Kalau anda seorang perokok... fikir semula kerana kesannya amat dasyat seperti gambar rajah di bawah. Gambar ini mungkin diambil semasa post mortem perokok yang telah meninggal dunia untuk melihat kesan rokok yang sebenar. Dalam gambar rajah di bawah, kelihatan paru-parunya menjadi hitam.
Saja dipaparkan untuk iktibar. Moga-moga ada perokok yang terbuka hati berhenti merokok. Bagi yang belum lagi berhenti merokok, jangan pula asap dilepaskan sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan bau baju orang lain atau bilik pejabat. Dan yang paling penting, jangan buang abu rokok serta pontong di atas lantai seolah-olah menyuruh orang lain supaya memungut pontong rokok yang ditaburkan dilantai restoran dan masjid-masjid.
No comments:
Post a Comment