Kota Kinabalu, 02.04.2009 (Khamis):-
:
Selepas dari mengajar mengaji, saya singgah beli pisang goreng di Kota Kianabalu. Semasa Q-up membeli pisang goreng saya terserampak dengan seorang kawan lama lalu bergegas menghampiri dan bersalaman.
:
Terasa sejuk hati bila bertemu sahabat lama saya, Sdr Jaafar Alam (JA), dari Lahad Datu. Maklumlah lama tak berjumpa walaupun sesekali ber'sms' atau berbual melalui HP. Dalam pertemuan yang singkat petang tadi di restoran bersebelahan dengan DBKK, saya berpeluang bersembang dengan beliau bersama isteri. Sekadar bertanya khabar dan bertukar-tukar 'update' mengenai aktiviti selama ini.
:
JA: "Macam mana politik?"
Saya : "Saya rehat-rehat sekarang".
JA : "Apa ko buat sekarang, masih dengan PETRONAS ka?"
Saya : "Saya sudah retire awal mengambil SP, 'Separation Package' setelah 2o tahun dengan PETRONAS. Kalau tak dapat SP, saya tidak mau retire awal. Bila kau datang?"
JA : "Kami baru sampai dari LDatu. Masih penat lagi"
:
Orang rumah beliau di sebelah tersenyum tanda setuju penat berjalan jauh. Sambil-sambil menunggu pisang goreng yang sedang dimasak, saya sempat duduk bersembang sambil pekena 'teh tarik' atau nescafe o. Banyak 'update' yang dibincang sambil menunggu anak mereka yang masih bertugas.
:
Walaupun sembang-sembang itu ringkas tetapi dapat juga mengeratkan silratul rahim. Mereka berdua bukan sahaja sempat belanja saya nescafe o dan makan pisang goreng malah 'tapau' pisang goreng pun mereka yang belanja. Sepatutnya sayalah yang belanja kerana saya tuan rumah. Mereka menjawab, "Soal pahala... istilah 'tuan rumah' tidak boleh dipakai". Saya terdiam seketika.
:
Cerita kami panjang tetapi bila melihat jam di tangan hampir jam 6 petang. Saya harus beredar untuk urusan yang lain. Sempat bersalaman serta bertukar-tukar nombor HP agar bicara akan bersambung selepas ini.
:
Semoga pertemuan ringkas itu dapat mengeratkan ukuwah sesama sahabat lama. Moga-moga Allah sentiasa melindungi mereka sekeluarga dari segala kejahatan serta rezki mereka bertambah berkat. Aamiin.
No comments:
Post a Comment