Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

19 September 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN SMK SANZAC

.
Kota Kinabalu, 15.09.2009 (Selesa):-
.
Majlis perasmian penutupan program kemerdekaan peringkat SMK Sanzac telah disempurnakan oleh Janis Abdullah (Yang DiPertua PIBG) bertempat di dewan terbuka sekolah baru-baru ini. Majlis ini dihadiri oleh semua pentadbir sekolah, guru-guru serta pelajar tingkatan satu, dua dan empat. YDP PIBG juga turut menyumbang insentif berupa wang kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar agar tekun belajar untuk meraih kecemerlangan akademik.
.
Selain daripada itu, beberapa hadiah juga telah disampaikan kepada pemenang pelbagai pertandingan seperti pertandingan bilik darjah kemerdekaan, pertandingan melukis Poster Tingkatan 4, 5 & 6, Mencipta Kad ucapan Kemerdekaan Tingkatan 1, 2 & 3, Pertandingan syarahan kemerdekaan dan pertandingan menulis seni khat.

Sementara itu, YDP menyeru para pelajar supaya terus berusaha untuk mencemerlangkan diri dalam akademik dan menasihati agar berhati-hati dalam pergaulan sosial kerana cabaran masa kini terlalu kuat kerana pengaruh negatif internet dan pergaulan yang bebas. Generasi 'F' yang ada sekarang terlalu terdedah dengan budaya negatif sebab itu ramai yang terjerumus dalam kancah yang memalukan diri sendiri dan keluarga. Akhirnya pelajar yang terjerumus akan terkandas dalam pelajaran kerana terpaksa digantung atau dibuang sekolah.

Atas: Janis Abdullah (YDP PIBG) berucap dan seterusnya merasmikan penutupan program kemerdekaan.


Atas: Sebahagian dari guru-guru yang turut menjayakan majlis tersebut.

Atas: Cikgu Diuh Balimbang, Pengetua turun memberi ucapan alu-aluannya.


Atas: Penyampaian anugerah cemerlang kepada pelajar.


Atas: Insentif dihulur kepada pelajar untuk memberi motivasi agar terus berusaha.

Atas: Insentif pelajar berupa wang tunai sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang terus menyerlah dalam akademik


Atas: "Tahniah kerana cemerlang dalam bidang akademik. Teruskan usaha", demikianlah kata-kata motivasi yang dibisikkan oleh Janis Abdullah, YDP PIBG, kepada pelajar ini.
.

No comments:

Post a Comment