Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

22 April 2009

Road to Bahrain 6 - Pusat Pelancungan

Manama, Bahrain, 20.04.2009:-

Masa sight seeing, kami melawat rumah-rumah orang-orang kenamaan Bahrain. Istana dan rumah-rumah lama kini dijadikan pusat pelancungan. Di pusat ini kita akan melihat bagaimana rekabentuk bangunannya yang diperbuat dengan bata dan batang pokok kurma. Batang pokok kurma masih kelihatan. Dan yang menariknya, bahagian siling bangunan dipasang dengan kayu bakau yang sudah beratus tahun lamanya. Kayu bakau itu dikatakan diimpot dari Afrika dan sehingga kini ia masih ujud.
Foto di atas: Salah satu rumah orang kenamaan ini dijadikan sebagai pusat asuhan kanak-kanak yang dilengkapi dengan mini perpustakaan.

Foto di atas: Adalah satu kota lama yang digunakan sebagai pertahanan dari serangan musuh yang mendarat dari laut. Kota ini sama seperti kota Portugis A Farmosa di Melaka. Batang pokok kurma digunakan untuk menahan bata dari runtuh.

Foto diatas: Inilah istana lama berusia ratusan tahun yang kini dijadikan pusat pelancungan. Drama arab yang kita nampak di TV sama dengan suasana di sini. Cuma, kena awas sikit mata melihat ketua rombongan kerana kalau tidak maka akan 'hilang' kerana tempat ini banyak lorong dan jika tersilap lorong akan keluar ditempat lain. Macam salah seorang peserta kami yang ditinggalkan bas hanya kerana tersilap lorong selepas solat. Setengah jam kami menunggu, kawan kami ini tidak muncul-muncul juga. Akhirnya, bas kami beredar dan 'on the way' di'highway' rupanya kawan kami ini sudah lebih satu kilometer berjalan pulang. Walaupun kenderaan tak boleh berhenti di highway, bas kami berhenti juga untuk mengambil beliau. Rupa-rupanya, kawan kami ini memang hobinya berjalan pantas.
Saya juga hampir-hampir ketinggalan selepas memasuki tandas. Bila saya keluar, semua rakan-rakan sudah lesap. Dua tiga kali ulang-alik baru terjumpa ketua rombongan. Terus saya teringat 'saei' Siti Hajar yang ulang-alik mencari air untuk anaknya Ismail a.s. Lepas peristiwa ini, maka setiap kami diberi 'sim card' handphone supaya mudah dicari.


Foto diatas: Bersama-sama dengan Dr Quick setelah selesai ceramah bertajuk 'Revival of Islam', satu topik yang membincangkan kekuatan dan kelemahan islam masa kini. Satu ceramah yang baik dari segi isi dan penyampaiannya. Penceramah ini sudah merantau lebih 70 buah negara membincangkan mengenai kedudukan islam masa kini.

No comments:

Post a Comment