Manama, Bahrain, 20.04.2009:-
Selepas kuliah, kami dibawa menghadiri satu majlis makan di rumah salah seorang penyokong kuat Discover Islam dan di sana kami berinteraksi dengan mereka. Kami merasakan seperti adik-beradik bila mendapat layanan yang istimewa dari mereka. Sesuatu yang sangat menarik dengan orang arab Bahrain ialah mereka sangat prihatin terhadap keturunan mereka. Kami diberi makluman mengenai salsilah keturunan mereka melebihi 7 generasi sehingga melahirkan keluarga berjuta orang kesemuanya. Semua ini dilekarkan melalui lukisan berbentuk pokok tetapi apabila diteliti, daun-daun pokok itu mencatitkan nama-nama generasi keluarga mereka. Inilah kehebatannya orang arab Bahrain.
Saya sempat bergambar dengan Syeikh Moosa (jubah putih), yang juga tuan rumah dan Managing Director Discover Islam.
Pada 20.04.2009, kami dibawa menyaksikan pengislaman beramai-ramai di makhmah syariah Bahrain seramai 16 orang. Mualaf ini berasal Ethopia, Phillipine, Indonesia dan Ghana. Foto di atas adalah barisan hakim yang membacakan dua kalimah syahadat.
Foto di atas diambil bersama dengan hakim-hakim dari pelbagai mahkamah, setelah selesai majlis pengislaman di Makhmah Baharin.

No comments:
Post a Comment