WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

17 September 2009

ALUMNI UiTM SABAH MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA

.

Kota Kinabalu, 09.09.09 (Rabu):-

.

Seramai 80 orang bekas pelajar UiTM dan Pegawai Kanan UiTM Sabah telah mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih bertempat di Le Meridian Hotel baru-baru ini. Turut hadir ialah YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Yang DiPertua Persatuan Alumni UiTM Sabah, Professor Madya Dr Worran Kabul, Pengarah UiTM Cawangan Kota Kinabalu dan beberapa professor serta pensyarah UiTM Sabah, serta keluarga masing-masing.


Atas (dari Kanan): YB Datuk Masidi Manjun (YDP), Janis Abdullah (Setiausaha) dan Abdul Aziz Hj Salleh (Ahli Majlis Tertinggi) Alumni.



Atas: Kelihatan Professor Madya Dr Worran Kabul (baju biru) menyerahkan wang PTPL kepada YB. Datuk Masidi (YDP) sebagai pembayaran semula kepada Alumni yang sudi membantu membayar yuran pelajar miskin yang tidak mampu membayar yuran mereka kepada UiTM. Penyerahan itu disaksikan oleh Prof. Dr Rosdiana Sukardi (Timbalan Pengarah UiTM Kota Kinabalu), dan Dr Abdul Kadir Rosline (Alumni dan Timbalan Pengarah UiTM Sabah).

Atas: Ahli Alumni bersantai-santai sementara menunggu masa berbuka puasa.





Atas: Aksi sementara menunggu masa berbuka puasa.


Atas (dari Kanan) : Encik Azhar Datuk Hj Matusin (Timbalan YDP Alumni), En Mohd Ridza (AJK Tertinggi Alumni), Prof. Madya Dr.Worran Kabul (Pengarah UiTM Kota Kinabalu Sabah) dan YB Datuk Masidi Manjun (YDP Alumni UiTM Sabah).




Atas: YB Datuk Masidi ditemuramah oleh wartawan

.

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete