-
13.03.2010 (Sabtu)
foto dan teks: Janis abdullah
-
Persatuan keluarga 'Sinakagon Karanaan Liwan' (SAKAG) selesai mengadakan perhimpunan yang ke enam bertempat di Dewan Kg Jaya Baru berhampiran dengan Kampung Tanah Merah Keningau baru-baru ini.
-
Setelah selesai menghadiri perhimpunan SAKAG, saya sempat menziarahi kubur ayahanda saya, Allahyarham Abdullah bin Awang @ Linggawang, yang terletak di Kawasan Masjid Pekan Keningau, berhampiran dengan Kampung Masjid. Kira-kira 20 minit lagi waktu magrib akan masuk. Saya sempat membersih sekeliling kubur tersebut serta menghadiahkan Al-Fatihah walaupun diserang bertubi-tubi oleh nyamuk yang banyak.
-
Anak angkat ayah saya yang bertapak di Keningau ialah Arwah Cikgu Mohd Yassin (bekas Penyelia Jabatan Pelajaran Keningau) dan Arwah Talib (bekas guru besar di SK Tuarig Toud). Anak-anak angkat ayahanda saya diserahkan kepada Abdul Rahman kerana beliau tidak mempunyai anak pada ketika itu.
-
Allahyarham Abdul Rahman adalah saudara ayah saya yang banyak menyimpan rahsia perjuangan ayah saya termasuklah rahsia pembunuhan ramai tentera Jepun di Tambunan, Keningau dan Beaufort dengan cara mereka tersendiri. Setelah ayahanda saya meninggal dunia, rahsia ini terbongkar. Setiap kali saya berkunjung ke rumah Abdul Rahman di Kg Masjid Keningau, Abdul Rahman akan melinangkan air mata dan menangis melihat saya. Bila saya tanya, beliau menceritakan rahsia itu kepada saya. Apakah rahsia itu? Jawabnya: Strategi membunuh Jepun tanpa menggunakan senjata. Insyaa Allah... akan diceritakan di siri yang lain.
-
No comments:
Post a Comment