Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

15 April 2009

Road To Bahrain 3 - Abu Dhabi Airport

Tajuk: Snoring


Foto di atas: Saya berada di Airport Abu Dhabi, UAE. Kawan dari Australia tolong snap lepas itu saya tolong dia pula untuk tangkap gambar diorang husband and wife. Tak kenal tapi boleh kenal just by opening our mouth + courtesy. Bahasa dusun bilang "have guts will travel", he..he..

Dah sampai di airport Abu Dhabi kira-kira jam 12.30 tengah malam waktu abu dhabi atau 4.30 pagi waktu malaysia. Saya kena tulis blog ini dalam masa 14 minit kalau tidak internet ini akan padam dengan sendirinya. Saya tak dapat guna laptop sendiri sebab tak boleh connect. Mungkin kerana di airport Abu Dhabi ini disediakan perkhidmatan internet secara free. Jadi saya pun tak mahu lepas peluang.
Airport abu Dhabi cantik macam dalam kem yang besar. Pameran barang lawa tapi semua guna US dollar. Tandasnya kecik-kecik hampir-hampir saya tak muat masuk. Bayangkan orang arab yang besar-besar masuk tandas!. Ini dipanggil 'maximization of space'.

Suasana di airport semua sunyi sebab hampir semua transit passenger berdengkur tidur. Nak minum tapi wang malaysia belum tukar matawang. Jadi terpaksa ikut berdengkur (snoring) juga.

Flight ke Bahrain jam 07.30 pagi ini waktu abu dhabi. Pagi-pagi lagi dah hingar bingar kerana terlalu ramai orang jepun dan cina terdampar di airport. Ini mesti business bagus di sini.

2 comments:

  1. salam... ustaz all da best...
    jgn lupa ambk gmbr bnyk2..n jgn lupa beli ole2 apa2 pun bole..heheheh
    sali

    ReplyDelete
  2. Rasanya tak mau shopping di Manama Bahrain, mahal barang-barangnya trading in US Dollaras dan Dinar. Kawan sebilik saya dari Ghana pi gunting rambut dengan harganya 9 Dinar. Duit malaysia 1 dinar sama dengan RM10. So kalau mo beli barang di Bahrain kena fikir dua tiga kali sebelum beli. Setakat ini saya belum beli barang apa pun sebab semua free including SIM Card.

    ReplyDelete