Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

23 March 2010

TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BELAJAR

-
Zaman 60an dan 70an memang susah untuk mencari tenaga pembimbing mengenai agama Islam. Ini kerana pada ketika itu tenaga pembimbing amat kurang sehinggakan kerajaan terpaksa mencari pendakwah dari Indonesia. Tetapi hari ini, zaman dah jauh berubah kerana pendidikan agama mudah didapati di sekolah tadika sehinggalah ke universiti. Malah masjid dan surau-surau sudah lama membuka kelas-kelas agama disamping ceramah harian. Dengan kemudahan ini maka tiada alasan lagi bagi seseorang muslim untuk tidak mengetahui ajaran Islam.
-
Ramai yang mengetahui ini cuma kaki-kaki mereka agak berat melangkah ke masjid dan surau-surau untuk menimba ilmu. Mungkin belum mendapat taufik dan hidayah. Dalam kelas muqaddam yang saya anjurkan selama empat tahun di Masjid Negeri Sabah, saya merumuskan empat sebab utama kenapa taufiq dan hidayah belum meresap dalam sanubari umat islam. Pertama, pengaruh keluarga. Kalau keluarga itu kaki 'karoke' maka karokelah suasana rumah mereka. Kedua, pengaruh rakan-rakan. Kalau kawan-kawan kaki 'golf' maka banyaklah masa di padang golf setiap hujung minggu. Ketiga pengaruh di sekeliling. Kalau di sekelilingnya tiada suasana belajar maka 'mood' mereka pun sama. Keempat sikap diri sendiri. Di antara kempat-empat sebab di atas, sikap diri sendiri sangat mempengaruhi. Apabila sikap tidak berubah maka jadilah seseorang itu 'stagnant' secara berterusan. Biar pun rumahnya di hadapan surau, kakinya tidak boleh melangkah ke surau. Sikap seperti ini menyebabkan mereka tidak mendapat taufik walaupun mereka tahu solat berjemaah itu banyak pahala.
-
Akibat daripada ketiadaan taufik dan hidayah maka timbullah pelbagai masalah sosial termasuk maksiat. Sila baca artikel di bawah sebagai iktibar.
--------------------------------------------------------------------------------------------
-
17,303 anak luar nikah didaftar 2009

-
Posted on Mac 21, 2010 by ekhutbah (Berita Harian Online)
-
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
-
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
-
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
-
http://ekhutbah. wordpress. com/2010/ 03/21/17303- anak-luar- nikah-didaftar- 2009/
-

1 comment:

  1. Pesan yang bagus dan sangat berharga. Terima kasih.

    ReplyDelete