WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 August 2009

TAHLIL DI MASJID NEGERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52

Kota Kinabalu, Ahad (30.08.2009):- Satu majlis tahlil dan solat hajat peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Masjid Negeri Sabah sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali yang ke 52 tahun di sini pada 30.08.2009.
.
Majlis itu dihadiri oleh Tun Ahmad Shah Abdullah, Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertua Negeri Sabah dan Toh Puan, YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, YAB Datuk Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Speaker Dewan Undangan, Mufti dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta rakyat Malaysia.
.
Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa diikuti dengan solat Magrib, solat Hajat, Tahlil, Ceramah Agama, Solat Isyak, Solat Tarawih dan diakhiri dengan majlis makan malam.


Atas: Kelihatan TYT Tun Ahmad Shah Abdullah bersalaman dengan Datuk Hj Abdullah Husin, Setiausaha Agung USIA.

Atas: Kelihatan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah memperkatakan sesuatu kepada YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancungan dan Pembangunan Alam Sekitar sebelum meninggalkan majlis.

Atas: Suasana di Masjid Negeri Sabah semasa majlis tahlil diadakan.


Atas: Kelihatan tetamu yang hadir sedang menanti kedatangan TYT dan dif-dif kehormat.
Atas: YB Datuk Masidi Manjun bersalaman dengan orang ramai sebelum meninggalkan majlis.


Atas: TYT sempat berbual-bual dengan Datuk Ismail Ag Besar, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah sebelum meninggalkan majlis.
Atas: Datuk Ahmad Alawi, Mufti Negeri Sabah bersalaman dengan Datuk Hj Abdullah Hussin, Setiausaha Agung USIA Pusat.


Atas: TYT, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri sedang membaca tahlil sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52..

30 August 2009

POST MORTEM AGM USIA TAMBUNAN 2009

.

NOTA INI BELUM DIEDIT
.
Walaupun AGM USIA Tambunan telah selesai namun ianya tidak terlepas dari kesilapan. Inilah pertama kalinya saya menyaksikan pengendalian mesyuarat agung yang terlalu banyak kesilapan. Konsep 'hari ini lebih baik dari semalam' tidak berlaku. Malah 'hari ini lebih teruk dari semalam' adalah perkataan yang sesuai kerana terlalu banyak kesilapan. Kesilapan ini berlaku kerana mereka yang diberi amanah menjadi Jawatan Kuasa USIA 2006/2009 (termasuk saya) tidak menjalankan amanah dengan baik.
.
Kalau amanah itu dilaksanakan dengan baik, kesilapan yang terlalu banyak mungkin dapat dielakkan. Kesilapan ini bermula dari perwakilan yang memilih kami sebagai AJK tertinggi Bahagian Tambunan. Perwakilan dulu hanya tahu mencadang dan menyokong tanpa melihat kewibawaan AJK yang mereka pilih. Maka berlakulah pemilihan ala 'Tom & Jerry' yang tidak diketahui samada boleh menjalankan amanah atau pun tidak. Kesilapan saya pula sebagai orang 'veteren' dalam berpersatuan ialah TIDAK memberi tunjuk ajar kepada AJK lain serta perwakilan.
.
Perkataan 'veteren' terbahagi kepada dua. Pertama, orang lama yang berkecimpung dalam persatuan dan kaya dengan pengalaman. Kedua, orang lama dalam berpersatuan tetapi tidak berubah dari segi ilmu.
.
Saya lihat terdapat ramai orang lama yang menjadi AJK dalam USIA Tambunan tetapi masih tidak berpengalaman walaupun sudah berpuluh-puluh kali menghadiri mesyuarat Agung samada persatuan mahu pun politik. Malah terdapat juga yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan persekutuan tetapi masih tak pandai mengendalikan mesyuarat agung. Akibatnya, kita yang malu sendiri. Malu kepada perwakilan yang pandai dan sangat-sangat malu kepada pemerhati terutamanya dari USIA pusat.
.
Dalam pemilihan AJK USIA Tambunan yang berlangsung pada 29.8.2009 (Sabtu) banyak sekali kelemahan yang berlaku. Dari segi 'setup' dewan persidangan saya tiada komen sangat kerana persediaan agak rapi. Terimakasih kepada AJK wanita. Dari segi makanan memang sedap. Saya sungguh berselera berbuka puasa bersama jemaah di Masjid daerah Tambunan. Dari segi pendaftaran juga baik. Sambutan kepada rombongan perasmi juga adalah baik. Ucapan Ketua Bahagian juga sangat bagus. Semua kebaikan di atas adalah 'basic' dan malang sekali kalau berlaku kesilapan pada perkara yang masih 'basic'.
.
Tetapi cerminan kepada istilah 'profesionalisma' sangat kontras. Dari segi pengendalian AGM terutamanya pemilihan, saya amat kecewa kerana bermula dari notis mesyuarat yang tidak mengikut perlembagaan, pengacara majlis, pengerusi tetap, pengendalian pemilihan sehingga selesai sangat mengecewakan. Semua gambaran ini amat bertentangan dengan percepsi dari USIA pusat yang memandang tinggi sekali USIA Tambuanan kerana AJK dibarisi oleh AJK terpelajar yang berpengalaman. Demikianlah pujian dalam ucapan perasmian Setiausaha Agung, Datuk Hj Abdullah Husin, yang memandang tinggi terhadap kewibawaan barisan AJK USIA Tambunan. Malah ramai perwakilan dari bahagian lain memberi pujian kepada Tambunan kerana pidato semasa AGM USIA pusat bukan sahaja yakin tetapi mempunyai mutu 'inputs' yang berinformatif. Ini 'feedback' dari perwakilan lain yang banyak diterima samada melalui SMS mahu pun secara berhadapan.
.
Berbalik kepada AGM USIA Tambunan, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh AJK baru seperti berikut:
.
1. Kegagalan menghantar notis mesyuarat dari Bahagian kepada cawangan supaya mengadakan mesyuarat agung cawangan. Secara serius, berapa cawangan yang benar-benar bermesyuarat agung?. Yang pastinya Cawangan Kg.Patau selesai bermesyuarat agung. Cawangan Kg Patau sengaja mengadakan AGM lebih awal kerana berpandukan perlembagaan dengan harapan cawangan lain faham dengan 'ajakan' simbolik itu. Tapi rupanya 'ajakan simbolik' itu disalah-tafsir oleh sesetengah pihak (bukan semualah). Apabila Kg Patau bermesyuarat lebih awal, tindakan itu adalah 'pro-aktif' namanya.
.
2. Notis mesyuarat agung Bahagian diterima lewat oleh cawangan. Tak tahu salah siapa tetapi pastinya saya turut bertanggung-jawab.
.
3. Pengerusi tetap perlu menggunakan bahasa melayu 'standard dalam semua urusan mesyuarat agung. Jangan gunakan bahasa 'kampungan'. Sesekali guna bahasa daerah boleh di terima tetapi jangan terlalu kerap. Terlalu banyak sekali perkatan yang tersasul dan tersilap sebut. Cerminan 'keprofesionalimaan' bahagian itu boleh dilihat dari cara pengendalian AGM.
.
Penggunaan 'istilah' yang kabur perlu dielakkan. 'Dont take for granted' yang semua orang faham 'ungkapan' bahasa yang kita gunakan. Kesilapan yang ketara ialah pengertian surah Al-Maidah ayat 3 yang salah. Kalau AGMnya kucar-kacir maka Bahagian itu mungkin telah mengabaikan salah satu perkara pokok berpersatuan iaitu pertama, jangan ada unsur-unsur 'one-man show', kedua, jangan ada 'over-lapping' of authority dan ketiga, pengurusan dan pentadbiran yang teratur. Cuba semak semula mana perkara di atas yang terabai.
.
4. Sepanjang mesyuarat agung berjalan, sepatutnya hanya seorang sahaja Pengerusi Tetap yang bertugas sehingga selesai. Saya lihat Ketua Belia bercakap, Naib ketua Bercakap, Setiausaha bercakap, Ketua SPR bercakap sehinggakan pemerhati mengambil mikrofon untuk memperbetulkan keadaan tetapi ahli masih mengulangi kesilapan. Telatah ini menjadikan saya 'malu' pada pemerhati. Hampir-hampir saya 'take over' mikrofon kerana mahu 'mendidik' mereka yang tidak tahu. Namun, saya tidak tergamak berbuat demikian kerana menjaga hati semua orang. Ini yang saya katakan 'berlagak pandai wal-hal tak pandai maka itu namanya memandai-mandai'. Saya lihat Ketua Bahagian di sebelah saya pun picit-picit kepala mengenangkan 'anak buah'nya yang susah diurus.
.
5. Semua cadangan mesti ditujukan kepada Pengerusi Tetap dan perlu penyokong sebelum diterima cadangan. Dua kali pencadang membuat cadangan kemudian pencadang sendiri meminta perwakilan menyokong dengan cara mengangkat tangan. PERWAKILAN YANG MENCADANG TIADA KUASA MEMINTA SOKONGAN DARI PERWAKILAN LAIN TERHADAP CADANGANNYA KERANA TUGAS UNTUK MEMINTA SOKONGAN ADALAH TUGAS PENGERUSI TETAP DAN BUKAN PENCADANG. Saya terkejut ada ahli veteren (orang lama) yang masih tidak tahu tatacara AGM. Bagi saya inilah 'dosa besar' dalam berpersatuan terutamanya pengendalian pemilihan kerana pencadang telah mengambil-alih kerja Pengerusi Tetap. Saya sudah katakan diawal, bahawa veteren terbahagi kepada dua. Dan veteren ini adalah golongan yang kedua iaitu veteren tetapi tak berilmu. Sudah bertahun-tahun mengikuti AGM USIA tetapi masih tak tahu bermesyuarat. Ini juga sebahagiannya SALAH SAYA kerana tak memberi tunjuk-ajar kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya hanyalah Timbalan yang tidak boleh 'memandai-mandai' atau 'over-lap' kuasa Ketua Bahagian melainkan Ketua Bahagian meminta pandangan dari saya.
.
Selama ini, melihat dari 'gaya dan style' mereka, saya meng'ANDAI'kan bahawa mereka semua sudah tahu. Rupa-rupanya tak tahu. Lebih malang lagi bila mereka tidak tahu tetapi berlagak tahu lalu mereka TIDAK BERTANYA. Macam mana mau ajar kalau tidak mengaku tak pandai. Jadi bila pura-pura tahu tetapi tak tahu maka 'penyakit' demam ala H1N1 menyerang. Saya yang mantan AJK pun jadi demam kerana malu dengan pemerhati dari USIA pusat yang melihat semua telatah dari mula sampai akhir.
.
6. Pemilihan ketua SPR tidak tepat kerana beliau ialah 'perwakilan' saya dan mengambilnya sebagai Ketua SPR mesti dibuat melalui saya bukan 'direct'. Keduanya, saya tahu kemampuannya kerana belum terlatih dalam menjadi Ketua SPR. Sebab itu berlaku keputusan dimana SPR membelakangi perwakilan. Perwakilanlah yang sepatutnya berkuasa semasa AGM. Perlantikan pengerusi tetap, Ketua Bahagian dan AJK yang lain ditentukan oleh perwakilan maka semestinyalah perwakilan adalah 'RAJA' semasa AGM. Perwakilan yang menentukan samada AGM sah atau tidak. Terdapat dua cadangan cantik dari perwakilan yang tidak diambil kira oleh SPR. Soalnya, siapa yang memberi kuasa kepada SPR sehingga bertindak menjadi 'Pengerusi Tetap' dengan membuat keputusan sendiri yang tidak dicadang oleh perwakilan. Kalau SPR buat keputusan sendiri serta membelakangi cadangan perwakilan maka tak perlulah ada perwakilan. Soalnya, siapa yang beri 'advice' yang salah kepada SPR mengatakan dialah yang 'berkuasa' ketika itu. Ini advice yang sesat lagi menyesatkan. Kenapalah tak tanya 'Veteren' yang berpengalaman dan tahu procedure mesyuarat?
.
7. Setiausaha Agung tercari-cari usul-usul dari Tambunan tetapi tidak ada tercatit sedangkan usul dari Kg Patau sudah dihantar kepada Setiausaha (sila lihat minit mesyuarat Agung Kg Patau). Saya pun mencari-cari tetapi tiada jadi hanya tersenyum kepada Setiausaha Agung USIA Pusat. Mujur beliau tidak tahu bahawa hampir kesemua cawangan tidak bermesyuarat agung kecuali Kg Patau dan mungkin dua atau tiga cawangan lain. Jangan salahkan saya kali ini kerana saya sudah 'show example' mengadakan AGM cawangan saya supaya diambil iktibar oleh AJK Bahagian yang lain.
.
8. Saya lihat perwakilan yang hadir tidak ramai. Yang menyebabkannya ramai kerana kehadiran 'pemerhati' yang turut mengundi. Saya ulangi, PEMERHATI PUN TURUT MENGUNDI. Tahun 2006 pun pemerhati disuruh mengundi dan ramai yang tahu siapa 'DALANG'nya. Rupa-rupanya pemilihan baru-baru ini pun perkara yang sama berulang. Ini lagi satu 'dosa besar' dalam berpersatuan. Jika ini tidak ditangani dengan serius, kemungkinan besar pemilihan USIA Tambunan tidak sah. Saya mohon 'dalang' yang merancang ini berhenti menjalankan kegiatan yang 'tidak bermoral' ini kerana 'sepak terajang' begini memperbodohkan perwakilan lain seolah-olah tiada siapa yang tahu. Kalau dalang ini dibiarkan maka seluruh USIA Tambunan akan rosak.
.
9. Akhir sekali, pernahkah terfikir bahawa ada ahli yang tidak layak memegang jawatan dalam sebarang NGO. Orang yang tak layak memegang jawatan penting ialah orang yang berjawatan tinggi di Jabatan Kerajaan, orang muflis, orang yang ada rekod jenayah dan orang yang mempunyai kes mahkamah yang belum selesai. Mudah-mudahan ini tidak berlaku di Tambunan. Di tempat lain sudah berlaku. Ini pun melalui pengalaman saya yang banyak mengikuti persatuan besar.
.
Harap ahli jangan marahkan saya kerana 'post mortem' ini. Sebenarnya kalau dibuat secara terperinci, banyak lagi kesilapan ('loop-holes') dalam pengendalian AGM USIA Tambunan. Insyaa Allah, AGM akan datang saya akan 'highlight' banyak lagi perkara terutamanya dalam penyediaan laporan kerana ketika itu (insyaa Allah) saya menjadi perwakilan yang aktif selama tiga tahun. Dan kesempatan ini saya akan gunakan untuk menyumbang dalam menambah-baikan pengurusan USIA bahagian Tambunan.
.
Barang diingat, saya tidak pernah menjadi Ketua Bahagian kerana asyik kalah sahaja dalam semua pemilihan. Antara sebabnya saya 'gagal' ialah saya tidak pernah 'berkempen' supaya mengundi saya. Saya menjadi Timbalan Ketua Bahagian sebanyak dua kali secara kebetulan sahaja dan bukan melalui kempen. Saya tidak kecewa kalah malah terus membantu ketua serta terus memberi sokongan dan sumbangan kepada USIA Tambunan. Buktinya, sepanjang saya menjadi Timbalan, saya tidak buat kerja-kerja bertindih (over-lapping) dengan Ketua. Saya beranggapan bahawa, sesiapa yang mahu bertanding dengan saya, calon itu mestilah LEBIH BAIK dari saya. Sebab itu saya mengundi 'lawan' saya kerana menghormati keberaniannya menonjolkan kewibawaannya dalam mengurus strategi gerakan dakwah Islam di Tambunan. Hasil pengamatan saya sebagai pemerhati, saya telah menyaksikan bahawa tiada perkara 'baru' yang dibuat. Hampir semua aktiviti yang dilaksanakan dari dulu hingga sekarang hampir semuanya 'sama' (redundant). Ketua dan AJK silih berganti tetapi tiada program yang 'innovatif' yang boleh membantu ahli USIA di Tambunan. Tiada 'misi' tiada 'visi', tiada 'action plan', tiada 'strategic planning' jangka pendek dan jangka panjang. Kebanyakannya aktiviti merupakan 'ad hoc' yang kadang-kadang saya istilahkan sebagai 'mau berak baru cari jamban' (maaf saya menggunakan istilah kampungan), termasuklah penentuan AGM.
.
Sebagai ahli USIA yang mempunyai 'strong background' dalam 'Pentadbiran dan Pengurusan' (lebih 5 tahun belajar tentang subjek pengurusan di IPTA dan 21 tahun bekerja dalam bidang Pengurusan Korporat Multi-Nasional), saya tahu 'bahana' menimpa kalau saya 'memandai-mandai'. Cuma pengalaman yang saya perolehi ini tidak dapat dicurahkan sepenuhnya kerana peranaan saya hanyalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian yang mengutamakan kerjasama erat dengan Ketua Bahagian selama tiga tahun.
.
Kita tidak mahu ahli berebut-rebut berkempen meminta diundi dan jadi AJK yang akhirnya merosakkan nama baik USIA Tambunan kerana 'vested' interest seperti yang pernah berlaku pada tahun 70an. Pada masa kewangan USIA mantap, maka berebut-rebutlah menjadi AJK tetapi setelah kewangan USIA merudum masing-masing melarikan diri. Malah AJK pada ketika itu tidak dapat mempertahankan nama baik USIA kerana kesilapan mereka sendiri.
.
Banyak kewangan yang disumbangkan oleh USIA pusat kepada USIA Tambunan, dibolot oleh segelintir AJK USIA Tambunan untuk kononnya berdakwah di Tambunan tetapi pada hakikatnya mereka tiada strategi yang baik untuk mengembangkan Islam di Tambunan. Banyak janji-janji ditabur yang tidak dikotakan. Lebih malang lagi orang yang baru seminggu memeluk agama Islam dilantik menjadi pendakwah. Akhirnya ramai yang masuk Islam kemudian murtad semula kerana kesilapan strategi. Mereka ini menjadi perosak kepada nama baik Islam. Akibatnya orang-orang 'non-muslim' melemparkan perkataan 'Islam USIA' sebagai satu 'penghinaan' kepada umat Islam Tambunan.
.
Untuk menangani kemuncak 'penghinaan' ini, TIADA SEORANG pun AJK mahu pun ahli USIA Tambunan yang tampil kehadapan mempertahankan nama baik USIA malah setelah nama Islam rosak masing-masing melarikan diri. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1990'an. Kerosakan ini memakan masa hampir 30 tahun untuk dipulihkan semula. Hari ini imej USIA bertambah baik dan masa inilah orang-orang yang berperangai 'tidak ikhlas' mula menggenggam USIA semula disemua peringkat cawangan, bahagian dan negeri.
.
Alhamdulillah, saya menjadi ahli USIA pada Disember 1975 dan terus berpidato hampir di seluruh pelusuk Tambunan mempertahankan USIA selepas kejatuhan kerajaan USNO pada pertengahan 1976. Apabila USNO dan USIA jatuh, satu AJK USIA pun tiada yang berani mempertahankan USIA dan Islam. Malah ada ahli USIA yang menganggotai parti yang menumbangkan kerajaan USNO turut bersekongkol dengan non-muslim menghina USIA.
.
Kebanyakan ahli USIA sekarang tidak tahu sejarah ini kerana mereka baru cuba-cuba berkenalan dengan USIA. Kalau ingin tahu sejarah USIA, boleh rujuk tulisan saya (dua muka surat beserta gambar berwarna) yang disiarkan di Utusan Borneo pada 31 Julai 1999 mengenai 'mualaf'. Carilah artikel yang panjang lebar ini dan baca. Setelah membaca artikel itu moga-moga ahli USIA dapat mengetahui cabaran yang hebat yang dialami USIA dan Islam pada ketika itu.
.
Sebagai kesimpulannya, sudah sampai masanya USIA Tambunan mengorak langkah secara serius membangun USIA Tambunan dan memperkasakan ahlinya agar kita dapat membantu umat Islam di Tambunan terus berkembang maju dalam semua aspek.
-
-

AGM USIA TAMBUNAN SELESAI

29.08.2008
Tambunan, Sabtu:-
.
USIA Bahagian Tambunan selesai mengadakan Mesyuarat Pemilihan Jawatan Kuasa baru bagi sesi 2009/2011. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Datuk Hj Abdullah Husin, Setiausaha Agung USIA pusat.
.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Abdullah menasihatkan semua ahli USIA khususnya di Tambunan, agar meneruskan perjuangan memperkasakan ummah dengan terus berdakwah memperbetulkan percepsi negatif terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
.
Beliau seterusnya memberitahu bahawa Yang Di Pertua USIA pusat mengambil berat terhadap perkembangan Islam di Tambunan dan berharap agar semua ahli terus aktif mengadakan aktiviti samada dalam bidang dakwah, ekonomi, pendidikan dan aktiviti riadah. Beliau juga berharap agar belia terus bergerak cergas dalam dakwah sambil beriadah.
.
Dalam pemilihan AJK baru, Ustaz Jumain kekal menjadi Ketua Bahagian menang tanpa bertanding.


Atas: Datuk Hj Abdullah Husin, Setiausaha Agung USIA pusat merasmikan AGM USIA Bahagian Tambunan


Atas: (Dari kiri) Janis Abdullah, Datuk Hj Abdullah Husin, Ustaz Hj. Hadiq dan Ustaz Jumain semasa AGM

Atas: AJK USIA Tambunan bagi tahun 2006/2009


Atas: Kelihatan Datuk Hj Abdullah menyerahkan cek kepada USIA Tambunan

Atas: Ust Jumain menyerahkan borang keahlian bagi 300 ahli baru.


28 August 2009

10 TIPS PELAJAR DI AMBANG PEPERIKSAAN

Peperiksaan akhir bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM semakin hampir. Oleh itu calon-calon peperiksaan juga semakin serius mengulangkaji semada melalui kelas tambahan mahu pun secara latih-tubi soalan tahun-tahun lalu. Apa pun cara mereka, mungkin ada kebaikan jika mereka mengetahui serba sedikit tips menghadapi peperiksaan.
Berikut adalah beberapa tips umum untuk menghadapi peperiksaan.
.
1. Jangan panik
.
Masa masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
.
2. Kaji topik dan pemetaan maklumat
.
Semak samaada anda memahami sepenuhnya atau tidak. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Paling mudah, tanya guru atau rakan atau ibubapa.
.
3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
.
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
.
4. Kuatkan ingatan dengan secara 'output learning'
.
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran menggunakan lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
.
5. Banyakkan latih tubi dan ujian simulasi
.
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek ialah melalui latihan berterusan (latih tubi) soalan tahun-tahun lalu. Tanya guru anda kalau tak faham.
.
6. Nota ringkas
.
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
.
7. Rehat dan riadah secukupnya
.
Perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
.
8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
.
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Pemakanan seimbang disyurkan.
.
9. Kawal emosi
.
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi disaat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
.
10. Banyakkan berdoa dan solat
.
Calon perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuanNya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.
.

DOA PALING MUSTAJAB

Saat-saat Doa Paling Mustajab Hadith :
.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:
-
"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T." (Muslim)
.
Huraian
.
Sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Allah memerintah para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s sebagai satu penghormatan yang tinggi. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa sujud yang paling tinggi adalah sujud pada Allah.
-
Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya umat Islam berbeza daripada umat lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini membuang sifat angkuh dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung.
.

10 SEBAB DOA DITOLAK

1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYA

2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA

3. Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya

4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri

5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya

6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa

7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya

8. Kamu tahu kematian namun tidak bersiap menghadapinya

9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran

10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri

26 August 2009

UCAPAN RAMADHAN YB.DATUK MASIDI MANJUN

SALAM RAMADHAN DARI
YB. DATUK MASIDI MANJUN
(Walau sibuk dengan urusan, YB sempat juga mengucapkan
salam Ramadhan kepada saya melalui SMS. Biasanya
kami bertemu di Istana menjelang Ramadhan pada 22.08.2009 sempena melihat anak bulan,
tetapi beliau tidak sempat datang
ke Istana seperti tahun-tahun lalu, jadi beliau
hanya menghantar SMS sebagai pengganti diri)

Berikut adalah bunyi SMS beliau:

"Salam Ramadhan Al-Mubarak! Selamat menunaikan ibadah puasa
semoga ibadah Ramadhan meSUCIkan diri dan jiwa kita".
Ikhlas dari Masidi Manjun
22 August 2009

P/S. Saya minta maaf pada YB kerana terlupa balas SMS ini.
Namun saya ucapkan terima kasih atas SMS itu. Semoga YB sekeluarga
sihat semasa menjalani ibadat puasa dan ibadat-ibadat yang lain.
Amiin.
.

MOTIVASI SOLAT (TARAWIH DI MASJID NEGERI SABAH)

.
SOLAT TARAWIH DI MASJID NEGERI SABAH


Atas: Beginilah suasana tarawih di Masjid Negeri Sabah sepanjang bulan Ramadhan pada setiap tahun. Foto ini diambil dari tingkat 2 masjid dari sudut kanan di mana RTM sentiasa membuat liputan solat Jumaat secara langsung. Ruang solat utama ini dipenuhi oleh jemaah lelaki, dewasa dan kanak-kanak kerana memang tempat ini selesa dengan kesejukkan penghawa dingin.
Atas: Kelihat jemaah wanita bersolat sehingga terkeluar dari ruang solat tertutup kerana ruang solat khas untuk wanita yang terletak di belakang masjid tidak dapat menampung jemaah yang ramai. Ruang solat wanita mempunyai pendingin hawa (air-conditioner) dan ruangnya terhad kepada 300 jemaah sahaja.
Atas: Kelihatan jemaah wanita dalam serba putih memakai telekong. Memang menarik perhatian sekali terutama bila pelancung berkunjung. Walau bagaimanapun, pelancung tidak dibenarkan melawat disebelah malam. Pelancung tertarik dengan keindahan solat wanita yang bertelekung serba putih dan menarik.

Atas : Ruang solat lelaki di belakang (tingkat 1) juga hampir penuh. Ruang ini dikhas kepada jemaah yang tidak suka dengan kesejukan pendingin hawa. Mereka lebih suka bersolat di bawah kipas.


Atas: Pandangan dari tingkat 2, sudut sebelah kiri.

Atas: Jemaah lelaki setelah selesai tarawih (dilihat dari ruang solat belakang tidak ber'aircon')

Atas: Sujud merendahkan serta mengabdi diri kepada Allah. Kedudukan solat ini sangat baik untuk kesihatan urat saraf kerana regangan urat saraf berada pada tahap maximum. Kalau latihan ini dapat dilakukan selama 23 rakaat setiap malam dan dilakukan genap sebulan Ramadhan, bayangkan tahap kesihatan urat saraf kaum muslimin yang rajin bertarawih.
.
Kemungkinan besar tidak terkena penyakit lumpuh akibat urat saraf dalam usia muda. Secara logiknya, sujud boleh membantu memudahkan peredaran darah yang mengandungi oksigen (Oxygeneted blood) mengalir ke otak dan mengaktifkan semula sel-sel lemah setelah menerima bekalan oksygen yang kaya dengan 'hemoglobin' atau darah merah. Proses ini berlaku kerana ventrikal kiri (left ventrical) jantung dapat mengepam darah merah bersih ke otak dan seluruh tubuh badan manusia.
.
Dalam kedudukan sujud juga, darah merah yang kaya dengan makanan dan oksygen dapat mengalir dengan pantas dan mudah kerana bantuan tarikan graviti (gravational pull). Sebab itu kalau kita sujud jangan terlalu cepat naikkan kepala kerana masa inilah darah bersih berpusu-pusu mengalir ke bahagian otak. Jangan sujud seperti patuk ayam. Inilah hikmahnya 'tomaninah' yang menjadi rukun solat.
.
Sujud juga menandakan kepatuhan serta ketundukan kepada Penguasa alam ini iaitu Allah. Jadi... kenapa masih ada orang tak solat?
.

STUDY TIPS


STUDY SKILLS
.
A. SUMMARIZE IMPORTANT POINTS

When studying, gather all notes, handouts or reference materials on the subject. Once you have done that, try to summarize the important points by listing them down in bullet points. Draw diagrams if necessary. Reread your notes and try to recall how your lecturer or teacher discussed them. Also, many students find it more effective to study together with a buddy. A studying buddy can help you test your skill in memory recall and reinforce your understanding of the subject.

B. BEAT YOUR LAZINESS

Laziness can become a big stumbling block in your studies, but with perseverance, commitment and a little support, it can be overcome. Here are some tips to beat laziness: Firstly, think of your target and goals – you know you can’t be lazy if you want to succeed. Secondly, keep healthy by getting enough rest and sleep, doing regular exercises and not eating too much until you feel too heavy to move. Third, repeat your goals everyday, and when you’re ready, tell the people around you. Lastly, the support that you need may come from your family, friends; or maybe your religion. Or, it can even come from your own self! Every morning and before you go to bed, look at the mirror and tell yourself you will beat your laziness!

C. REVIEW SCHOOLWORK

Successful students don’t spend all their weekend having fun. They set a few hours, especially on the evening before class, to review their schoolwork.This helps them to be ready to go back to class when another week begins.

D. STEADY STUDY GROUP

One of the best ways to understand and remember what you study is by exchanging questions and answers with a partner. You can play this Question-and-Answer game with a classmate. Or you can form teams and play by giving marks for correct answers and subtracting marks for each wrong answer. The winning team gets a small prize such as a cup of tea or a pencil for each member, but all participants will benefit by learning and remembering along the way!

E. WRITE CORRECT WORD AND SPELL IT RIGHT

There are many pairs of English words that sound alike, but each has a different meaning. For example, affect means to influence, while effect means the result of something. Be careful to use the correct word so that you will not express something different than what you mean to express. Ask your teacher or lecturer; or just check with the Internet, or a dictionary, when you are not sure. Always write the right word!

F. KEEP TRACK ON ASSIGNMENT DATELINE

Always remember that time is a critical resource that you can’t replace when it’s gone. Smart students use their time wisely so that they won’t complain of not having enough time when exams or assignment deadlines are around the corner. Stick a large calendar up on your wall, behind the door, on the wall of a cupboard etc and look at it daily so that you always know the number of days you have before the exam or assignment deadline.

G. REVIEW IMMEDIETLY AFTER CLASS

Review reading assignments and exercises just before class, or before preparing your school bag. Then, review what you have learned immediately after class, or on the same day when you get home. This way, you will be better prepared to absorb lessons during class, and will remember what you have just learned.
.

25 August 2009

SEORANG LAGI HAMBA ALLAH MEMELUK ISLAM

.
21.08.2009 (Jumaat)
.
Kota Kinabalu:- Mr Daniel (kaum tionghua) dari Kota Kinabalu selamat memeluk agama Islam di Masjid Negeri Sabah kira-kira lima minit sebelum solat Jumaat berlangsung. Kemasukannya ke dalam Islam dibuat pada hari Jumaat untuk mengambil berkat penghulu hari iaitu Jumaat. Beliau memilih nama barunya MUHAMMAD SYEIKH DANIEL.

Atas: Mr Daniel berbaju putih dan berkopiah putih (tengah) setelah memeluk Islam pada 21.08.2009 yang dipimpin Janis Abdullah.

Atas: Kelihatan Daniel mengucap dua kalimah syahadat dihadapan Janis abdullah dan disaksikan oleh empat orang sahabat serta keluarganya.



Atas: "Asyhadu-Allah ilaaha-illallaah... wa-asyhadu-anna-Muhammadar-Rasuulullah", (I bear witness that there is no god but Allah, and I bear witness..Muhammad is the Messenger)



Atas : Tazkirah diberikan kepada Muhammad Syeikh Daniel selepas solat Jumaat mengenai "why I am muslim?" dan "Time line of known books", mengenai sejarah penurunan kitab-kitab dalam bahawa Inggeris yang disampaikan oleh Janis Abdullah.

.


JADUAL CERAMAH RAMADHAN

JADUAL CERAMAH RAMADAN DI MASJID NEGERI SABAH


Sepanjang bulan Ramadhan 2009, Masjid Negeri Sabah menyediakan pelbagai acara seperti majlis berbuka puasa setiap hari, ceramah 40 minit selepas solat Zohor, solat tarawih (tahunan), tadarus Al-Quran dan insyaa Allah qiamulail 10 malam terakhir. Berikut ialah jadual ceramah bulanan Ramadhan selepas Zohor di Masjid Negeri.


Atas: Jadual ceramah Ramadhan selepas zohor untuk panduan.

Atas: Niat/lafaz pembayar Zakat Fitrah yang disediakan di Masjid Negeri Sabah.

Atas: Harga zakat fitrah pada tahun 2009 bagi seorang ialah RM6.60

.

MENYAMBUT TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

16.08.2009

Kota Kinabalu, Ahad:-


Kira-kira dua ratus orang telah menyambut kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, bertempat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baru-baru ini.


Mereka ini terdiri dari orang kanan kabinet negeri Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Yahya Hussien, Timbalan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri, para pendidik, persatuan ibubapa guru dari pelbagai sekolah dan rakyat jelata berhampiran.


PIBG SK Tanjung Aru 1 turut hadir untuk menyerahkan memorandum mengenai permohonan sekolah baru yang lebih moden. Bangunan sekolah yang ada dibena pada tahun 1952 dan sememangnya tidak sesuai lagi dalam era mellinium.


Atas: Sepanduk dari Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah


Atas: Pencetus Faktor 'WOW'.




Atas: Sepanduk dari BN dan UMNO tanda sokongan kepada kepimpinan TPM.




Atas: Serpanduk berbunyi "Pencabar Perlembagaan Pengkhianat negara"



Atas: Satu lagi sepanduk mengenai kah perlembagaan.



Atas: Sepanduk mengiringi PIBG SK Tanjung Aru 1 menghantar memorandum kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia memohon supaya pembenaan sekolah baru SK Tanjung Aru 1 dipercepatkan memandangkan bangunan ini adalah bangunan yang dibena pada tahun 1952.



Atas: Sepanduk memohon Tan Sri singgah di SK Tg Aru 1 melihat sendiri keadaan sekolah yang perlukan perhatian dari kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.


Atas: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Atas: Ratusan menanti kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
.

22 August 2009

PANDUAN RINGKAS MENYAMBUT RAMADHAN

-
Menyambut Ramadhan:
.
1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesihatan agar kita dapat beramal disepanjang Ramadhan.
.
2. Bersyukurlah atas kehadiran Ramadan. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
.
4. Rancang kegiatan dibulan Ramadan. Tempoh ramadan sangat singkat sebab itu isi dengan amalan yang boleh membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah.
.
5. Bercita-cita mengisi Ramadan dengan ikhlas. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantu serta memudah melaksanakan aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad (47): 21
.
6. Tambah ilmu ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah berlandaskan ilmu. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tiada mengetahui,” Al-Anbiyaa’ ayat 7.
.
7. Bertekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah dari segala dosa. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur (24): 31
.
8. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang hikmah puasa. Membaca Quran dan mengetahui maknanya.
.
9. Banyak berdakwah di bulan Ramadhan. Buat catatan kecil mengenai keutamaan puasa untuk diagihkan kepada sesiapa saja.
.
10. Menyambut Ramadan dengan taubat nasuha.
.

SELAMAT BERPUASA 22.08.2009 (SABTU)

.

SELAMAT BERPUASA


KEPADA SEMUA SAHABAT HANDAI JAUH DAN DEKAT
SAMA-SAMALAH KITA MENINGKATKAN AMAL DIBULAN RAMADAN AL-MUBARAK

.

17 August 2009

NUMBER 786 (satanic temptations?)

.
Question:
.
I have seen most of the Asian people (Pakistani and Indian) give importance to the number 786; they say that it symbolises shahada (that there is not God, except Allah). Should I give importance to that number? Please refer me to Hadith or Qur'an in addition to your opinion.
.
Fatwa:
.
Praise be to Allah, the Lord of the Worlds; and blessings and peace be upon our Prophet Muhammad and upon all his Family and Companions. This act is no more than a myth and there is no evidence that supports it in Sharia. This is merely a form of satanic temptations or an innovation of some ignorant Muslims. The glorification of Allah should be by practicing His commands, keeping away from His prohibitions, fearing His punishment and seeking His reward and Paradise. The glorification of Allah should be by honouring His Book, the Qur'an, reciting it precisely and applying it in real life. The glorification of Allah should be by respecting His Messengers (Blessings and peace of Allah be upon them) by following their orders, believing in tidings they brought, avoiding what they banned and worshipping Allah as they taught. So, a Muslim should not follow such myths and innovations. Allah has stated in the Holy Qur'an that the evidence of the love of the Prophet lies in obeying him. Allah Says (Interpretation of meaning):
.
(Say (O Muhammad to mankind), if you (really) love Allah, then follow me. Allah will love you and forgive you of your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful).
.
We should avoid all kinds of myth and innovation, awake up people's awareness to give them up, and we must do our best to refute them. Prophet Muhammad (Blessings and peace of Allah be upon him) said:
.
"If somebody tries to introduce into this faith of ours (Islam) something, which is not a part of it, is to be rejected (and that person is condemned)". [Bukhari and Muslim].
.
Allah knows best.
.

16 August 2009

Q & A

Question:
Why do Muslims abuse non-Muslims by calling them Kafirs?
.
Answer:
.
Kafir means one who rejects.

‘Kafir’ is derived from the word ‘kufr’, which means to conceal or to reject. In Islamic terminology, ‘Kafir’ means one who conceals or rejects the truth of Islam and a person who rejects Islam is in English called a ‘non-Muslim’. If a ‘non-Muslim’ considers being called a ‘non-Muslim’ or ‘Kafir’, which are one and the same, an abuse, it is due to his misunderstanding about Islam. He or she needs to reach out to proper sources of understanding Islam and Islamic terminology, and not only will he not feel abused but appreciate Islam in the proper perspective.
.

15 August 2009

Miraculous medicinal uses of Zamzam

.
Miraculous medicinal uses of Zamzam.
By: Dr. Qazi Shaikh Abbas
It was the earnest need of the child that mother of Ismail Nabi ran in search of water in the vicinity of Makkah. Under divine instruction, Jibreel (A.S.), struck the site of the land with his heels, and perpetual source of healing Zamzam was discovered. Zamzam was considered sacred earlier to Islam amongst Jews as well as Christians too. Afterwards, due to the religious bigotry they ignored it. It has simultaneously three abilities, to quench the thirst and removes the feeling of hunger. The next ability of Zamzam, as per traditions, is its numerous and enormous medicinal benefits.
· Rasulullah(S.A.W) used to carry Zamzam in water-bags to Madinah. He used to sprinkle it over the sick and offered them to drink it with the intention of cure, (Al Silsilat al Saheeyah, 883, Qaherah).
· According to the Hadith literature "Zamzam, is a Barakat, a food that satisfies and a cure for the sick". (1-Abizar, Muslim, 4/1922; 2-. Al Tayaalisi (61)).
· Zamzam is considered to help students in the correct pronunciation of Arabi in non-Arab region.
· It was Abizar who expressed his personal experience to his Lord, Rasulullah(S.A.W.A.),while he questioned about his foodstuff. He informed: I had spent forty long days with Zamzam. I do not feel any kind of weakness or hunger nor do I become slim." Rasulullah(S.A.W.A.) declared: "Verily, it is blessed, it is food that nourishes." (Muslim, 2473).
· According to the Tradition narrated by Jabir bin Abdullah al Ansari "With whatever (legal) intention one can drink it his wish fulfills". "It is a cure for a numerous diseases by the order of Allah. So you should have the intention of what you want to gain by drinking this water".
· Abbas informed: "Before the dawn of Islam, Zamzam was known as Shabaah (satisfaction).When he drank from Zamzam, he recited this Doa: "O Allah! I ask you for beneficial knowledge, plentiful provision and healing from every disease."
· It is applied to the eyes to brighten the sight.

06 August 2009

MOON SPLIT (BULAN TERBELAH)-MUKJIZAT NABI MUHAMMAD

-
KESAN BULAN TERBELAH DUA (AL-QAMAR)
-
-
Dalam surah Al-Qamar, bulan telah dibelah oleh Nabi Muhammad dengan izin Allah, kira-kira 1400 tahun yang lalu. Surah ini menjadi bahan ketawa bagi kebanyakan manusia terutamanya musuh-musuh Islam. Mereka memperlekehkan Al-Quran dengan mengatakan isinya hanya dongengan Muhammad. Seperti juga dengan Abu Jahal yang melihat dengan matanya sendiri peristiwa itu tetapi masih mengatakan bahawa Muhammad mempunyai kehebatan sihir. Sedangkan yang melihat pun tak percaya inikan pula manusia zaman moden yang tidak pernah melihat peristiwa itu.
-
Alhamdulillah, saintis Amerika akhirnya menemui kesan menakjubkan iaitu bekas belahan pada bulan menandakan bulan pernah terbelah dua. Mengikut Dawood Mussa, Surah Al-Qamar inilah yang menyebabkan beliau tidak percaya kepada Islam tetapi dengan penemuan saintis Amerika itu, maka Dawood Mussa berteriak sambil melompat dari kerusinya dengan katanya "Inilah mukjizat Muhammad 1400 tahun lalu. Inilah agama yang benar", lalu beliau memeluk agama Islam. ALLAHU AKBAR.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
This pictures shows the location of the rocky belt which shows the moon was once split. The unbelievers of Makah said to the prophet that if you are truly a prophet split the moon and if you do so we shall believe. It was a full moon that night…
-
And so the prophet prayed to Allah to grant him this miracle and the moon was split. Half was seen over mount Saffa and the other over mount Kaikaan.
-
The people said the prophet has placed a spell on us, however if he played trick on us then he can’t play trick on all of the people in the world. Abu Jahal then said “let us wait until the people Albadiah come and if they saw the moon split, then it is true, if not then we all know it was a trick of magic.
-

When the people of Albadiah came they too said they saw the moon split and the disbelievers said “oh how powerful Muhammad magic is”.
-
Then Allah revealed surat Al Qamar: “The hours has come near and the moon has split and when they see a sign, they turn and say ‘there is a continuous magic’ and they disbelieved and follow their desires…”.
-

This took place in the days of prophet Muhammad in Makah. In one of Dr Zaglool Al-Najar’s seminar in one of the British Universities said:”The miracle of the splitting of the moon has been proven recently”
-

Soon the scientist came to discuss the most expensive trip to the moon which costed 100 billion dollars, so the broadcaster asked them “so to put the American flag on the moon you spent this much money?”
-

This scientist stated that this amount of money was spent because they were trying to study the internal structure of the moon to see what similarities it has with the earth and they said that they were surprised to find a 'belt of rock' that goes from the surface of the moon right to the inner depth.
-

Being quite surprised, they gave this information to their geologists, who was also surprised as they concluded that this couldn’t be unless the moon was once split and resealed. The rock on the belt are a result of the impact during the time that the two halves of the moon recombined.
-
Watching this, brother Dawood Mussa jump off his seat screaming “This is Muhammad miracle which occurred more than 1400 years ago and now the Americans are spending billions of dollars to prove it to the Muslims. He then said ‘this must be the true religion, and so, where once Surah Al-Qamar was a cause of him disbelieving Islam, it was now the reason for him to embrace Islam.

-

AWAS KURMA KELUARAN ISRAEL

-
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya... dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
-
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini.. Rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.
-

05 August 2009

RACISM IN ISLAM

What did the Prophet say about racism?
-
Religion and scripture have long been blamed for many of society's ills. You've probably heard these rants before:
-
"Religion causes bloodshed!""Religion causes war!"
-
It's not religion but the misinterpretation of religion that contributes to the social evils we see today. True Religion can only serve as a source of peace. It doesn't cause society's problems, it cures them.
-
The election of President Obama when compared to the legacy of slavery and segregation in our country is a living testimony to how far we've evolved and matured as a nation.Nevertheless, in certain pockets of the world racism still lives. It exists as a modern evil - a mental disease caused by a corrupted mindset.
-
Its cure by the way is nothing new, in fact it's fourteen hundred years old. Islamic tradition known as Hadith states that in his final sermon the Prophet Muhammad, Allah's Blessings and Peace be upon him, said:
-
"There is no superiority for an Arab over a non-Arab, nor for a non-Arab over an Arab. Neither is the white superior over the black, nor is the black superior over the white -- except by piety."
-