiran strategik'. -

-

14 February 2011

'LESEN' MEMPERLEKEHKAN ILMU ORANG LAIN

-
Saya terdengar satu kenyataan/cerita dari ustaz beberapa hari yang lalu. Katanya "Tafsiran ayat Quran yang dibuat oleh orang yang tidak bersekolah agama (secara formal) tidak akan atau tidak boleh diterima walau pun tafsirannya betul". Betulkah? Lalu saya bertanya "Dan bagaimana dengan buku tafsiran Pak Hamka?", katanya "sama" kerana Pak Hamka tidak bersekolah agama. Kenyataan ini sudah berkali-kali saya dengar dari mulut ustaz ini. Lalu, hati kecil saya bertanya, "Loh..bagaimana dengan umat Islam yang belajar agama melalui ceramah, kuliah magrib dan subuh dan bagaimana pula kalau berguru dengan isteri atau suaminya yang jauh lebih tinggi kelulusan pendidikan agamanya dari ustaz yang mengeluarkan kenyataan?".
-
Saya pasti pengalaman ustaz ini diawal usianya (baru keluar/lulus dari kolej islam) juga pada ketika itu masih kurang. Dan untuk menambah pengalamannya, pastinya ustaz ini belajar atau merujuk kepada buku-buku islam yang ditulis oleh orang lain. Pak Hamka juga pastinya banyak membaca buku-buku islam yang membolehkannya memahami ajaran Islam dan menulis buku. Kan ada persamaanya tu. Jadi, soalnya kenapa memperlekehkan kewibawaan ilmu orang lain? Apakah dengan mengeluarkan kenyataan diatas maka 'lesen' memperlekehkan orang lain bertambah mahal nilainya dan sekali gus mengekalkan atau memartabatkan lagi 'authority'nya mengenai hak mentafsir agama mengikut pandangannya dan menidakkan pandangan orang lain walaupun betul? Atau.. ada niat lain barangkali atau...memperlekehkan ilmu anak muridnya sendiri.
-

11 February 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM ANJ. PISANG E/MALAYSIA

-
Penyertaan kursus ini terbuka kepada mereka yang serius menjadikan perubatan Islam sebagai salah satu medium dakwah yang berkesan. Penyertaan terhad kepada 30 orang. Latar belakang penceramah boleh dilihat dalam blog "Pisang-eastmalaysia" di bawah:
Tarikh: 5 & 6 Mac 2011 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Masjid Negeri Sabah (Bilik Kuliah 1)
Masa : 8.00 AM - 5.00 PM
-
Penceramah:
Ust Mohd Tirmizi Zainal (Pengamal Perubatan Islam Antarabangsa)
-
Anjuran:
Professional Islamic Support And Nurture Group (P.I.S.A.N.G) East Malaysia.
-
Penyertaan:
Sila hantar Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat & No.HP melalui SMS ke 013-8693148 atau melalui email:jjabcgroup@gmail.com
-
Topics covered:
-
1. The concept of Islamic Medical Treatment (IMT)
2. IMT in relation to modern medical treatment
3. IMT in relation to alternative therapy
4. The unseen in Qur’an and Sunnah
5. Illnesses and disease caused by the unseen
6. Sihr and disturbances
7. Protection against the unseen
8. Determining diagnoses
9. Treatment methodology (Ruqyah Shar'iyyah): Evidence and principles
10. Ruqyah Shar'iyyah (practical)
11. Case studies
-
*Nota: Bagi yang telah menyertai kursus Siri 1 dan 2, mereka layak mengikuti ujian praktikal untuk tujuan 'pengijazahan'.
-
Latar Belakang Penceramah:
-
1.0 NAMA:
Mohd. Tirmizi Zainal
-
2.0 UMUR:
24 Tahun
-
3.0 PENDIDIKAN:
-Medical Terminology Certificate (Royal Melbourne Hospital, Australia 2010)
-Diploma Tahfiz Wal Qiraat Darul Quran JAKIM (SELANGOR 2004/2007)
-Ijazah Perubatan Islam (Jordan 2007 & Yaman 2009)
-
4.0 GURU PERUBATAN ISLAM:
-Syeikh Dr Ibrahim Jawarneh (Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan)
-Syeikh Mahmud Ahmad Al-Qadasi (Imam Besar Masjid Hail Yaman)
-Syeikh Sulaiman Abduh (Pegawai Pusat Dakwah Sana'a Yaman)
-
5.0 PENGALAMAN:
-Aktif memberi kuliah dan rawatan di Malaysia (sejak berusia 16 tahun), Singapura, Brunei, Arab Saudi, Mesir, Yaman, Jordan, Qatar, United Kingdom, Peranchis, Australia, New Zealand, China, Hong Kong dan Korea.
-
6.0 PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SOSIAL:
-Koresponden antarabangsa Group Pengkaji tamadun Dunia (GPTD) Jordan dan Australia 2006 & 2007
-Mantan Timbalan Pengerusi Professional Islamic Support and Norture group (PISANG) United Kingdom 2008 & 2009
-