Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

20 November 2008

CERAMAH YUSUF ESTES BEKAS PADRI DARI TEXAS USA (DI YAYASAN SABAH LIKAS)

KOTA KINABALU, 19.11.2008:-

Kira-kira 800 orang menghadiri ceramah Yusuf Estes, bekas padri dari Texas USA, yang diadakan di Auditorium Yayasan Sabah. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Masidi Manjun dan Datuk Jahid Jahim. Majlis itu anjuran JAKIM, USIA, JHEAINS dan CONCERN.
Ceramahnya yang memakan masa kira-kira sejam itu menyentuh mengenai pengertian islam sebenar, sains dan keimanan.







Yusuf juga membenarkan penonton bertanya secara bertulis yang adakalanya lucu dan menghiburkan.






Antara pertanyaan lucu yang menggamatkan penonton ialah : Kenapa kamu kelihatan 'comel' di TV? Yusuf tidak menjawab kerana menganggap soalan ini soalan mengusik.


Ada juga pertanyaan samada benar atau tidak angkasawan Amerika benar-benar mendarat di bulan atau disebaliknya. Yusuf menjawab secara bersahaja. Beliau minta penonton menjawab sendiri. Penonton bertambah gamat.

Yusuf mengakhiri ceramahnya dengan mengajak penonton melihat sendiri laman-laman webnya untuk lebih lanjut. Antaranya: yusuf estes.com

Saya sempat mengambil video walaupun videonya kurang mantap tetapi cukup baik untuk saya membuat kajian dan kalau boleh dijadikan video untuk edaran kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir.

No comments:

Post a Comment