Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 November 2008

UPDATES: TO ALL QURAN STUDENTS

I wish to recap what we have learned today during Quranic class for beginers:

1. Chapter 'Al-Lahab' : 3 types of Qalqalah ie. Kubra, Sugra and Akbar
2. 'S' special: Two letterings namely 'KAF' and 'TA'.
3. Wajibbal Ghunnah : 2 Letterings / Tasydid:-"NUN and MIIM'
4. Proper pronounciation (makraj) for all the arabic letterings
5. Difference in writing between "bagdadiah/Imlaii' and 'Rasm Uthmani'

REMINDER:

Those of you who wish to join the 'GROUP A' class, feel free to attend as follows:

DAY : Every Monday, Wednesday and Friday night

TIME : 8.00 PM (after Isyak prayer)

VENUE : Bilik Kuliah/Information Centre, The State Mosque Of Sabah'.


The chapter is 'Surah Muhammad: JUZU 26'.

INDIVIDUAL ASSIGNMENT: All given out. If anyone wish to change, let me know.

Final Recitation (Majlis Khattam): January or early February 2009.

See you in the next class.


TO ALL REVERTS

ALL dear brothers and sisters reverts YOU ARE ALL WELCOME to share your heart, mind, experience and hope.... to contribute for the sake of Allah, Islam, ummah and humanity! Let me know whether you agree to publish your experience.

Insya Allah. Sharing is caring is loving all Mankind...

Send your mail to me:
jjabcgroup@gmail.com

jazakallah khairan khatiran

Salam ukhwah for Allah

27 November 2008

ALUMNI UiTM SHAH ALAM DAN ALUMNI UiTM SABAH

26.11.2008, Kota Kinabalu, Rabu:-


Satu rombongan dari Alumni UiTM Shah Alam telah mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa Alumni UiTM Sabah. Rombongan itu di ketuai oleh Datuk Shafee dan disertai oleh beberapa ahli alumni UiTM Shah Alam termasuk Timbalan Pendaftar UiTM Shah Alam.




Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Yang Di Pertua Alumni UiTM Sabah serta beberapa AJK Tertinggi Alumni UiTM Sabah, turut meraikan rombongan ini di salah sebuah restoran di Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Pengarah UiTM cawangan Sabah, Prof Madya Dr Worran Kabul.
















Atas: Kelihatan beberapa AJK Tertimggi Alumni UiTM Sabah turut hadir.














Atas: Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan abadi.
















Atas: YB Datuk Masidi, YDP Alumni UiTM Sabah, Datuk Shafee (kiri) dan Encik Azhar Matussin, Tim YDP Sabah (kanan) dalam satu majlis makan malam di Kota Kinabalu.







































25 November 2008

A DAY TRIP TO TENOM




23.11.2008 (SUNDAY):-


After attending the wedding at Kg Jawa Sumbiling, my family visited the famous Agriculture Garden, which is eight kilometers from Tenom Town. It was quite tiring walking along the pathway for more than a kilometer. Those who loved plants will definitly love the beautiful and informative scenes. Of course, we see green all over. Not many visitors as we expacted, which made the visit all ours.










Tired of walking, we had a quick photo take











The famous lake with the rowing boat behind
















One for our album.











Beautiful lake at Taman Pertanian


















A night stay at Perkasa Hotel Tenom







SELAMAT PENGANTIN BARU

23.11.2008 (Ahad), Tenom:-


Selamat pengantin baru kepada Mohd Safffaruddin bin Sairun dan Norhafezahtul bt Md Darwis, keluarga kami di Kg Jawa Sumbiling, Melalap Tenom. Pengantin lelaki berasal dari Kg Talang Trosor, Sungai Siput (II), Perak dan pengantin perempuan dari Kg Jawa Sumbiling Tenom.







TAHNIAH!













Closeup photo.














Keluarga kedua pengantin laki-laki dan perempuan bergambar kenang-kenangan tanda restu.












Dah penat berdiri, kita duduk pula...!!!







SEMOGA PASANGAN INI KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT

21 November 2008

'My Journey'' - By Yusuf Estes (DI PETRONAS)

Kota Kinabalu, 20.11.2008, Khamis:-



Syeikh Yusuf Estes dari Texas USA sempat memberi ceramah di Pejabat Petronas Kota Kinabalu bagi memberi suntikan semangat kepada kakitangan PETRONAS. Ceramah bercampur gurauan Syeikh Yusuf mengenai kemasukannya kapada islam, banyak memberi semangat kepada penonton.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Hj Abdullah Hussin dan Ustz Abu Hurairah, Pegawai Dakwah USIA dan Hj Burhan Rasit, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah & Labuan, serta kakitangannya.








Yusuf Estes bersama dengan Pengurus Besar Petronas Hj Burhan Rasit, dalam bertukar-tukar cendera kenangan.













Syeikh Yusuf menghadiahkan topi koboi Texas kepada Hj Burhan Rasit selepas selesai ceramah.












Syeikh Yusuf Estes sedang memberi ceramah mengenai 'perjalanannya' menuju jalan keimanan iaitu agama islam.




Full video available. Contact: janis.abdullah@gmail.com

20 November 2008

CERAMAH YUSUF ESTES BEKAS PADRI DARI TEXAS USA (DI YAYASAN SABAH LIKAS)

KOTA KINABALU, 19.11.2008:-

Kira-kira 800 orang menghadiri ceramah Yusuf Estes, bekas padri dari Texas USA, yang diadakan di Auditorium Yayasan Sabah. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Masidi Manjun dan Datuk Jahid Jahim. Majlis itu anjuran JAKIM, USIA, JHEAINS dan CONCERN.
Ceramahnya yang memakan masa kira-kira sejam itu menyentuh mengenai pengertian islam sebenar, sains dan keimanan.







Yusuf juga membenarkan penonton bertanya secara bertulis yang adakalanya lucu dan menghiburkan.






Antara pertanyaan lucu yang menggamatkan penonton ialah : Kenapa kamu kelihatan 'comel' di TV? Yusuf tidak menjawab kerana menganggap soalan ini soalan mengusik.


Ada juga pertanyaan samada benar atau tidak angkasawan Amerika benar-benar mendarat di bulan atau disebaliknya. Yusuf menjawab secara bersahaja. Beliau minta penonton menjawab sendiri. Penonton bertambah gamat.

Yusuf mengakhiri ceramahnya dengan mengajak penonton melihat sendiri laman-laman webnya untuk lebih lanjut. Antaranya: yusuf estes.com

Saya sempat mengambil video walaupun videonya kurang mantap tetapi cukup baik untuk saya membuat kajian dan kalau boleh dijadikan video untuk edaran kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir.

19 November 2008

CERAMAH MR. YUSUF ESTES - BEKAS PADRI, TEXAS USA



Bekas Padri bernama Yusuf Estes dari Texas USA akan berceramah di Likas pada ketetapan berikut:


Tajuk : Faith, Science &Common sense
Tarikh : 19.11.2008 (Rabu)
Tempat : Auditorium Yayasan Sabah Likas, K.K
Masa : 7.30 Malam



Semua dijemput hadir.




18 November 2008

DISCOURSE ON THE TRUTH (DOTT)

DISCOURSE ON THE TRUTH (DOTT KE 2):

Kota Kinabalu, Dewan Tun Ahmad Rafee, Yayasan Sabah Likas:



Forum bertajuk "Answering misunderstandings about Islam" dalam bahasa Inggeris itu dipengerusikan oleh Janis Abdullah. Sementara panel ialah Sdr Lim Jooi Soon (Malaysian Chinese Muslim Association - MACMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Ustaz Abu Hurairah Abd Rahman - USIA). Forum, itu dihadiri oleh oleh kira-kira 200 orang islam dan bukan islam. Forum ini dianjurkan oleh JAKIM, JHEAINS, Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Bandaraya Likas.









Janis Abdullah mempengerusikan forum dalam bahasa Inggeris












Dari Kiri: Sdr Lim Jooi Soon (MACMA), Janis Abdullah (Pengerusi), Ust Abu Hurairah bin Abd Rahman (USIA)






Video keseluruhan Forum : Sila hubungi Pengerusi Forum, Janis Abdullah.
Email: janis.abdullah@gmail.com


16 November 2008

HARI KEDUA PERSIDANGAN USIA

Kota Kinabalu, 16.11.2008 (Ahad):-


Jam 1.40 petang, Persidangan USIA yang ke 22 yang berlangsung di Dewan Saadah, Wisma Muis, selesai. Sebanyak 23 bahagian telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta 7 orang Ahli Majlis Tertinggi turut mengambil bahagian. Banyak cadangan telah di kemukakan dengan teknik penyampaian yang berbeza-beza. Ada yang tersasul, ada suara yang keras, ada yang bersahaja, ada yang serious, ada yang berpantun, ada yang bersyaer, ada yang petah berkata-kata bak pemidato 'sukarno' dan ada juga menyindir. Apa pun teknik yang digunakan, semuanya bertujuan untuk memantapkan USIA. Kepelbagaian penyampaian ini menambahkan lagi seri kemeriahan persidangan pada tahun ini.
Sebagai pertubuhan Islam yang terbesar di Malaysia, USIA bakal melekar sejarah apabila tahun depan USIA akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 40 tahun berkemungkinan diadakan di bangunan barunya di One Borneo Likas. Pada masa yang sama, kita akan melihat pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang baru.
Sementara itu, saya telah diberi mandat untuk menjadi jurucakap bagi USIA Tambunan membawa 5 usul antara lain:
1. Memperkasakan Research & Network Development (R&D) USIA.
(Maklum-balas YDP: Satu cadangan yang baik)
2. 30% Equiti bumiputera dalam pemilikan rumah dinaikkan ke 50%.
(Maklum balas YDP: Cadangan ini sangat baik dan akan dibincang untuk dikemukakan kepada kerajaan)
3. Mencadangkan agar undang-undang murtad di gubal dengan segera.
(Tidak ada komen YDP)
4. Menggubal undang-undang menghalang non-muslim menyebarkan agama mereka kepada orang islam. (Tidak ada komen YDP).
5. Membena rumah ibadat atau surau di setiap perumahan atau kedai-kedai baru.
(Tidak ada komen YDP)
6. Mengenal-pasti pelajar-pelajar islam yang tercicir PMR atau SPM untuk diberi latihan dalam pelbagai bidang terutamnya berasaskan teknikal agar masa depan mereka terjaga.
(Komen YDP: Satu cadangan yang baik dan akan di ambil tindakan)
7. Ancaman dari non-muslim kepada umat Islam Kg Sandapak kerana melaungkan 'azan'.
(maklum balas YDP: Terus bersabar tetapi jangan berhenti berdakwah. Laporkan kepada USIA pusat untuk tindak seterusnya).
(Nota: semua jawapan ini di videokan untuk makluman AJK USIA Tambunan, jika perlu)
Tugas membahas dan membentang bagi pihak Tambunan diberikan kepada saya disaat-saat akhir (di saat-saat pemidato pertama dari Kota Kinabalu telah memulakan pidatonya) menyebabkan saya kekurangan 'statistik atau 'data' sebagai 'back-up' hujjah pidato saya. Namun, amanah ini saya laksanakan juga demi maruah USIA Tambuanan.






YDP, Tun Sakaran Dandai, menggulung perbahasan usul-usul yang dikemukan para perwakilan.













Sempat bergambar bersama kawan lama dari Sempurna, Hj Abu Bakar (tengah), sahabat saya semasa bertugas di Tawau dan Hj Ariffin Sani (Bendahari Agung), rakan satu sekolah, satu asrama pada tahun 1973







Peranan saya semasa persidangan berjalan:
1. Menyokong penyata kewangan yang disediakan oleh Bendahari diterima.
2. Menyokong cadangan perubahan 'external auditor' kepada 'Azhar Matusin & Associates', memandangkan syarikat ini dimiliki 100% oleh orang islam.
3. Membahas serta membentang usul-usul mewakili Tambunan.
4. Menjadi jurucakap bagi pihak USIA Keningau membentangkan ancaman dari 'non-muslim' di Kg Sandapak Bingkor, akan membuang kepala babi di surau jika 'azan' dilaungkan berterusan melalui pembesar suara.



Pidato Ketua Penerangan USIA Haji Salsidu bin Haji Ibrahim

- Janis Abdullah-

15 November 2008

PERSIDANGAN AGUNG USIA KE 22 MERIAH & INFORMATIF (HARI PERTAMA)

Kota Kinabalu, 15.11.2008 (Sabtu):-









Ahli Majlis Tertinggi berarak keluar setelah selesai perasmian pembukaan AGM USIA ke 22. Kelihatan YB Datuk Lajim Ukin mengiringi YDP, Tun Sakaran sambil bersalaman dengan ahli USIA.











Janis bersama dengan Datuk Ahmad Alawi, mufti Kerajaan Negeri Sabah











Sdr Zaki Laumin, Ketua Belia USIA Tambunan menerima anugerah cemerlang 2008 dari Tun DSP Hj Sakaran, YDP USIA.






15.11.2008, Kota Kinabalu:-


Seramai 240 perwakilan USIA dari lebih 23bahagian mengamatkan Dewan Saadah Wisma MUIS hari ini. Ucapan dasar Yang DiPertua USIA, Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Hj Sakaran bin Dandai sangat informatif dan merupakan satu ucapan yang penuh dengan fakta mengenai aktiviti USIA pusat.




Sehingga jam 1.00 petang, baru seorang perwakilan turut membahaskan ucapan dasar Yang Di Pertua USIA. Giliran saya bagi mewakili USIA Bahagian Tambunan, adalah yang ke 10 setelah USIA Bahagian Ranau tidak menghantar perwakilannya.



TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Belia USIA Tambunan kerana dianugerah sebagai ahli belia USIA yang paling aktif bagi tahun 2008.



Video clip ucapan YDP USIA

12 November 2008

SELAMATKAN AQIDAH SEORANG GADIS YANG DIPAKSA AYAHNYA BERHENTI SEKOLAH KERANA MASUK ISLAM


Foto: Gadis mualaf dibawah umur semasa berkunjung ke masjid meminta perlindungan

Baru-baru ini ada seorang gadis mualaf bawah umur (berumur 14 tahun) yang baru 3 bulan memeluk agama islam, diberhentikan dari sekolah menengah oleh ayahnya kerana memeluk islam. Ayah gadis itu memaksa anaknya berkhawin. Anaknya terpaksa melarikan diri meminta perlindungan dari mana-mana orang islam yang prihatin.

Atas saranan seseorang, gadis itu mencari saya di Masjid Negeri Sabah untuk meminta pertolongan. Saya menasihatinya membuat laporan polis bahawa dia (gadis itu) dipaksa untuk kawin menyebabkan dia melarikan diri dari rumah. Tindakan saya itu dibuat untuk mengelakkan tuduhan 'menculik'. Setelah mendapat salinan laporan polis, saya mencari dana untuk menghantar gadis itu bersama kakaknya ke semananjung untuk bersekolah di sana. Sementara menunggu dana, gadis itu dipakaikan tudung di Masjid Negeri Sabah. Dengan bantuan beberapa mahasiswi dari IPTA, gadis itu dibawa keluar dari Masjid Negeri Sabah dengan ditempatkan di sebuah rumah yang tidak diketahui oleh keluarganya. Setelah dana mencukupi, gadis itu diterbangkan ke Semananjung bersama kakaknya yang juga mualaf. Kedua-dua mereka adalah 'under-aged' menyebabkan sukar mendapat bantuan dari jabatan kebajikan dan baitulmal. Alhamdulillah, beberapa rakan saya membantu memberi dana termasuk seorang YB.

Dana yang dikumpul, saya masukkan ke dalam akaun kakak gadis itu kerana bimbang akan diketahui oleh keluarganya jika saya memberikan dana secara berhadapan. Alhamdulillah, kedua-dua gadis itu selamat sampai ke semananjung dan belajar di sekolah. Untuk tujuan keselamatan, nama mereka dan nama sekolah mereka dirahasiakan.

Cerita ini dipendekkan walaupun banyak melibatkan isu lain seperti kad pengenalan dan surat beranak yang masih disimpan oleh ayah gadis itu. Gadis itu kini sedang belajar agama islam secara formal. Bagaimanapun, kedua-dua adik beradik ini memohon kepada saudara muslim yang prihatin agar dapat kiranya membantu mereka dari segi perbelanjaan bulanan membeli keperluan harian. Sila hubungi 013-8693148 untuk maklumat lanjut mengenai kedua beradik ini.
Moga-moga gadis ini akan membesar dalam islam serta boleh berdikari dimasa-masa akan datang. Insyaa Allah akan kembali ke Sabah dengan kekuatan imannya yang luar biasa. Amiin.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI KPD MAIDIN BIN AMAT TUA

Seorang lagi pelajar mengaji saya akan menunaikan ibadat haji. Beliau ialah Maidin Amat Tua serta isterinya. Kedua-dua mereka adalah bekas pelajar Al-Quran kumpulan pertama.
Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada Maidin, isteri dan anak. Semoga mendapat haji mabror serta selamat pergi dan balik dalam keadaan sihat walafiat. Amiin.

09 November 2008

KHATAM AL-QURAN YANG PERTAMA

Seramai 24 pelajar saya menyertai majlis khatam Al-Quran di Masjid Negeri Sabah kali yang pertama. Mereka terdiri dari mualaf, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan. Sebahagian besar dari pelajar ini adalah dari sebuah keluarga ramai yang terdiri dari datuk, nenek, ibu, ayah, anak-anak serta cucu-cucu mereka. Trend mengaji begini jarang berlaku dimana seluruh keluarga turun mengaji dalam kelas yang sama.

Atas: Sebahagian dari pelajar lelaki

Atas: Majlis khatam ini dibuat di dewan serbaguna masjid solat di tingkat bawah.

.

08 November 2008

ALHAMDULILLAH....KURMA MASJID NEGERI SABAH BERBUAH

Masjid Negeri Kota Kinabalu:

Foto: Janis


Masjid Negeri Sabah mencipta sejarah apabila pokok kurma, yang ditanam di sekitar kawasan Masjid Negeri Sabah, akhirnya berbuah. Buahnya melebihi 30 buah dan mulai masak (pada masa gambar ini diambil iaitu bulan Ramadhan 2008). Saya sempat mengambil gambar ini sebagai bahan sejarah atau dokumentri Masjid Negeri. Saya juga membuat rakaman video untuk simpanan.




Ramai yang menelefon saya meminta saya menghubungi wartawan untuk tujuan publisiti. Walau bagaimanapun saya tidak sempat menghubungi.






















Foto Atas: Pokok kurma yang ditanam disekitar kawasan Masjid Negeri Sabah.





































Atas: Hj Adnan bertanggung-jawab menanam kurma ini.













































Foto Atas: Kereta pun boleh berteduh di bawah pokok kurma.





















Foto Atas: Antara pokok kurma yang berbuah tetapi buahnya tidak menjadi.


















































Foto Atas: Pokok kurma yang berbuah berlatar-belakangkan menara Masjid Negeri.



































MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE 3 MASJID NEGERI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE 3:
Majlis khatam Al-Quran Masjid Negeri Sabah kali yang ke 3 dijangka di adakan pada penghujung Januari 2009. Seramai 23 pelajar dijangka akan mengambil bahagian. Jumlah peserta dijangka meningkat apabila dua kelas lain akan bergabung.








Foto: Pelajar tekun membaca surah Saba.







Foto: Janis Abdullah sedang mendengar pelajar membaca Al-Quran surah Saba, secara 'Talaqi Musyfahah'.

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 6 ATAS SMK SANZAC


07.11.08, Jumaat:-

Pada pagi hari ini saya menghadiri Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6, SMK SANZAC. Lebih 60 orang pelajar Tingkatan 6 telah tamat pengajian mereka di sekolah tersebut. Majlis itu dihadiri oleh kira 1,500 orang pelajar dan warga SMK SANZAC. Majlis itu adalah julung-julungkali diadakan di sekolah tersebut.
Selaku Yang DiPertua PIBG, saya diberi penghormatan oleh sekolah untuk berucap serta merasmikan majlis itu serta menyampaikan sijil kepada para garaduan. Majlis itu juga diselitkan dengan upacara 'merestu' pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam atas yang masing-masing bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.
Semestinyalah guru-guru dan pelajar terharu kerana majlis itu memperingati para graduan tingkatan enam atas, pelajar senior, yang bakal meninggalkan sekolah setelah tujuh tahun menimba ilmu di sekolah itu.








Foto I: Menyampaikan sijil graduasi kepada pelajar.

















Foto 2: Sedang berucap dan seterusnya merasmikan majlis.



















Foto 3: Berarak masuk dewan bersama dengan Pengetua SMK Sanzac, encik Diuh Balimbang.


















Foto 4: Menyampaikan sedikit sumbangan insentif kepada pelajar.









06 November 2008

TEAMWORK Vs.FIKIRAN SEMPIT

-
Seringkali kita menerima SMS biasa (secara umum) yang hampir-hampir berbunyi:
-
"Sila maklum bahawa majlis doa selamat akan diadakan di Masjid ........ pada........ jam.......... Tuan-tuan dijemput hadir. Sila sebarkan kepada kakitangan kita yang lain"
-
Kemudian kita dapat SMS itu lalu kita sebarkan atau hanya berdiam diri. Tiada siapa yang akan bertanya semula soalan samada seseorang itu menyebarkan SMS itu atau pun tidak. SMS 'standard' seperti itu biasa kita terima dan bunyinya bukan memaksa. Tapi ada hamba Allah yang menjawab SMS berkenaan berbunyi:
-
"MINTA MAAF SAYA BUKAN TUKANG SEBAR ATAU TUKANG JEMPUT".
-
Tersentak kawan membaca jawapan SMS itu kerana SMS itu adalah menjadi kebiasaan para pengamal SMS. SMS itu pula tidak berunsurkan 'paksaan' atau 'arahan' tetapi hanya berunsurkan pengetahuan dan jika sudi diwar-warkan kepada rakan sekerja yang lain. Tapi kawan ini yang menganggap dirinya 'somebody' atau 'VIP' membalas SMS dengan bahasa yang 'kesat', yang tidak menggambarkan satu 'teamwork'. Malah rakan-rakan disekelilingnya menganggap orang itu berfikiran sempit dan tidak boleh bekerjasama dengan orang lain.
-

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI KPD PUAN ROKIAH PUNGOT

Puan Rokiah Pungot, salah seorang pelajar Al-Quran di Masjid Negeri Sabah, telah berlepas ke Madinah pada 04.11.2008 untuk menunaikan ibadat haji. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan serta keselamatan dalam perjalanan ke tanah suci, semasa di tanah suci dan seterusnya kembali ke tanah air disamping memperolehi haji yang mabror.

03 November 2008

TAZKIRAH SUBUH MASJID NEGERI SABAH

Insyaa Allah, saya akan menulis intisari kuliah subuh yang saya hadiri di Masjid Negeri Sabah, bagi tatapan mereka yang tidak sempat solat subuh dan tidak sempat mendengar tazkirah di Masjid Negeri Sabah:
Tarikh : 03.11.2008 (Isnin)
Tajuk : JUAL BELI YANG DILARANG WALAUPUN AKADNYA SAH
  1. Membeli diluar pasar dengan harga murah kemudian dijual semula di pasar dengan harga mahal.
  2. Membeli barang yang sedang atau sudah ditawarkan kepada orang lain walaupun menawarkan harga belian yang lebih tinggi.
  3. Menawarkan harga tinggi kepada barang jualan bukan bertujuan hendak membeli tetapi memancing harga yang lebih tinggi dari orang ramai.
  4. Mengembalikan wang sipembeli kerana mendapat harga yang lebih tinggi dari orang lain atau mengembalikan barang kepada penjual kerana hendak membeli barang dari orang lain yang lebih murah harganya.
  5. Menjual barang untuk tujuan yang tidak baik spt. membeli ayam jantan bertujuan untuk 'berlaga' atau 'bersabung'.
  6. Barang ditahan (disorok) supaya ada peluang menaikkan harga atau menunggu harga naik.
  7. Menentukan tarif harga walhal harga barang tersebut tidak ditentukan harganya.

    Menurut Ust Mursal, penceramah tetap Masjid Negeri Sabah, semua urusniaga di atas menzalimi orang lain maka berdosa melakukannya.

TERIMA KASIH DI ATAS SMS


02.11.08 (Ahad):


Semasa saya dalam kelas muqaddam pada hari Ahad, 02.11.08, saya menerima SMS dari seseorang meminta tolong bagaimana mengingat huruf 'ALIF, BA, TA ' kaedah 'IQRA' supaya boleh terus hafal:
JAWAPAN SAYA MELALUI SMS:
Salaam.Terima kasih atas SMS itu. Ini tandanya anda telah memasang niat dan minat untuk belajar muqaddam. Jika anda berada di Kota Kinabalu, sila jumpa saya di Masjid Negeri Sabah, Sembulan. Belajar sendiri boleh membantu setelah mendapat kaedah sebutan yang betul dari guru. Insyaa Allah kami dari Masjid Negeri boleh membantu.
Jawapan Tambahan:
Apa pun kaedah mengajar, semuanya berkesan kerana lain guru lain kaedahnya. Insyaa Allah, saya ada modul yang digunakan semenjak dari tahun 1992 dan sentiasa diperbaharui serta diperbaiki berdasarkan kemampuan pelajar. Kadang-kadang pelajar tidak sesuai menggunakan kaedah yang sama kerana bergantung kepada kecerdasan minda (IQ) masing-masing. Ada yang selesa dengan Iqra, ada dengan Qiraati, ada yang suka Hattawiyyah, ada yang suka dengan Ar Ruhul Al-Amin dan ada juga yang masih suka dengan kaedah Bagdadiah (muqaddam klasik). Jadi mana-mana kaedah pun boleh digunakan mengikut keselesaan pelajar masing-masing.
Saya pula gunakan modul kombinasi dengan Hattawiyyah, Iqra, Qiraati dan kadang-kadang gunakan Bagdadiah sebagai rujukan. Semua ini saya rangkumkan dalam 'power point' dan dipancarkan dengan menggunakan LCD sebagai salah satu alat bantu mengajar.
Janis Abdullah
Masjid Negeri Sabah
Kota Kinabalu.

02 November 2008

SERONOKNYA BELAJAR MENGAJI


Inilah pelajar Al-Quran yang belajar di Masjid Negeri di sebelah malam jam 8.00 pm setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Jumlah pelajar ini seramai 15 orang.



Walau pun ramai yang tinggal jauh dari masjid namun mereka tetap meluangkan masa belajar mengaji. Bukan senang belajar di waktu malam kalau tidak ada kesungguhan yang tinggi.





Ada dikalangan pelajar yang sudah khattam namun terus istiqamah belajar tanpa jemu-jemu kerana belajar Al-Quran adalah satu proses yang berterusan.