Puasa Enam dibulan Syawal
-
Dlm usaha memperdalam dan berkongsi ilmu berkaitan ibadah maka saya terpanggil utk mengambil kesempatan dihari Syawal yg sedang kita lalui ini, dgn huraian dan pemahaman menyangkut puasa enam dgn merujuk sumber-sumber sohih yg disediakann oleh para fuqaha' bagi meningkatkan keyakinan ketika menyempurnakan ibadah itu.
-
2) Seorang mukmin hendaklah menggalakkan dirinya utk melakukan puasa enam dibulan Syawal, sejurus sudah puasa Ramadhan; dan puasa enam ini, harus disempurnakan secara berurutan atau pun berselang-seli harinya dlm bulan Syawal itu.
-
3) Ibadah puasa enam ini adalah merupakan sunnah muakkadah yg digalakkan sangat kerana sesiapa yg menyempurnakan puasa enam itu seakan-akan dia berpuasa setahun genap (dari sudut ganjaran pahala); dlm ertikata lain, puasa bulan Ramadhan itu (ganjarannya) sama dgn sepuluh bulan (30 hari x 10 ganjaran pahala = 300) = (300÷30=10 bulan) yg ditambah dgn enam hari (ganjarannya 6 x 10 = 60 hari) = 2 bulan maka 10 bulan + 2 bulan= 12 bulan = 1 tahun
-
3) Menurut riwayat Muslim dan Termizi dari Abu Ayub r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yg berpuasa dibulan Ramadhan yg diikuti dgn puasa enam Syawal maka ia seakan-akan berpuasa setahun". Menurut Termizi lagi bahawa masyarakat seharusnya mengutamakan puasa enam berdasarkan hadith ini, dan Ibn al-Mubarak mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith sohih, dan puasa tiga hari dlm setiap bulan itu
menyusuli puasa enam sesudah Ramadhan, dan puasa enam ini lebih afdhal dilakukan diawal Syawal namun hari-hari lainnya diharuskan.
menyusuli puasa enam sesudah Ramadhan, dan puasa enam ini lebih afdhal dilakukan diawal Syawal namun hari-hari lainnya diharuskan.
-
4) Puasa setahun itu adalah dimaksudkan ganjaran pahalanya yg berganda sbg mana perintah solat 50 kali dlm sehari, yg kemudiannya diringankan kpd 5 kali sehari namun ganjaran pahala bagi solat 5 kali sehari itu sama dgn gannjaran pahala solat 50 kali sehari, dan Allah, s.w.t berfirman; "Keptusan disisiKu tidak dpt diubah, dan Aku sekali-kali tidak menganiayai hamba-hambaKu" - Qaf 29.
-
5) Puasa harian sepanjang tahun tidak disyari'atkan sbg mana riwayatt Ahmad dan Bukhari yg mengisahkan mengenai seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yg berkata bahawa beliau akan berpuasa sepanjang hari, dan bangun sepanjang malam selama hayatnya, dan mendengarnya maka Rasulullah s.a.w. bertanya kpd sahabat itu lalu diakuinya, dan bersabda Rasulullah s.a.w., "Kamu tidak berupaya melakukannya: puasa dan berbukalah, bangkit dan tidurlah, puasalah tiga hari dlm sebulan dan sungguh kebaikannnya itu diberikan ganjaran sepuluh kali ganda, yg mana puasa sedemikian itu seakan dilakukan setahun"; sahabat itu memberitahu bahawa beliau boleh melakukan lebih daripada itu maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah sehari, dan berbukalah sehari dan puasa sedemikian itu adalah puasa yg diamalkan oleh Daud a.s., dan itulah seafdhal puasa". "Tetapi saya mampu melakukan lebih daripada itu," jelas sahabat itu lagi" - "Tidak ada yg lebih afdhal daripada itu," tegas Rasulullah s.a.w.
-
6) Oleh kerana puasa seharian bagi sepanjang tahun itu tidak disyariatkan maka fadhilat puasa itu tidak wujud selain merasai lapar dahaga tanpa ganjaran pahala, dan ianya lebih merupakan adat yg tiada kaitan dgn hukum syara'.
-
Bersamalah kita berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan menyempurnakan ibadah puasa enam ini, yg datang hanya sekali dlm setahun!
-
Bersamalah kita berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan menyempurnakan ibadah puasa enam ini, yg datang hanya sekali dlm setahun!
No comments:
Post a Comment