02.11.08 (Ahad):
Semasa saya dalam kelas muqaddam pada hari Ahad, 02.11.08, saya menerima SMS dari seseorang meminta tolong bagaimana mengingat huruf 'ALIF, BA, TA ' kaedah 'IQRA' supaya boleh terus hafal:
JAWAPAN SAYA MELALUI SMS:
Salaam.Terima kasih atas SMS itu. Ini tandanya anda telah memasang niat dan minat untuk belajar muqaddam. Jika anda berada di Kota Kinabalu, sila jumpa saya di Masjid Negeri Sabah, Sembulan. Belajar sendiri boleh membantu setelah mendapat kaedah sebutan yang betul dari guru. Insyaa Allah kami dari Masjid Negeri boleh membantu.
Jawapan Tambahan:
Apa pun kaedah mengajar, semuanya berkesan kerana lain guru lain kaedahnya. Insyaa Allah, saya ada modul yang digunakan semenjak dari tahun 1992 dan sentiasa diperbaharui serta diperbaiki berdasarkan kemampuan pelajar. Kadang-kadang pelajar tidak sesuai menggunakan kaedah yang sama kerana bergantung kepada kecerdasan minda (IQ) masing-masing. Ada yang selesa dengan Iqra, ada dengan Qiraati, ada yang suka Hattawiyyah, ada yang suka dengan Ar Ruhul Al-Amin dan ada juga yang masih suka dengan kaedah Bagdadiah (muqaddam klasik). Jadi mana-mana kaedah pun boleh digunakan mengikut keselesaan pelajar masing-masing.
Saya pula gunakan modul kombinasi dengan Hattawiyyah, Iqra, Qiraati dan kadang-kadang gunakan Bagdadiah sebagai rujukan. Semua ini saya rangkumkan dalam 'power point' dan dipancarkan dengan menggunakan LCD sebagai salah satu alat bantu mengajar.
Janis Abdullah
Masjid Negeri Sabah
Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment