Saya menerima tawaran melalui email dari Bahrain bahawa saya diterima menghadiri satu seminar dan workshop dakwah antarabangsa di Bahrain pada 14.04.2009 sehingga 04.05.2009. Sebenarnya surat tawaran telah lama diterima tetapi saya menganggap tawaran itu belum pasti selagi belum menerima tikit kapal terbang. Akhirnya saya menerima tikit kapal terbang secara 'last minute' iaitu sehari sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Abu Dhabi. Pagi Ahad saya menerima eticket, lalu bergegas ke airport terminal 2 Kota Kinabalu untuk mendapatkan tikit. Alhamdulillah, masih ada seat untuk ke Kuala Lumpur. Harganya RM418 memandangkan last minute arrangement. Saya terpaksa menanggung kos membeli tikit dari KK ke Kuala Lumpur dan kembali ke K.Kinabalu. Saya tutup mata sahaja dan terus bayar kerana kos keseluruhan seminar ini di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan Bahrain. Tetapi sebelum itu saya sempat menghantar SMS kepada Datuk Ismail Hj Awang Besar, Pengerusi Masjid Negeri Sabah. Pantas Datuk Ismail memberi jawapan SMS dengan memberikan 'green light' kepada saya. Saya bertambah gembira kerana Datuk Ismail memberi sokongan sepenuhnya untuk saya menyertai seminar itu. Excited bukan main lagi sehingga terlupa mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail, maklumlah saya tak pernah keluar jauh meninggalkan kampung halaman. Melalui blog saya ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail atas sokongan beliau kepada program ini yang dinamakan 'International Islamic Dakwah'.
Saya bertolak dari Kota Kinabalu airport dengan AirAsia AK5103 jam 12.30. Saya sampai di KLIA seawal jam 3.00 petang. Terasa perut lapar lalu turun ke Tingkat 2 KLIA untuk menjamu selera, solat jama/qasar dan sempat membayar 'loan' melalui mesin ATM di KLIA. Lepas bayar loan, saya duduk-duduk sambil pekena nescafe o. Sambil-sambil minum, saya membuka laptop dan masuk blog saya, maka sempatlah saya merakam peristiwa yang berlaku semalam dan hari ini.
Seperti biasa, saya bersedia lewat kerana dapat tikit dari Discover Islam Bahrain agak lewat iaitu pada 12.04.2009 hari Ahad. Sememangnya payah bila menerima confirmation pada hari Ahad kerana banyak kerja yang terpaksa dibereskan sebelum berangkat. Mujur juga ada email dan sms yang banyak memudahkan kerja-kerja 'last minute'.
Saya sempat menelefon JKM Sabah sebanyak tiga kali bertanyakan permit dinner Alumni UiTM, tetapi puan Mariati (incharge permit) tidak dapat dihubungi kerana meeting, line engage dan sebagainya sehinggalah masa pejabat berakhir jam 5.00 petang.
Terasa sangat 'guilty' bila saya keluar daerah sedangkan kerja saya tidak dapat dibereskan. Pun demikian, saya menghantar SMS kepada sdr Azhar, Pengerusi Penganjur Majlis makan malam Alumni UiTM, memohon agar dapat meminta seorang kawan untuk mengambil permit tersebut bagi pihak saya. Meninggalkan tugas tanpa beres bukan budaya saya. Sebab itu, saya sms hampir kesemua rakan sealumni supaya dapat membantu. Insya Allah, rakan-rakan seperjuangan saya ramai yang boleh bantu dan saya menaruh penuh keyakinan bahawa Sdr Azhar boleh spearhead crew-crewnya menjayakan majlis dinner tersebut.
Post ini saya hentikan seketika kerana masa 'check-in' sudah bermula. Penerbangan saya ke Abu Dhabi pada jam 9.30 malam. Insyaa Allah ketemu lagi.
Salam untuk rakan-rakan saya di Kota Kinabalu, pelajar mengaji saya di Likas dan Masjid Negeri (cuti lagi mereka mengaji). Tapi.... boleh juga mengaji sendiri-sendiri supaya cepat lancar. Terjemahan dan tafsir jangan lupa baca he...he...
Kepada puan rumah saya, rajin-rajin makan ubat (sapang, kemis do mundok @ubi, HPA dan ubat ibu Inanam tapi awas jangan sampai 'overdose' bilang c Ifan) dan bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana jerit-pekik mereka adalah hiburan. Anak-anak semua, kalau buat kerja tu... buatlah dengan ikhlas tanpa monyok-monyok. Solat jangan lupa. Jaga bahasa...jangan sampai menyakiti orang lain. Moga-moga Allah sentiasa menaungi kalian.
Amiiin.
(bersambung...)
:)
No comments:
Post a Comment