Foto: Gadis mualaf dibawah umur semasa berkunjung ke masjid meminta perlindungan
Baru-baru ini ada seorang gadis mualaf bawah umur (berumur 14 tahun) yang baru 3 bulan memeluk agama islam, diberhentikan dari sekolah menengah oleh ayahnya kerana memeluk islam. Ayah gadis itu memaksa anaknya berkhawin. Anaknya terpaksa melarikan diri meminta perlindungan dari mana-mana orang islam yang prihatin.
Atas saranan seseorang, gadis itu mencari saya di Masjid Negeri Sabah untuk meminta pertolongan. Saya menasihatinya membuat laporan polis bahawa dia (gadis itu) dipaksa untuk kawin menyebabkan dia melarikan diri dari rumah. Tindakan saya itu dibuat untuk mengelakkan tuduhan 'menculik'. Setelah mendapat salinan laporan polis, saya mencari dana untuk menghantar gadis itu bersama kakaknya ke semananjung untuk bersekolah di sana. Sementara menunggu dana, gadis itu dipakaikan tudung di Masjid Negeri Sabah. Dengan bantuan beberapa mahasiswi dari IPTA, gadis itu dibawa keluar dari Masjid Negeri Sabah dengan ditempatkan di sebuah rumah yang tidak diketahui oleh keluarganya. Setelah dana mencukupi, gadis itu diterbangkan ke Semananjung bersama kakaknya yang juga mualaf. Kedua-dua mereka adalah 'under-aged' menyebabkan sukar mendapat bantuan dari jabatan kebajikan dan baitulmal. Alhamdulillah, beberapa rakan saya membantu memberi dana termasuk seorang YB.
Dana yang dikumpul, saya masukkan ke dalam akaun kakak gadis itu kerana bimbang akan diketahui oleh keluarganya jika saya memberikan dana secara berhadapan. Alhamdulillah, kedua-dua gadis itu selamat sampai ke semananjung dan belajar di sekolah. Untuk tujuan keselamatan, nama mereka dan nama sekolah mereka dirahasiakan.
Cerita ini dipendekkan walaupun banyak melibatkan isu lain seperti kad pengenalan dan surat beranak yang masih disimpan oleh ayah gadis itu. Gadis itu kini sedang belajar agama islam secara formal. Bagaimanapun, kedua-dua adik beradik ini memohon kepada saudara muslim yang prihatin agar dapat kiranya membantu mereka dari segi perbelanjaan bulanan membeli keperluan harian. Sila hubungi 013-8693148 untuk maklumat lanjut mengenai kedua beradik ini.
Moga-moga gadis ini akan membesar dalam islam serta boleh berdikari dimasa-masa akan datang. Insyaa Allah akan kembali ke Sabah dengan kekuatan imannya yang luar biasa. Amiin.
No comments:
Post a Comment