Jam 1.40 petang, Persidangan USIA yang ke 22 yang berlangsung di Dewan Saadah, Wisma Muis, selesai. Sebanyak 23 bahagian telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta 7 orang Ahli Majlis Tertinggi turut mengambil bahagian. Banyak cadangan telah di kemukakan dengan teknik penyampaian yang berbeza-beza. Ada yang tersasul, ada suara yang keras, ada yang bersahaja, ada yang serious, ada yang berpantun, ada yang bersyaer, ada yang petah berkata-kata bak pemidato 'sukarno' dan ada juga menyindir. Apa pun teknik yang digunakan, semuanya bertujuan untuk memantapkan USIA. Kepelbagaian penyampaian ini menambahkan lagi seri kemeriahan persidangan pada tahun ini.
Sebagai pertubuhan Islam yang terbesar di Malaysia, USIA bakal melekar sejarah apabila tahun depan USIA akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 40 tahun berkemungkinan diadakan di bangunan barunya di One Borneo Likas. Pada masa yang sama, kita akan melihat pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang baru.
Sementara itu, saya telah diberi mandat untuk menjadi jurucakap bagi USIA Tambunan membawa 5 usul antara lain:
1. Memperkasakan Research & Network Development (R&D) USIA.
(Maklum-balas YDP: Satu cadangan yang baik)
2. 30% Equiti bumiputera dalam pemilikan rumah dinaikkan ke 50%.
(Maklum balas YDP: Cadangan ini sangat baik dan akan dibincang untuk dikemukakan kepada kerajaan)
3. Mencadangkan agar undang-undang murtad di gubal dengan segera.
(Tidak ada komen YDP)
4. Menggubal undang-undang menghalang non-muslim menyebarkan agama mereka kepada orang islam. (Tidak ada komen YDP).
5. Membena rumah ibadat atau surau di setiap perumahan atau kedai-kedai baru.
(Tidak ada komen YDP)
6. Mengenal-pasti pelajar-pelajar islam yang tercicir PMR atau SPM untuk diberi latihan dalam pelbagai bidang terutamnya berasaskan teknikal agar masa depan mereka terjaga.
(Komen YDP: Satu cadangan yang baik dan akan di ambil tindakan)
7. Ancaman dari non-muslim kepada umat Islam Kg Sandapak kerana melaungkan 'azan'.
(maklum balas YDP: Terus bersabar tetapi jangan berhenti berdakwah. Laporkan kepada USIA pusat untuk tindak seterusnya).
(Nota: semua jawapan ini di videokan untuk makluman AJK USIA Tambunan, jika perlu)
Tugas membahas dan membentang bagi pihak Tambunan diberikan kepada saya disaat-saat akhir (di saat-saat pemidato pertama dari Kota Kinabalu telah memulakan pidatonya) menyebabkan saya kekurangan 'statistik atau 'data' sebagai 'back-up' hujjah pidato saya. Namun, amanah ini saya laksanakan juga demi maruah USIA Tambuanan.
YDP, Tun Sakaran Dandai, menggulung perbahasan usul-usul yang dikemukan para perwakilan.
Sempat bergambar bersama kawan lama dari Sempurna, Hj Abu Bakar (tengah), sahabat saya semasa bertugas di Tawau dan Hj Ariffin Sani (Bendahari Agung), rakan satu sekolah, satu asrama pada tahun 1973
Peranan saya semasa persidangan berjalan:
1. Menyokong penyata kewangan yang disediakan oleh Bendahari diterima.
2. Menyokong cadangan perubahan 'external auditor' kepada 'Azhar Matusin & Associates', memandangkan syarikat ini dimiliki 100% oleh orang islam.
3. Membahas serta membentang usul-usul mewakili Tambunan.
4. Menjadi jurucakap bagi pihak USIA Keningau membentangkan ancaman dari 'non-muslim' di Kg Sandapak Bingkor, akan membuang kepala babi di surau jika 'azan' dilaungkan berterusan melalui pembesar suara.
Pidato Ketua Penerangan USIA Haji Salsidu bin Haji Ibrahim
- Janis Abdullah-
No comments:
Post a Comment