Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

03 November 2008

TAZKIRAH SUBUH MASJID NEGERI SABAH

Insyaa Allah, saya akan menulis intisari kuliah subuh yang saya hadiri di Masjid Negeri Sabah, bagi tatapan mereka yang tidak sempat solat subuh dan tidak sempat mendengar tazkirah di Masjid Negeri Sabah:
Tarikh : 03.11.2008 (Isnin)
Tajuk : JUAL BELI YANG DILARANG WALAUPUN AKADNYA SAH
  1. Membeli diluar pasar dengan harga murah kemudian dijual semula di pasar dengan harga mahal.
  2. Membeli barang yang sedang atau sudah ditawarkan kepada orang lain walaupun menawarkan harga belian yang lebih tinggi.
  3. Menawarkan harga tinggi kepada barang jualan bukan bertujuan hendak membeli tetapi memancing harga yang lebih tinggi dari orang ramai.
  4. Mengembalikan wang sipembeli kerana mendapat harga yang lebih tinggi dari orang lain atau mengembalikan barang kepada penjual kerana hendak membeli barang dari orang lain yang lebih murah harganya.
  5. Menjual barang untuk tujuan yang tidak baik spt. membeli ayam jantan bertujuan untuk 'berlaga' atau 'bersabung'.
  6. Barang ditahan (disorok) supaya ada peluang menaikkan harga atau menunggu harga naik.
  7. Menentukan tarif harga walhal harga barang tersebut tidak ditentukan harganya.

    Menurut Ust Mursal, penceramah tetap Masjid Negeri Sabah, semua urusniaga di atas menzalimi orang lain maka berdosa melakukannya.

No comments:

Post a Comment