Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

06 April 2009

KALAU MAHU KENAL PERIBADI ORANG ISLAM, LIHAT SAHAJA CARA MEREKA MELETAKKAN KERETA.

(Sila rujuk post saya terdahulu dalam blog ini bertarikh 20.12.08)
Nampaknya masih ramai lagi umat islam yang bersungguh-sungguh mencari pahala dengan hadir ke masjid berjemaah. Syabas diatas kesedaran ini. Bertambah ramai lagilah jemaah kita di masjid. Moga-moga semangat ini berterusan.
Dalam pada kita mengejar lebih banyak pahala, kita kena ingat sikit bahawa Allah sedang memerhati gerak laku kita. Manusia apa tah lagi kerana manusia mempunyai banyak kekurangan. Antara kekurangannya ialah suka sangat melihat perbuatan orang lain atau menjaga tepi kain orang lain samada positif atau pun negatif.
Dalam perkara positif, kita tak perlu risau kerana pastinya malaikat akan mencatitnya sebagai amalan. Tapi dalam perkara negatif, bukan sahaja malaikat dah catit malah manusia pun ada yang mencatitnya. Sehubungan dengan ini, saya mencatit perkara negatif yang sudah menjadi kebiasaan sesetengah pihak seperti mengejar pahala bersolat atau beriktikaf di masjid tetapi dalam masa yang sama mempamerkan peribadi negatifnya yang 'real' seperti meletakkan keretanya di tempat yang sepatutnya bukan tempat letak kereta. Di Masjid Negeri Sabah, tempat letak kereta banyak disediakan tetapi nak 'parking' juga di'round about' yang menghalang atau mengganggu kenderaan jemaah yang lain. Malah sudah menjadi tabiatnya meletakkan kereta di'round about' walaupun tempat khas meletak kereta masih kosong. Lebih teruk lagi, mereka ini 'degil' dan melawan bila ditegur seraya berkata:
"Masjid ini bapa kau punya kah?".
Kalau anda memandu ke Tanjung Aru pada hari Ahad, kita akan melihat banyak kereta di letakkan di atas simen sebelah kiri yang sepatutnya menjadi laluan yang selamat bagi pejalan kaki. Nampak gayanya, tak lama lagi laluan pejalan kaki itu akan rosak yang banyak merugikan DBKK.

Bagaimanapun, bukan semua umat islam itu bersikap negatif. Masih ramai lagi yang bertamadun dan mempunyai akal serta patuh pada peraturan.

Realitinya, masih ramai umat islam yang tak berhati perut yang mana tindak-tanduk mereka merupakan cerminan kepada peribadi sebenar mereka.

No comments:

Post a Comment