-
Seringkali kita menerima SMS biasa (secara umum) yang hampir-hampir berbunyi:
-
"Sila maklum bahawa majlis doa selamat akan diadakan di Masjid ........ pada........ jam.......... Tuan-tuan dijemput hadir. Sila sebarkan kepada kakitangan kita yang lain"
-
Kemudian kita dapat SMS itu lalu kita sebarkan atau hanya berdiam diri. Tiada siapa yang akan bertanya semula soalan samada seseorang itu menyebarkan SMS itu atau pun tidak. SMS 'standard' seperti itu biasa kita terima dan bunyinya bukan memaksa. Tapi ada hamba Allah yang menjawab SMS berkenaan berbunyi:
-
"MINTA MAAF SAYA BUKAN TUKANG SEBAR ATAU TUKANG JEMPUT".
-
Tersentak kawan membaca jawapan SMS itu kerana SMS itu adalah menjadi kebiasaan para pengamal SMS. SMS itu pula tidak berunsurkan 'paksaan' atau 'arahan' tetapi hanya berunsurkan pengetahuan dan jika sudi diwar-warkan kepada rakan sekerja yang lain. Tapi kawan ini yang menganggap dirinya 'somebody' atau 'VIP' membalas SMS dengan bahasa yang 'kesat', yang tidak menggambarkan satu 'teamwork'. Malah rakan-rakan disekelilingnya menganggap orang itu berfikiran sempit dan tidak boleh bekerjasama dengan orang lain.
-
No comments:
Post a Comment